Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all 488 articles
Browse latest View live

5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Pulau Pinang

$
0
0
5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Pulau Pinang | Fadzi last pergi ke Pulau Pinang untuk berjalan-jalan setahun yang lepas. Bulan September. Masa buang tebiat jalan-jalan pusing Semenanjung Malaysia dalam masa 2 minggu. Memang kerja gila tapi seronok! Dan antara negeri yang Fadzi rasa sangat menarik untuk dilawati dan nak pergi lagi adalah Pulau Pinang.  

Pulau Pinang adalah negeri yang sangat banyak architecture cantik-cantik. Tengok bangunan saja dah terpesona. Belum lagi tengok tempat-tempat menarik dekat sana. Meh, Fadzi nak kongsikan dengan korang beberapa tempat menarik di Pulau Pinang.

5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Pulau Pinang 

Dekat bawah ni Fadzi senaraikan 5 tempat menarik di Pulau Pinang yang Fadzi rasa korang boleh kunjungi kalau datang ke sini.

Bukit Bendera

Bukit Bendera

Bukit Bendera atau pun nama lain adalah Penang Hill, rasanya tak asing lagi kot untuk Pulau Pinang. Kalau pergi ke Pulau Pinang untuk bercuti tapi tak naik ke Bukit Bendera, rasa macam tak sah pula, kan? Dekat Bukit Bendera ni korang akan guna train untuk naik ke atas bukit sambil tengok pemandangan kiri kanan yang penuh dengan flora dan fauna. 

Bila dah sampai dekat atas pula, korang akan jumpa pelbagai bangunan bersejarah, masjid yang cantik dan kuil yang unik. Ada juga beberapa viewing deck yang korang boleh duduk berehat dan tengok pemandangan keseluruhan Pulau Pinang. Memang cantik kalau hari tak hujan. Dekat Bukit Bendera juga korang boleh pergi ke Muzium Burung Hantu atau buat lukisan henna di tangan. 

Kalau lapar tak perlu risau, ada je kedai makan dekat sini. Tapi, kalau korang nak beli souvenir macam keychain atau fridge magnet tu, Fadzi cadangkan turun bawah nanti baru beli sebab dekat atas Bukit Bendera, harganya agak mahal. 

Escape Adventureland

Escape Adventureland

Escape Adventureland ni Fadzi baru tau kewujudannya. Bila Fadzi buat research pasal tempat ni, Fadzi rasa excited sangat nak pergi sebab dekat sini korang boleh buat aktiviti-aktiviti menarik dalam suasana semula jadi. Kalau jenis yang suka buat aktiviti outdoor, ini memang tempat yang paling best untuk korang pergi.

Antara aktiviti yang korang boleh buat dekat sini adalah seperti aktiviti panjat bertali contohnya abseiling, canyoning dan flying fox, turun bukit menaiki tube, bungee jumping, wall climbing, tree climbing, go-kart dan banyak lagi. Kesemua aktiviti ini nampak macam betul-betul menguji tenaga korang sambil berseronok.   

Korang boleh beli tiket untuk masuk ke Escape Adventureland ini melalui website diaorang saja untuk elakkan sebarang scam dan sebagainya. Waktu operasi adalah dari pukul 10 pagi hingga 6 petang setiap hari kecuali hari Isnin. 

Made In Penang Interactive Museum

Made In Penang Interactive Museum

Kalau masa kecil-kecil dulu, bila dengar je mak atau ayah Fadzi nak bawak pergi muzium, mesti rasa macam whatttt? Muzium? Bosannya. Tapi kan sebenarnya, muzium sekarang ni banyak yang dah moden dan menarik terutamanya untuk budak-budak. Contohnya macam Made In Penang Interactive Museum.

Dekat Made In Penang Interactive Museum ini banyak lukisan-lukisan 3D yang menarik untuk korang ambil gambar. Lebih kurang 30 lukisan 3D yang nampak real yang dilukis oleh artis-artis tempatan dari Pulau Pinang. Korang boleh ambil gambar konon-konon tengah minum kopi dengan CM Lim Guan Eng, jual durian, pegang payung dan pakaikan henna kepada wanita India.    

Tiket untuk masuk ke Made In Penang Interactive Museum ini cuma RM15 untuk dewasa dan RM10 untuk kanak-kanak. Tempat ini dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang.  

Fort Cornwallis

Fort Cornwallis

Kalau korang ada masa, singgah sekejap dekat Fort Cornwallis. Fort Cornwallis adalah satu tapak peninggalan sejarah yang berusia lebih 200 tahun. Fort Cornwallis ini berdekatan dengan Padang Kota Lama yang menjadi tempat orang bersantai. 

Dalam kubu ini ada beberapa binaan bangunan lama dan juga meriam yang masih kukuh dan dijaga rapi. Antara bangunan yang masih ada dan elok adalah tempat simpanan stor bahan letupan dan juga sebuah gereja kecil. Terdapat juga tugu peringatan Francis Light yang merupakan individu yang bertanggungjawab membina Fort Cornwallis.  

Dekat Fort Cornwallis ni lebih kepada nak tengok peninggalan sejarah-sejarah lama dan bangunan-bangunan lama. Kalau korang jenis yang suka aktiviti outdoor lasak, mungkin tak berapa sesuai untuk korang kot. 

Cheong Fatt Tze Mansion

Cheong Fatt Tze Mansion

Pertama kali Fadzi nampak gambar dekat website Cheong Fatt Tze Mansion, terus Fadzi jatuh cinta dengan warna bangunan dan seni reka bentuknya. Dengan nama jolokan The Blue Mansion, korang boleh lepak dekat sini dengan suasana yang moden tapi berlatarbelakangkan konsep dan seni bina zaman dulu. 

Cheong Fatt Tze Mansion ini bukan saja menawarkan pilihan tempat tinggal yang menarik tapi juga menawarkan pilihan menu makanan Penang yang penuh dengan perbezaan budaya. Selain itu, korang juga boleh join daily tours yang mana korang akan dibawa berjalan dan menikmati keindahan bangunan serta sejarah Cheong Fatt Tze Mansion.     

Dekat Cheong Fatt Tze Mansion, korang boleh pilih sama ada nak tinggal dalam 4 jenis pilihan bilik iaitu The Han Suites, The Liang Collection, The Ming Collection atau The Tang Suites. Apa yang Fadzi boleh cakap, keempat-empat pilihan bilik ini mempunyai susun atur dan reka bentuk yang berbeza antara satu sama lain. Dan sangat menarik untuk korang stay.     

Setakat yang ada dalam senarai 5 Tempat Menarik Untuk Dilawati Di Pulau Pinang ni, cuma satu tempat je yang Fadzi pernah pergi iaitu Bukit Bendera. Sebelum Fadzi tak tau pun ada tempat-tempat seperti Escape Advertureland, Made In Penang Interactive Museum dan Cheong Fatt Tze Mansion. Fadzi rasa tempat-tempat tu memang menarik untuk pergi tengok dan cuba aktiviti-aktiviti yang ada dekat situ.

Tapi, bila dah sampai ke Pulau Pinang, mesti ada soalan-soalan yang Fadzi dengan Zul mesti duk bertanya non-stop:

Where to stay in Penang? Where to eat in Penang?

Selaku tukang research, mestilah Fadzi punya kerja mencari tempat tinggal dan tempat makan dekat Pulau Pinang ni. Kerja Zul senang je, tukang drive, tukang keluar duit dan tukang tanya where to stay in Penang? Where to eat? What to do here? Where to go next? GPS please?  

Tahun lepas kitaorang pergi Pulau Pinang terus, tak ada planning sangat. Google sikit-sikit dan terus pergi. Rugi jugak sebab tak banyak tempat yang kiteorang pergi. Hotel pun duduk hotel yang cikai-cikai. Lepas ni, bila pergi Pulau Pinang lagi sekali, Fadzi dah tau nak check dekat mana bila Zul tanya nak tidur dekat mana, boleh refer dekat sini - Where to stay in Penang.

Fadzi tak puas lagi nak berjalan dalam Malaysia ni tau sebab banyak lagi tempat yang Fadzi tak jejak. Sekarang ni pun tengah mencari-cari lagi tempat-tempat menarik dalam Malaysia untuk pergi. Kalau korang pun tengah mencari tempat menarik di Malaysia, boleh tengok infographic dekat bawah ni.
   Unseen Malaysia | 41 Bucket-list-worthy Destinations
Unseen Malaysia | 41 Bucket-list-worthy Destinations. View the interactive version here
.

Apa Itu Black Friday Cyber Monday?

$
0
0
Apa Itu Black Friday Cyber Monday? | Dari mula Fadzi kahwin sampailah sekarang, tiap-tiap tahun mesti Zul tertunggu-tunggu hari Black Friday. Mula-mula Fadzi tak faham, apa benda lah Black Friday tu kan. Jadi Fadzi Google lah apa itu Black Friday. Bila dah Google, barulah Fadzi faham kenapa Zul beria betul tunggu Black Friday tu.

Black Friday Cyber Monday

Black Friday

Black Friday adalah hari jualan murah yang diadakan secara besar-besaran dan biasanya ia disambut di Amerika Syarikat. 

Black Friday akan diadakan selepas hari Jumaat selepas sambutan Thanksgiving. Disebabkan masa hari Thanksgiving, semua kedai akan ditutup, jadi pada hari Jumaat selepas menyambut hari Thanksgiving, kedai-kedai ini akan membuat jualan barang dengan harga yang gila murah. Black Friday juga menandakan bermulanya musim membeli belah sempena cuti dan Hari Krismas.


Black Friday Cyber Monday

Cyber Monday

Cyber Monday pun benda yang sama dengan Black Friday. Disambut meriah di Amerika Syarikat. Waktu ini memang akan ada sales secara besar-besaran tapi kali ini lebih kepada pembelian secara maya ataupun secara online. Kalau Black Friday lebih kepada pembelian fizikal seperti membeli belah di kedai-kedai. 

Cyber Monday ini mula diperkenalkan pada tahun 2005. Ianya 'disambut' pada hari Isnin selepas sambutan Hari Thanksgiving. Cyber Monday dikatakan akan menjadi hari membeli belah yang paling besar untuk tahun ini! 

Sebabnya ramai orang nak elak kesesakan di kedai-kedai masa Black Friday. Dan kalau beli masa Cyber Monday secara online, senang nak bandingkan harga dekat setiap online website. Tambahan lagi, online kan 24 hours. Tak payah terkejar-kejar nak pergi ke kedai takut kedai dah tutup. 

Black Friday Cyber Monday

Dari apa yang Fadzi nampak, sambutan Black Friday Cyber Mondaydekat Malaysia baru je nak menaik. Mungkin tak meriah secara luarannya tapi kalau dalam online, memang rata-rata online shop akan buat Black Friday Sales. Waktu inilah online shop akan menurunkan harga semurah yang mungkin dan korang boleh dapatkan barangan yang korang nak beli dengan harga yang berbaloi. 

Semak dan tanda kalendar korang semua. Hari Thanksgiving disambut pada 23 November 2017. Black Friday Cyber Monday Malaysia tahun ini akan bermula pada 24 November hingga 27 November 2017! Tak boleh lepaskan peluang ini. Siap sedia depan PC, laptop dan handphone masing-masing okay :D


Black Friday Cyber Monday

Website Pilihan Untuk Shopping Online

Fadzi sendiri memang tak sabar nak tunggu Black Friday dan Cyber Monday ini. Sebabnya Fadzi sendiri ada beberapa barang yang Fadzi tengah aim untuk beli termasuklah jam tangan untuk Zul, kamera waterproof serta shockproof untuk Aneeq, pakej travel untuk kami sekeluarga dan set produk SKII untuk Fadzi sendiri.

Fadzi dah survey dah keempat-empat benda yang Fadzi nak beli dekat atas ni. 

Jam Tangan 
Jam tangan untuk Zul Fadzi plan untuk beli dekat Lazada. Jam tangan Zul dah lama rosak tau. Fadzi ingatkan dia tak kisah. Rupa-rupanya dia teringin nak jam baru. Itu pun Fadzi tau sebab masa Fadzi buka komputer, Fadzi nampak ada tab Zul buka details pasal beberapa jam dekat website Lazada.

Kamera Nikon Coolpix W100
Kamera waterproof dan shockproof iaitu kamera Nikon Coolpix W100 untuk Aneeq, Fadzi pun plan nak beli dekat Lazada. Sebenarnya Fadzi dah lama aim nak belikan Aneeq kamera ni sebab Fadzi nampak Aneeq suka betul ambil gambar. Tapi disebabkan Aneeq masih kecil, kenalah beli yang waterproof dan shockproof untuk elak cepat rosak. Nanti bila dia dah pandai ambil gambar dengan betul, baru boleh beli kamera yang lebih bagus.

Set SKII
SKII Fadzi nak beli dekat Zalora. Dah lama berkenan nak beli set SKII tapi kena kumpul duit dulu. SKII memang mahal tapi tengok review memang berbaloi hasilnya dengan harga yang mahal tu. 

Pakej Travel
Untuk pakej travel kiteorang satu family pula Fadzi plan untuk beli dekat Expedia sebab dekat boleh beli complete hotel sekali dengan hotel. Lebih jimat kalau beli pakej macam tu daripada beli satu-satu.

Dan ada juga beberapa barang-barang yang agak macam tak penting yang Fadzi nak beli dekat Shopee. Website Shopee memang bahaya bagi korang yang suka bershopping. Barang-barang dekat Shopee kebanyakannya murah-murah daripada online website yang lain. 


Black Friday Cyber Monday


Kalau korang perasan, Fadzi nak beli barang sampai dua benda dari Lazada saja. Website Lazada ni memang salah satu online website favourite Fadzi untuk shopping online. Nak nak lagi bila dah sampai masanya Lazada 1212 Sales

Kalau ikutkan bukan Lazada saja yang buat 1212Sales ni. Banyak lagi online website lain yang buat sales besar-besaran masa tarikh 12.12. 

Fadzi rasa bagi korang yang tengah dalam perancangan nak beli barang-barang yang harganya agak mahal terutamanya barang elektrik, baik korang semak harga bila sales Black Friday Cyber Monday nanti. Sebab masa inilah kebanyakan online shop akan bagi harga murah untuk barang-barang diaorang. Zalora, Shopee, 11Street, Nile dan Shopback pun akan buat sales masa Black Friday Cyber Monday ni nanti. 

Tapi kena beringat jugak. Kadang-kadang ada juga online shop yang kononnya kata bagi diskaun hingga 10%-80%, tapi sebenarnya tak pun. 

Tips Fadzi, korang tengok harga barangan yang korang nak beli sekarang. Simpan dalam cart. Bila dah sampai masa Black Friday Cyber Monday tu, korang tengok balik harga barang tu. Lagi murah ke lagi mahal. Kalau lagi murah, grab terus. Kalau lagi mahal, better korang jangan beli. Korang boleh cari seller lain atau website lain. Tak pun, kalau rajin, tunggu sampai habis sales dan tengok sama ada diaorang akan turunkan harga semula atau tak. Hehehe. 

Fadzi memang tak sabar nak tunggu waktu Black Friday Cyber Monday nanti. Dah simpan duit siap-siap dah. Korang ada tak nak beli apa-apa waktu sales tu nanti? Dah plan nak beli dekat mana?

Pertama Kali Pergi Karnival Upin Ipin 2017

$
0
0
Pertama Kali Pergi Karnival Upin Ipin 2017 | Antara banyak-banyak kartun animasi yang ada dekat Malaysia, Aneeq memang suka kartun Upin Ipin. Bila Fadzi dapat tau ada Karnival Upin Ipin, laju je Fadzi nak bawak Aneeq pergi dan enjoy dekat sana.

Karnival Upin Ipin 2017

Fadzi pergi ke Karnival Upin Ipin 2017 kali ini berdua je dengan Aneeq. Kiteorang pergi hari Jumaat sebab nak elak orang crowded sangat pda hujung minggu. Ada macam-macam aktiviti masa Karnival Upin Ipin 2017 termasuklah persembahan pentas, tayangan episod Upin Ipin, permainan video elektronik, gerai jualan dan set penggambaran Upin Ipin.

Karnival Upin Ipin 2017
Tempat: Hall A dan C, MAEPS, Serdang
Tarikh: 24, 25 dan 26 November 2017
Masa: 10 pagi hingga 10 malam

Karnival Upin Ipin 2017

Harga Tiket Karnival Upin Ipin 2017

Bila sampai je dekat Maeps, Fadzi terus pergi masuk ke Hall C. Dekat situ, korang boleh beli tiket untuk masuk ke Hall A dan Hall C. Harga lain-lain tau. 

Karnival Upin Ipin 2017

Harga Tiket Dewan A
Dewasa RM10 (MyKad) | RM42 (Biasa)
Kanak-kanak RM3 (MyKad) | RM21 (Biasa)

Harga Tiket Dewan C
Dewasa RM30 (MyKad) | RM105 (Biasa)
Kanak-kanak RM10 (MyKad) | RM42 (Biasa)

Harga Tiket Keluarga 
(2 Dewasa + 2 Kanak-kanak untuk Dewan A & Dewan C)
RM93 (MyKad)  | RM356 (Biasa)

Harga Tiket Pakej VIP
RM100 (MyKad) | RM210 (Biasa)

Masuk Percuma
Kanak-kanak bawah 6 tahun
Warga emas 60 tahun ke atas
Warga OKU

Karnival Upin Ipin 2017

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Karnival Upin Ipin 2017

Masa Karnival Upin Ipin 2017 ni korang boleh explore 2 dewan iaitu Dewan A dan Dewan C.

Dewan A
Dekat Dewan A ada persembahan pentas dengan LCD besar, tempat ambil gambar, permainan menarik, aktiviti kanak-kanak, gerai jualan dan tempat makan.

Karnival Upin Ipin 2017

Persembahan Maskot Upin Ipin dan kawan-kawan. Selain daripada persembahan maskot Upin Ipin dan kawan-kawan, ada juga persembahan Ultraman Ribut, Puteri Limau dan Pada Zaman Dahulu. 

Karnival Upin Ipin 2017

Sempat juga Fadzi dan Aneeq ambil selfie dengan Upin dan Ipin. Sebenarnya Aneeq takut tengok maskot besar ni. 

Karnival Upin Ipin 2017

Dekat Dewan A banyak juga port untuk ambil gambar yang menarik.

Karnival Upin Ipin 2017

Permainan Maze Pada Zaman Dahulu

Karnival Upin Ipin 2017

Permainan video yang akna dikeluarkan tak lama lagi. Dekat sini dah boleh main dah

Karnival Upin Ipin 2017

Bapak-bapak dan mak-mak budak yang nak main game level tinggi, boleh datang main dekat sini

Karnival Upin Ipin 2017

Ada gerai jualan barang-barang Upin dan Ipin. Siap boleh buat membership card lagi dekat sini

Karnival Upin Ipin 2017

Gerai-gerai jualan yang ada dekat sini. Banyakkkkk


Dewan C
Dekat Dewan C pula korang akan masuk satu tempat di mana korang boleh tengok behind the scene pembuatan Upin Ipin, set penggambaran Rumah Opah, Alam Dino, Rumah Nenek Kebayan dan macam-macam lagi.

Karnival Upin Ipin 2017

Pintu masuk untuk ke Dewan Magic

Karnival Upin Ipin 2017

Behind the scene nak buat kartun Upin Ipin. Macam-macam diaorang tunjuk dekat sini

Karnival Upin Ipin 2017

Rumah Opah. Korang boleh masuk sampai ke dalam tau. Ada ruang tamu, meja tempat Upin dan Ipin belajar, bilik Upin dan Ipin, bilik Opah dan dapur sekali ada. Dekat belakang rumah siap ada kebun Opah.

Karnival Upin Ipin 2017

Bila jalan ke depan sikit, korang boleh tengok robot bergerak sendiri

Karnival Upin Ipin 2017

Dekat sini pulak korang boleh tengok rumah Nenek Kebayan. Ada meja solek, kerusi malas, katil, kerusi bergoyang sendiri dan juga perigi berasap

Karnival Upin Ipin 2017

Ada 4 ekor dinosaur yang korang boleh jumpa dekat sini. Besar juga. Siap ada sound effect lagi. Part ni Aneeq dah jadi takut. Dia peluk Fadzi kuat gila. 

Itu antara aktiviti dan benda yang korang boleh buat dan tengok dekat Dewan A dan Dewan C nanti. Sekarang ni Fadzi nak kongsikan dengan korang antara kemudahan yang ada dekat sini pulak.

Kemudahan Asas Di Karnival Upin Ipin 2017

Parking
Dekat sini ada banyak parking jadi tak perlu risau. Korang boleh pilih sama ada nak parking di kawasan berdekatan dengan Pintu 2. Harga untuk park kenderaan di situ cuma RM5. Dari situ akan ada tram untuk bawa korang dari parking Pintu 2 ke Hall A dan Hall C. 

Atau kalau nak parking lebih dekat, boleh naik terus ke Hall A dan Hall C dan park di Premium Parking. Harga parking agak mahal iaitu RM15. Tapi memang jauh lebih dekat daripada parking dekat Pintu 2.

Atau nak lebih mudah, tak payah bawa kereta pun. Korang boleh guna Grab dan search Karnival Upin Ipin je. Nanti drop point dia betul-betul dekat Hall A. 

Karnival Upin Ipin 2017

Surau Lelaki Dan Perempuan
Bagi yang nak bersolat, jangan risau. Ada je surau dekat sini. Untuk surau perempuan, ada dekat Hall A. Untuk lelaki pula, surau ada dekat belah luar. Cumanya untuk surau perempuan tu, korang kena ambil wuduk dekat toilet dulu sebab dekat dalam surau tu tak ada toilet atau tempat ambil wuduk.

Karnival Upin Ipin 2017

Telekung tak banyak disediakan. jadi, prepare bawak sendiri okay.

Tempat Menyusu Dan Salin Pampers
Dekat surau tu juga ada tempat untuk korang tukar pampers atau untuk susukan anak. Selesa sangat tempatnya. Besar pun ok lah boleh tahan. Siap ada bean bag lagi untuk berehat-rehat. 

Karnival Upin Ipin 2017

Tandas
Tandas dekat Hall A ada 2. Satu bahagian kiri depan dan satu lagi bahagian kiri belakang. Dalam toilet tu ada banyak toilet. Rasanya ada lebih kurang 10 stall toilet. Ada yang jenis duduk dan ada yang jenis cangkung. 

Kedai Makan
Dekat sini kedai makan banyak. Korang boleh beli makanan dekat Geng's Corner di belakang Hall A belah kiri. Dekat sini siap ada dengan meja makan dan kerusi. Dekat luar dewan pun ada banyak food truck dan booth-booth makanan yang korang boleh cuba. Dekat bawah ni Fadzi kongsikan dengan korang harga makanan dekat Geng's Corner.

Karnival Upin Ipin 2017

Menu dan harga untuk kedai makan Geng's Corner

Karnival Upin Ipin 2017
 
Tempat beli makanan. Selain dalam dewan, ada juga foodtruck dekat luar dewan

Karnival Upin Ipin 2017

Meja makan dan kerusi yang disediakan di Geng's Corner. Selesa sikit kalau makan dekat sini. Ada meja, kerusi dan sejuk aircond.

Karnival Upin Ipin 2017

Fadzi beli Nasi Ayam untuk Fadzi. Satu bekas harga RM10.00

Karnival Upin Ipin 2017

Untuk Aneeq pula, dia pilih kotak ni. Padahal dia tak tau pun apa isi dekat dalam. Dia ambil je sebab nampak dekat kotak tu ada Upin Ipin. Sabar je la. Dalam kotak ni ada nugget, fries dan sos. Harga RM10.

Fadzi ada dekat sana masa diaorang buat launching Karnival Upin Ipin 2017. Dan masa launching, diaorang siap bagitau yang nanti akan ada universiti atau tempat belajar untuk buat animasi. Dan dah ada perancangan untuk buat taman tema untuk Upin Ipin di Malaysia. Hebat betul penangan Upin Ipin ni. 

Tinggal satu hari lagi hari ini untuk korang datang ke Karnival Upin Ipin 2017. Sebelum korang datang ke sini, Fadzi nak bagi beberapa nasihat dan tips sikit.


Tips Datang Ke Karnival Upin Ipin 2017

Baca dulu sini sebelum datang tau tau tau
  1. Datang awal pagi untuk elak beratur panjang beli tiket
  2. Masuk Dewan C dulu sebab Dewan C perjalanan agak panjang dan lebih ada masa serta ruang untuk ambil gambar sebelum orang mula ramai
  3. Dalam Dewan C ada patung dinasour besar dan bunyi dinosaur agak kuat. Kalau anak-anak takut, peluk diaorang kuat-kuat dan jalan belah tepi laju-laju
  4. Ada aktiviti main pasir dekat belakang Rumah Opah dalam Dewan C. Anak-anak boleh acah-acah bercucuk tanam dekat kebun Opah
  5. Ada mural untuk korang conteng dalam Dewan C. Jangan lepaskan peluang
  6. Dapatkan buku nota kecil untuk lakukan aktiviti. Kalau ada buku nota ni, baru korang akan tau aktiviti menarik apa yang ada dekat sini dan tempat mana yang best untuk ambil gambar
  7. Pastikan anak tak berdiri atau duduk dekat tangga masa persembahan pentas dalam Dewan A
  8. Bersabarlah ibu bapa dengan karenah anak masing-masing hahahah sebab serius penat woah nak habiskan semua tempat ni


Ha, itu je kot apa yang Fadzi boleh kongsikan dengan korang untuk Karnival Upin Ipin 2017 kali ini. Fadzi pergi hari Jumaat dan orang tak ramai sangat. Jadi, agak selesa lah. Penat tu memang penat tapi yang bestnya Aneeq sangat enjoy dan sangat behave. Dia dengar je cakap Fadzi masa dekat sana.

Ya Allah terima kasih sangat sebab bagi Aneeq behave. Ini pertama kali Fadzi keluar berdua dengan Aneeq satu hari suntuk dari pagi sampai ke petang tanpa Zul. Takut juga asalnya. Takut tak boleh handle. Rupanya Aneeq sangat bagi kerjasama. 

Karnival Upin Ipin 2017

Pertama kali pergi Karnival Upin Ipin 2017 ni, Fadzi rasa seronok sangat. Aneeq pun mestilah lagi seronok. Walaupun tak dapat nak explore semua, tapi still rasa best. Kalau ada lagi tahun depan, insyaAllah Fadzi nak bawa Aneeq lagi sekali.
  
Karnival Upin Ipin 2017

Nasib baik Aneeq bukan sejenis anak yang meminta-minta. Dapat berus gigi dan set toiletries Upin Ipin dah cukup buat dia tersenyum. Thank you sayang. Nanti ada masa, Mak bawak Aneeq jalan-jalan lagi okay. Promise :)

AEON Taste New Zealand Food Fair Perkenal Produk Keluaran New Zealand

$
0
0
Beli Produk Keluaran New Zealand Di AEON Taste New Zealand Food Fair | Hari Jumaat lepas Fadzi dah bawa Aneeq berseronok pergi Karnival Upin Ipin. Jadi hari Sabtu, Fadzi pula keluar ambil masa untuk 'me time'. Nak tau apa 'me time' Fadzi Sabtu lepas? Belajar memasak.

AEON Taste New Zealand Food Fair

Belajar Memasak Makanan Barat  

Ha, belajar memasak kali ini menarik sangat sebab Fadzi belajar cara masak Baked Cheese Mussel, Steak dan Sauted Beef. Dan yang paling bestnya, Fadzi diajar oleh Executive Chef Krishnan. Bahan-bahan utama yang Chef gunakan untuk ajar kiteorang semua memasak tu semua dari New Zealand. 

AEON Taste New Zealand Food Fair

Chef Krishnan banyak ajar tips memasak dengan betul dan selamat pada hari itu. Tiap kali Chef ajar benda baru, kiteorang semua macam "Ohhhhh""Ahhhh". Memang selama ini tak pernah tahu. Bila tahu, memang terbuka minda.

AEON Taste New Zealand Food Fair
Patutlah tak menang pertandingan memasak. Chef mengajar dekat depan, kita ambik gambar dekat belakang. Kahkahkah!

Lepas kiteorang semua diajar macam mana nak masak Steak, Mussel dan Beef, tiba-tiba ada pertandingan memasak pulak. Fuh, berpeluh bila dengar kena masak. Kiteorang kena masak balik apa yang Chef ajar tadi tapi cuma pilih 2 jenis menu. Dan menu Mussel tu wajib buat. 

Pertandingan Memasak Taste New Zealand

Untuk pertandingan memasak ini, satu kumpulan akan ada 2 orang. Fadzi satu kumpulan dengan MamaJue. Nasib baik satu group dengan MamaJue. Dia memang pakar masak-masak. Selalu tengok MamaJue buat video dia memasak dekat Fb dan IG hehehe.

AEON Taste New Zealand Food Fair
Cooking station kiteorang hari tu. Baru lah Fadzi rasa macam mana berdebarnya peserta-peserta realiti TV show memasak tu.

Menu yang kiteorang masak hari tu adalah Baked Cheese Mussel dan Sauted Beef. Masa mula nak masak tu, memang blur habis. Hilang semua apa yang Chef ajar sebab berdebar. Tapi, lepas tu okay je. Rilek je main potong-potong campak-campak pastu gelak-gelak.

Kiteorang semua diberi masa 30 minit untuk siapkan 2 jenis menu. Bila dah siap 30 minit, ada 3 orang Chef yang juga mentor di Berjaya University College datang untuk rasa dan bagi markah. 

AEON Taste New Zealand Food Fair
Dah siap hasil masakan Fadzi dengan MamaJue

Alhamdullilah, Chef semua suka dengan Baked Mussel dan Sauted Beef kiteorang. Cuma dapat komen Sauted Beef masin sikit. Overall memang dah okay. Ha, lepas je Chef dah tulis-tulis markah, kiteorang pun dah lega. Lepas tu kiteorang pergi rasa menu team lain buat. Part yang tu paling best hahahahha.

AEON Taste New Zealand Food Fair
Sauted Beef dan Baked Mussels

Walaupun hari tu kiteorang tak menang, tapi Fadzi belajar banyak perkara pasal memasak dengan cara yang betul. Thank you so much Chef sebab bagi banyak tips memasak. Dan dari sini juga baru Fadzi kenal produk-produk serta jenama hasil daripada New Zealand.

Banyak rupanya produk-produk keluaran New Zealand yang masuk ke Malaysia. Dan nanti masa Taste New Zealand Food Fair, ada lebih banyak lagi produk serta jenama yang berasal daripada New Zealand akan dibawa masuk dan ditunjukkan kepada Malaysia.

Taste New Zealand

Taste New Zealand ini sebenarnya adalah Festival Makanan yang mana pelbagai produk New Zealand yang berkualiti dibawa dan diperkenalkan kepada Malaysia. Festival ini dianjurkan oleh New Zealand Trade and Enterprise (NZTE). 

Kalau korang berminat untuk tengok dan dapatkan sendiri barang-barang makanan daripada New Zealand, korang boleh pergi ke Food Fair yang akan diadakan di 7 cawangan AEON seluruh Malaysia daripada 30 November 2017 hingga 10 December 2017.

AEON Taste New Zealand Food Fair

Ada lebih daripada 150 produk yang akan ada semasa Aeon Taste New Zealand Food Fair itu nanti. Antara jenama yang ada nanti dan mungkin korang berminat untuk cuba dapatkan adalah:
  • Green Lea Chilled Beef
  • Talley's Greenlipped Mussels
  • Whittaker's Chocolates
  • Kiwigarden
  • Viberi
  • Mainland Cheese
  • Griffin's Biscuit 
  • Tasti
  • Weet Bix
  • Sanitarium
  • Proper Crisp
  • Only Organic
  • Anlene, Anmum dan Fernleaf daripada Fonterra Brands Malaysia
  • Karihome Goat Milk
  • Spring Sheep Milk
  • NZ Natural Zealand Ice Cream
  • Kapiti Ice Cream
  • Sayur-sayuran di bawah jenama Pure n Ezy Ready TO Eat 
  • Household dan Personal Care di bawah jenama Eco Store
  • Pic's Peanut Butter
  • CHIA
  • Easiyo
  • Madu dan Sweet Meadow

AEON Taste New Zealand Food Fair

Dan yang paling best, kalau korang membeli-belah dekat AEON, korang boleh menang pelbagai hadiah melalui Shop & Win Contest dan Snap & Win Contest.

AEON Taste New Zealand Food Fair


Shop & Win Contest dan Snap & Win Contest

Sepanjang Aeon Taste New Zealand Food Fair nanti, korang boleh cuba nasib untuk menang pelbagai hadiah yang menarik melalui 2 contest yang akan diadakan: 

Shop & Win Contest
Dengan hanya membuat pembelian minimum RM80 barangan New Zealand dalam satu resit (termasuk GST), korang boleh tebus shopping beg untuk korang guna nanti. Korang juga berpeluang untuk menyertai lucky draw dan menang voucher membeli-belah AEON bernilai RM1000. Hadiah-hadiah yang disediakan untuk Shop & Win Contest

Grand Prize:

1 x AEON Gift Voucher bernilai RM1000


Hadiah Saguhati:
10 x AEON Gift Voucher bernilai RM200 

Snap & Win Contest
Untuk Snap & Win Contest pula, korang cuma perlu:
1. Ambil gambar paling kreatif di AEON Taste New Zealand Food Fair Photobooth. 
2. Muat naik gambar tersebut ke Facebook berserta caption yang menarik
3. Check-in lokasi di Facebook dan letak hashtag #TasteNZMY
4. Pastikan entry korang dalam mode 'Public'

Untuk contest ini, korang berpeluang untuk menang hadiah AEON Cash Voucher bernilai RM100 untuk 10 orang. Kesemua pemenang akan dihubungi melalui Facebook Messenger pada 15 Disember 2017. Dan cara nak menang dia, korang kena dapatkan likes tertinggi serta caption yang menarik.

AEON Taste New Zealand Food Fair

Fadzi sendiri dah cuba beberapa produk jenama yang dihasilkan daripada New Zealand. Korang pun boleh juga dapatkan produk-produk ini masa AEON Taste New Zealand Food Fair yang akan diadakan pada minggu depan ini. 

AEON Taste New Zealand Food Fair
Tempat: 7 cawangan AEON seluruh negara
Tarikh30 November 2017 hingga 10 December 2017

Sekali sekala merasa, apa salahnya kan. Nanti Fadzi nak pergi cari coklat bar Whittaker's lagilah. Sedap gilaaa.
  


Shocking Sale Shopee Malaysia Sempena Shopee 2nd Birthday 1 - 14 Disember 2017

$
0
0
Shocking Sale Shopee Malaysia Sempena Shopee 2nd Birthday 1 - 14 Disember 2017 | Shopee Malaysia buat hal lagi weh! Shopee buat hal lagi! Ha, minggu lepas Fadzi sempat join Shopee Birthday Bash yang diadakan di Hotel Hilton Petaling Jaya. Waktu tu lah Fadzi tau Shopee nak buat hal tak lama lagi. Sebelum tu Fadzi nak tanya, korang tau ke tak Shopee ni?

Shopee Malaysia

Shopee Malaysia

Siapa yang tak kenal platform shopping online nama Shopee ni nampaknya korang tak pernah merasa nikmat shopping dengan harga yang murah dan selamat. Hahahaha. Gitu. 

Sejak Fadzi first time shopping dekat Shopee kan, terus Fadzi jatuh cinta dengan platform shopping online ni. Harga barang-barang dekat sini jauh lebih murah daripada website-website lain. Dan confirm korang tak akan tertipu punyalah sebab cara pembayarannya unik dan selamat.

Banyak benda yang korang boleh beli dekat Shopee contohnya macam barangan elektronik, perkakas rumah, produk-produk kesihatan dan kecantikan, produk bayi dan permainanan, fesyen dan sebagainya. Biasanya Fadzi beli barang-barang mainan untuk Aneeq dekat Shopee. Kadang-kadang beli juga barang-barang aksesori elektronik.  

Shopee Birthday Bash

Masa Fadzi pergi ke Shopee Birthday Bash hari tu, meriahnya bukan main. Siap ada hadiah lucky draw menang iPhone X lagi. Tapi, Fadzi tak menang. Sedih. Tak apalah bukan rezeki. 

Shopee Malaysia

Masa Shopee Birthday Bash tu, banyak gila aktiviti yang diaorang buat untuk kiteorang. Mula-mula tu adalah ucapan-ucapan sikit. Banyak perkara yang diaorang reveal masa ucapan tu. Nanti Fadzi kongsikan dengan korang dekat bawah. 

Lepas je habis ucapan tu, ada diaorang tunjukkan iklan TVC terbaru dan yang pertama kali Shopee buat untuk TV Malaysia. Bagi Fadzi okay lah iklan tu walaupun nampak macam ada tiru iklan one of the online website beberapa tahun lepas (hiks).


Lepas tu ada pertunjukan api. Yang tu memang best gila tengok. Fadzi macam "Wahhhhh, wooooo, wehhhhhh!" Punya excited bila tengok pertunjukan tu. Tapi Fadzi tak record pulak sebab tengah excited tengok. Sayang betul. Serius memang mengkagumkan gila persembahan tu. 

Shopee Malaysia

Lepas tu pulak, ada jugak persembahan stand up comedy daripada Harith Iskander. Harith Iskander kalau tak buat lawak memang tak sah kot. Terhibur juga lah dengar lawak dia tu. 

Ha, dah habis cerita pasal masa dekat Shopee Birthday Bash haritu. Ni Fadzi nak share dengan korang, apa yang diaorang reveal dalam event tu bersempena dengan Hari Lahir Shopee yang Kedua ni.

Untuk meraikan ulangtahun platform diaorang yang kedua ini, Shopee akan buat pelbagai jenis promosi dan juga pertandingan dekat sosial media. Fadzi memang kaki kontest. Jadi, Fadzi excited gila nak join kontest diaorang buat.

Promosi Ulang Tahun Shopee Yang Kedua

Bermula dari 1 Disember 2017 hingga 14 Disember 2017, Shopee akan buat jualan kilat Shocking Sale dengan harga serendah RM12. Jahat tau Shopee ni. Saja je bagi harga rendah-rendah. Sure lah Fadzi nak beli. Lagi teruk Shocking Sale ini akan berlangsung selama 5 kali sehari. Over sangat kan.

Shopee Malaysia

Itu baru satu. Ada lagi promosi gila lain yang diaorang nak buat termasuklah Kemuncak Shopee Mall Berganda, Tawaran Mega 12.12 dengan harga bermula RM12, Baucar Beat the Clock bernilai lebih RM500,000 untuk dimenangi dan banyak lagi. 

Partner Shopee - Maybank, CIMB, Public Bank, RHB, Ambank, Citibank, Petronas, Digi, Maxis, B Infinite, FPX dan Photobook pun akan buat promosi eksklusif untuk barang-barang diaorang dekat Shopee.

Promosi kemuncak termasuklah baucar aksesori Digi bernilai RM50 yang terhad dijual pada RM12 dan cabutan bertuah yang membolehkan 121 pembeli bertuah memenangi 1,212 B Points daripada B Infinite. 

Shopee Malaysia

Ada juga hadiah menarik yang korang boleh menang termasuk percutian untuk 2 orang ke Honolulu, Hawaii bernilai RM15,000 dan sebuah iPhone X bernilai RM5,500 yang ditaja oleh FPX. Korang hanya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM100 bagi setiap transaksi menerusi pembayaran dalam talian (FPX) sepanjang bulan Disember untuk melayakkan diri menyertai pertandingan ini.

Fadzi rasa nanti setiap hari mesti Fadzi buka apps Shopee nak tengok sale apa yang best-best dan murah untuk grab.  

Pertandingan Media Sosial Sempena Ulang Tahun Shopee Yang Kedua

Kalau korang kaki kontest macam Fadzi pulak, korang boleh join pertandingan yang diadakan di sosial media. Antara kontest yang ada:

Shopee Malaysia

Pertandingan Bingkai Gambar Facebook Hari Lahir 
21 November hingga 12 Disember. Pengguna berpeluang memenangi hadiah utama iaitu sebuah iPad mini 4 bernilai RM1,899 dan 500,000 Shopee Coin dengan memuat naik Bingkai Gambar Facebook Shopee di akaun Facebook masing-masing.

Pertandingan Snap & Win
Shopee ada menawarkan hadiah mingguan wang tunai bernilai RM500 untuk pemenang pertandingan Snap & Win dari 21 November hingga 22 Disember 2017. Korang boleh mengambil dan berkongsi gambar dari pembelian yang dilakukan di Shopee di Instagram mereka dan seorang pemenang bertuah akan dipilih setiap minggu. 

Dah dah, tak lama dah ni nak start sale besar-besaran dekat Shopee dan pertandingan diaorang. Korang jangan lupa download apps Shopee dan mula shopping dengan promosi gila-gila 1 Disember 2017 nanti okay. Dan jangan lupa tarikh untuk shopping murah dekat Shopee.

Shopee Shocking Sale
1 Disember 2017 hingga 12 Disember 2017

Kalau korang nak tau lagi pasal ni, korang boleh tengok website, Instagram atau Facebook diaorang. Link Fadzi share dekat bawah.



Beramal Dan Bersedekah Dengan Muslim Volunteer Malaysia

$
0
0
Beramal Dan Bersedekah Dengan Muslim Volunteer Malaysia | Pernah tak korang terfikir yang korang nak buat amalan baik, nak jadi volunteer kepada aktiviti-aktiviti kebajikan tapi tak tau dekat mana nak mula? Atau korang nak bersedekah, nak bagi sumbangan dalam bentuk wang ringgit dan barang tapi kadang-kadang korang tak yakin organisasi yang korang bagi sedekah itu betul atau scam?

Ha, kalau gitu, meh Fadzi boleh kongsikan dekat korang macam mana korang boleh jadi volunteer atau nak bersedekah dengan cara yang mudah tetapi diyakini. Baru-baru ni Fadzi dijemput untuk menghadiri sidang media Ikon Muslim Volunteer Malaysia di De Palma Hotel, Shah Alam. 

Muslim Volunteer Malaysia

Muslim Volunteer Malaysia inilah yang Fadzi nak kongsikan pada korang yang mana korang boleh sama ada jadi volunteer untuk aktiviti-aktiviti kebajikan atau pun korang boleh beri sumbangan kepada organisasi yang boleh dipercayai.

Muslim Volunteer Malaysia (MVM)

Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia atau Muslim Volunteer Malaysia (MVM) adalah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang telah didaftarkan pada 30 Disember 2014. Diaorang ada lebih 50,000 sukarelawan di Malaysia dengan julat umur 18 hingga 24 tahun.

MVM telah disenaraikan sebagai TOP 5 NGO pada majlis Volunteer Malaysia Awards 2016 – Anugerah Perdana Menteri pada 2017. Majlis Volunteer Malaysia Awards ini dianjurkan oleh IM4U dan disokong oleh Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS).

Antara bentuk bantuan yang diberikan oleh MVM adalah dalam bentuk tindakan dan penerangan. Pembangunan sosial secara bersepadu melalui kerjasama dengan masyarakat setempat, rakan kerjasama dan pihak penaja. MVM juga membantu mereka yang memerlukan tanpa mengira latar belakang politik, bangsa dan agama.

Selain daripada itu, MVM juga mengembangkan sayap operasinya dalam pelbagai bidang termasuk membantu menghubungkan NGO-NGO lain dengan kerajaan, menghantar sukarelawan-sukarelawan MVM ke NGO-NGO yang memerlukan, membantu golongan keluarga fakir miskin, anak-anak yatim dan belia-belia Malaysia.

Program-program kelolaan MVM dijalankan dalam bentuk berfasa dan ini meliputi fasa seperti transformasi, latihan perniagaan, pemantauan ekonomi serta bantuan dana untuk suatu jangka masa tertentu.

MVM mempunyai harapan yang cukup besar untuk mewujudkan masyarakat yang prihatin di mana komuniti diupayakan, tanggungjawab sosial dilaksanakan dan masyarakat bersatu meringankan penderitaan golongan yang lebih memerlukan.

Muslim Volunteer Malaysia

Program-Program Kebajikan Muslim Volunteer Malaysia (MVM) 

Masa majlis hari tu, baru Fadzi kenal siapa MVM ini. Sebenarnya kan dah banyak aktiviti kesukarelawan yang diaorang ni dah buat. Pada tahun 2016 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 33 program manakala pada tahun 2017 MVM telah berjaya menganjurkan sebanyak 55 program dan insyaAllah pada tahun 2018 MVM akan terus memperbanyakkan lagi program-program kebajikan.

MVM memfokuskan kepada pembangunan ekonomi penerima bantuan secara berkala. Antara program yang telah dijalankan oleh MVM adalah seperti PureHeart, Di Sebalik Pintu, Jejak Mahabbah, MVM Apprentice, Qurban MVM dan banyak lagi. Setakat ini hampir 80 buah program kebajikan telah dijalankan dan hampir 6000 buah keluarga penerima bantuan telah menerima manfaat dari dana yang telah berjaya dikumpul daripada sumbangan rakyat Malaysia yang pemurah.

Bantuan yang diberikan oleh MVM ni meliputi dalam Malaysia dan juga luar negara seperti Syria, Jordan, Rohingya dan lain-lain melalui misi-misi kemanusiaan bersama dengan rakan-rakan NGO lain. 

Tahun ini sahaja untuk misi Unity Convoy, 87 buah ambulans dan tujuh buah darinya adalah sumbangan daripada rakyat Malaysia yang prihatin ini telah berjaya dihantar ke Syria dan telah digunakan untuk membantu mereka di sana dan ini adalah antara inisiatif oleh Gabungan Anak Muda yang diwakili NGO seperti Muslim Volunteer Malaysia (MVM), Malaysia LifeLineforSyria (MLLFS) dan Tangisan Syria di Bumi Jordan (TSDBJ)

Terbaru 100 buah rumah perlindungan sedang giat dibina untuk etnik Rohingya di Bangladesh.

Muslim Volunteer Malaysia

Ikon Muslim Volunteer Malaysia (MVM) 2018

Nak buat kerja amal tanpa sokongan orang ramai ni bukan kerja senang. Jadi MVM bekerjasama dengan para selebriti dan usahawan dari pelbagai latar belakang yang secara umumnya dilihat dapat membantu, membuka peluang dan membentuk kesedaran untuk sama-sama membantu mencipta gelombang dan seterusnya dapat menarik perhatian orang ramai terhadap peranan MVM dalam melaksanakan kerja-kerja kebajikan melalui penyebaran di laman media sosial.

Oleh sebab itu, selebriti-selebriti seperti Dato’ Dr. Hj Mohd Fadzilah Kamsah (Pakar Motivasi), Datin Alyah (Penyanyi), Dila Mubarak (Pengasas Mamadil), MilaJirin (Penyanyi dan Ahli Perniagaan), Syamel AF (Penyanyi), Diana Amir (Pelakon dan Pengacara), Lah Ahmad (Penyanyi), Azmi Saat (Penyanyi) bersetuju untuk sama-sama berganding bahu menjadi Ikon MVM 2018 untuk memainkan peranan mereka menyebar kebaikkan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Pemilihan Ikon MVM kali ini merupakan kali yang ke-2 untuk MVM dengan menjalinkan kerjasama dengan selebriti-selebriti terkenal tanah air. Tahun lepas MVM telah berjaya bekerjasama dan sehingga kini masih terus bersama dengan Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, Datin Sri Nur Shahida D’Herbs, Heliza Helmi, Hazwani Helmi, Datin Sri Umie Aida dan Amsyar Azman.

Fadzi percaya dengan adanya ikon-ikon MVM ini, dieorang sedikit sebanyak dapat membantu menjadi suara MVM bagi menyeru orang ramai untuk turun padang dan menghulurkan bantuan melalui hebahan di media sosial dengan menggunakan medium laman media sosial seperti Facebook, Instagram,Twitter dan sebagainya.

Muslim Volunteer Malaysia

MVM sangat terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana agensi sama ada kerajaan, swasta, individu mahupun pertubuhan atau persatuan lain. Kalau ada mana-mana individu atau agensi yang nak memberikan sumbangan, boleh buat sumbangan melalui akaun bank di bawah.

Akaun Sumbangan:
Nama: Pertubuhan Sukarelawan Muslim Malaysia:
Maybank (56480 164 7699)
CIMB (8602 5378 07)
Bank Islam (1230 0010 0030 65)
Emel : account@mvm.org.my

Sebarang maklumat boleh diajukan melalui:
Emel: salam@mvm.org.my
Telefon: 603-8074 0434
Alamat: Pejabat Urusan Muslim Volunteer Malaysia
No 12-1, Jalan Merbah 2, Bandar Puchong Jaya, 47170 Puchong, Selangor


The Space Grand Ballroom Shah Alam Promosi Pakej Kahwin Murah Serendah RM29.90

$
0
0
Dewan Kahwin di Shah Alam - The Space Grand Ballroom | Ada orang-orang Shah Alam yang tengah mencari dewan kahwin di Shah Alam tak? Dah jumpa ke belum? Kalau belum jumpa, Fadzi nak kongsikan salah satu dewan perkahwinan cantik yang korang boleh tempah untuk majlis perkahwinan korang nanti iaitu The Space Grand Ballroom Shah Alam.

The Space Grand Ballroom Shah Alam

The Space Grand Ballroom

The Space Grand Ballroom Shah Alam adalah salah satu dewan besar dan eksklusif untuk kegunaan majlis perkahwinan. Korang pun boleh buat konferens, mesyuarat, seminar, pameran, konvokesyen, konvensyen, ekspo, program televisyen, karnival jualan, karnival sukan dan makan malam korporat dekat sini. Serius dewan ini sangat besar.

Dewan kahwin Shah Alam

The Space Shah Alam Grand Ballroom ini terletak di dalam Eco Mall Space U8. Tempatnya memang strategik kalau nak buat event. Dekat sini boleh park 600 kereta secara PERCUMA dalam satu satu masa. Dewan juga boleh menampung 600 tetamu sekaligus. 

Dewan kahwin Shah Alam

Selain daripada itu, dekat sini pun ada sistem audio visual dan sistem projector yang cukup lengkap. WIFI pun boleh dapat secara percuma. Yang Fadzi paling suka dekat Space U8 ni, surau dia sangat cantik sebab ada air terjun sekeliling bilik surau. Memang cantik gila kalau korang nak buat akad nikah dekat surau dieorang.    

Sepanjang pembukaan The Space Shah Alam Grand Ballroom ni, dah lebih 500 pasangan pengantin yang buat majlis perkahwinan dekat sini. Ada juga majlis perkahwinan beramai-ramai yang dianjurkan oleh IKRAM Selangor. Ada juga beberapa agensi kerajaan seperti PTPTN, UiTM Shah Alam, KEMAS dan badan NGO serta korporat yang dah buat majlis dekat sini.

Dewan kahwin Shah Alam

Bersempena dengan tahun kedua The Space Grand Ballroom beroperasi, diaorang ada buat Wedding Open Day 2017 minggu lepas. Fadzi memang sejenis manusia yang suka pergi kalau ada open day. Sedikit sebanyak Fadzi dapat berkenalan dengan orang baru, dengan bisnes baru dan meluaskan lagi network. 

Nak tahu satu benda yang best tak? Sekarang The Space Grand Ballroom sekarang ni tengah berkerjasama dengan Katering Enak Rasa buat promosi untuk Pakej Amethyst. Fadzi rasa promosi ini sangat-sangat berbaloi untuk korang yang merancang untuk berkahwin pada tahun akan datang. 

Promosi Pakej Amethyst 

Macam yang Fadzi ada tulis dekat atas tadi, The Space Grand Ballroom dan Katering Enak Rasa ada buat promosi harga berbaloi untuk Pakej Amethyst. Dengan harga RM29.90 per pax (minimum 1000 pax), korang akan dapat pelbagai kemudahan seperti dewan eksklusif yang berhawa dingin. Dalam dewan ini, lantai fully berkarpet dan sangat luas. 

Dewan kahwin Shah Alam

Dalam pakej ini juga korang akan dapat 40 meja bulat dan beralas, 400 kerusi banquet bersarung dan beriben, meja doorgift dan meja hadiah. Fadzi suka dengan susunan meja dan kerusi diaorang sebab jarak antara satu meja dengan meja yang lain cukup selesa untuk kita lalu lalang. 

Dewan kahwin Shah Alam

Untuk meja Buffet pula, akan ada 2 station disediakan. Kalau ikutkan yang Fadzi pergi, diaorang susun meja buffet di bahagian kiri dan kanan dewan.

Dewan kahwin Shah Alam

Meja makan beradab pulak akan disediakan untuk 10 orang. Yang cantiknya diaorang menggunakan 8 Ghost Chair dan 2 kerusi pengantin. Serius Ghost Chair tu sangat cantik. Macam wedding orang Barat. Meja beradab tu pun dah siap-siap dengan alas meja dan skirting.

Menu Utama

Untuk menu utama, korang boleh pilih antara nasi-nasi, lauk pauk dan side dish yang Fadzi sertakan di bawah ini. Acar buah, papadom, buah-buahan, air kordial dan plain water tu memang korang akan dapat. Kesemua menu ini akan dimasak oleh Katering Enak Rasa. 
  • Nasi Minyak / Beriani / Hujan Panas / Serai (80%)
  • Nasi Putih (20%)
  • Ayam Beriani / Masak Merah / Madu / Goreng Berempah / Daging Kurma / Rendang Minang / Palembang / Dendeng / Sambal Sotong / Fish Fillet (50%)
  • Dalca Pisang Muda dan Mangga / Dalca Sayur 
  • Acar Buah
  • Papadom
  • Buah-buahan (3 jenis)
  • Air kordial
  • Plain Water

Dewan kahwin Shah Alam
 Nasi Hujan Panas

Dewan kahwin Shah Alam
 Nasi Minyak

Dewan kahwin Shah Alam
 Nasi Serai

Dewan kahwin Shah Alam
 Papadom

Dewan kahwin Shah Alam
 Buah-buahan

Dewan kahwin Shah Alam
 Air Teh Chrysanthemum

Dewan kahwin Shah Alam
Air kordial

Menu Makan Beradab

Untuk menu makan beradab pula, korang boleh pilih antara lauk-lauk di bawah ini. Selain daripada lauk pauk di bawah ini, korang boleh juga tambah lauk-lauk lain dari menu pilihan.
  • Ikan Siakap / Bawal Masam Manis / Tiga Rasa
  • Udang / Sotong Goreng Tepung Berhias
  • Ayam Golek / Percik
  • Gubahan Buah-buahan
  • Fruit Punch / Air Mineral

 Acar Buah

 Ayam Goreng Berempah

 Fish Fillet

Daging Kurma

Sambal Sotong 

 Ayam Masak Merah

  Daging Dendeng

 Dalca Sayur

 Dalca Pisang Muda  Dan Mangga

Daging Rendang Minang

Coffee Corner Stall (30%)

Selain daripada menu utama, tetamu-tetamu pun akan dihidangkan dengan Coffee Corner Stall. Untuk Coffee Corner Stall ini korang akan dapat minuman panas dua jenis iaitu Kopi O dan Teh Tarik, kuih muih sebanyak 3 jenis dan pilihan antara cendol atau pelbagai pilihan bubur.

Dewan kahwin Shah Alam
Air Teh Tarik dan Kopi O

Dewan kahwin Shah Alam
Kuih-muih

Dewan kahwin Shah Alam
Bubur

Kelengkapan Catering

Dalam pakej ini korang tak perlu risau tentang kelengkapan katering. Selain daripada makanan, korang juga akan disediakan dengan 4 VIP Dome, peralatan sajian lengkap dan pramusaji beruniform. 

Dekorasi Dewan (Sedia ada)

Pasal dekorasi dalam dewan, korang jangan risau. Dalam pakej ni korang akan dapat pelamin dewan sedia ada yang dihias oleh Rins Suzana Wedding & Events, siap sekali dengan entrance arch deco dan walkaway. Dekorasi meja makan beradab pun ada sekali. 

Dewan kahwin Shah Alam
Contoh pelamin yang ada

Andaman

Yang bestnya kalau korang ambil Pakej Amethyst ni, korang akan dapar sekali sepasang busana pengantin Lelaki dan Perempuan yang sedia ada serta 1 kali make up. Pakaian pengantin ini nampak memang cantik hasil daripada Rins Suzana Wedding & Events.

Dewan kahwin Shah Alam
Contoh baju pengantin yang ada 

Set Fotografi

Nak lagi best? Pakej ini dah lengkap sekali dengan khidmat fotografi. Lengkap habis kan? Untuk set fotografi ini, korang akan dapat 1 professional photographer, 1 story album 10x12, DVD softcopy unlimited, 1 poster frame 16x24 dan juga outdoor session event day.

Percuma

Dan yang lebih menarik, kalau korang pilih Pakej Amethyst, korang akan dapat kek kahwin 2 tingkat (Dummy / Real Cake) secara percuma. Selain itu, korang juga boleh cuba food tasting yang disediakan untuk 10 orang daripada pihak korang. Jadi, korang boleh pilih menu apa yang korang berminat untuk hidangkan pada tetamu-tetamu korang nanti.

Dewan kahwin Shah Alam
 Pelbagai jenis nasi dan lauk pauk yang Fadzi cuba hari tu

Dewan kahwin Shah Alam
 Lauk-pauk tambahan. Hari tu ada lebih kurang 10 lauk yang disajikan

Dewan kahwin Shah Alam
 Kuih -muih yang Fadzi cuba. Sedap terutamanya Popia Pedas

Dewan kahwin Shah Alam
Puding karamel

Harga Promosi Pakej Amethyst

Kalau korang book dan confirm date sebelum 31 Disember 2017 ni, korang akan dapat harga diskaun yang sangat berbaloi untuk Pakej Amethyst. Korang boleh jimat sehingga RM8100. 

Harga asal
RM38.00 (minimum 1000 pax)
RM38 000

Harga promosi 
(Last booking dan confirm 31 Disember 2017)
RM29.90 (minimum 1000 pax)
RM29 900

Jadi, bagi korang yang masih tercari-cari lagi dewan kahwin untuk bulan 12 ni atau untuk tahun depan, cepat-cepat book dan confirm sebelum 31 Disember 2017 untuk dapat harga yang berbaloi ini. Tak kisah bila pun korang nak kahwin. Tahun 2017 ke 2018 ke 2019 ke. Book dan confirm je terus. Tak ada masalah.

Untuk maklumat lanjut atau nak book, korang boleh tengok dekat website, Facebook atau Instagram The Space Grand Ballroom, The Space U8 Shah Alam. Link Fadzi kongsikan dekat bawah.


The Space Grand Ballroom
A1-1-G, Space U8,
No. 6, Persiaran Pasak Bumi,
Tmana Bukit Jelutong, Seksyen U8,
40150 Shah Alam, Selangor
info@thespace.com.my
019-250 7770 / 019-250 7779

Cik Nurul Afni 0122374867
Tuan Haji Aidil 0162580734

Puan Hajjah Salmi 0102250734

Landmark
Space U8 Shopping Mall 

5 Idea Aktiviti Cuti Sekolah Yang Boleh Buat Bersama Keluarga

$
0
0
5 Idea Aktiviti Cuti Sekolah Yang Boleh Buat Bersama Keluarga | Sekarang kan dah masuk musim cuti sekolah. Memang waktu ini yang ditunggu-tunggu oleh pelajar-pelajar sekolah sebab tak perlu datang ke sekolah dan boleh release tension katanya. 

5 Idea Aktiviti Cuti Sekolah Yang Korang Boleh Buat Bersama Keluarga

Tapi kalau ikut pengalaman Fadzi dulu, Fadzi memang tak suka cuti sekolah sebab bosan tak ada apa-apa yang menarik boleh dibuat. Jadi Fadzi nak kongsikan pada korang semua 5 idea aktiviti yang korang boleh buat bersama-sama keluarga pada cuti sekolah kali ini supaya anak-anak korang tak bosan.


1. Melancong

Pada Fadzi bila dah sampai hujung tahun waktu cuti sekolah, inilah waktu terbaik untuk satu family ambil cuti panjang dan pergi melancong. Tak kisahlah nak melancong dalam atau luar negara, asalkan dapat pergi berjalan-jalan. Semasa melancong inilah banyak benda yang kita boleh belajar. Bukan setakat belajar perkara baru di tempat orang tapi juga belajar cara uruskan masa perjalanan dan kawal perasaan. 

Melancong

Melancong terutamanya di negara orang bukannya perkara yang mudah. Banyak yang kena ambil perhatian. Kadang-kadang banyak dugaan dalam melancong, tapi dari situ lah kita dapat belajar tentang banyak perkara. 

2. Menonton Wayang

Kalau ibu bapa yang tak ada cuti panjang dan cuma boleh cuti pada hujung minggu, Fadzi rasa menonton wayang ini adalah aktiviti yang paling mudah dan sesuai untuk korang buat bersama-sama anak cuti sekolah ini. 

Menonton Wayang

Kali ini, minta anak yang pilih filem apa yang diaorang nak tonton. Dan berikan diaorang peluang serta pengalaman untuk membeli tiket serta snek sendiri tanpa bantuan korang. Mesti diaorang excited habis. Kalau nak lagi senang, korang boleh check pilihan filem apa yang masih ditayangkan di panggung wayang yang korang nak pergi tu dekat showtimes2u.com

3. Kelas Kursus Pendek

Waktu cuti sekolah biasanya tak panjang. Dalam sebulan saja kan? Tapi waktu inilah yang terbaik untuk anak-anak korang belajar benda baru selain daripada akademik. Cari kelas kursus-kursus pendek seperti kelas bahasa asing, memasak, bermain alat muzik atau menjahit. 

Kursus Pendek Archery Untuk Kanak-kanak

Bulan lepas Fadzi ada bawa Aneeq ke kelas trial untuk memanah di Bangi. Saja bawa ke sana walaupun tak cukup umur lagi. Mana tahu Aneeq dah mampu nak berlatih memanah kan? Minggu depan pula ada satu lagi kelas trial berenang yang Fadzi nak bagi Aneeq cuba. Aneeq memang jenis suka main air. Jadi mesti dia suka kelas berenang tu nanti.

4. Pergi Karnival

Masa musim cuti sekolah inilah macam-macam jenis karnival yang akan diadakan. Tak percaya? Baru saja 2 minggu lepas Fadzi bawak Aneeq pergi ke Karnival Upin Ipin 2017. Memang Aneeq enjoy sangat. 

Karnival Upin Ipin 2017

Jumaat ini pulak akan ada Karnival Buku Big Bad Wolf KL 2017. Waktu ini lah terbaik untuk korang pupuk minat membaca anak-anak korang. Bawa diaorang ke sana dan bagi diaorang pilih buku yang diaorang nak baca. Banyak lagi karnival yang diadakan untuk kanak-kanak dan remaja sepanjang cuti sekolah ini. Kena pandai cari saja. 

5. Bagi Tanggungjawab Urus Rumah Pada Anak

Anak-anak kita ni patutnya dari awal lagi kita ajak diaorang bersama-sama jaga rumah. Bukan setakat mengemas bilik sendiri saja tapi termasuklah kemas rumah, pakaian dan juga memasak. Serius Fadzi cakap, budak-budak kan kalau kita bagi diaorang tanggungjawab, memang diaorang akan rasa dihargai. 

Kerja Rumah Sesuai untuk kanak-kanak

Budak-budak kan asyik kata diaorang dah besar, tak sabar nak jadi besar. Ha, korang bagi diaorang tanggungjawab kemas rumah, cuci pakaian, lipat baju, sapu lantai, buang sampah dan masak. Gerenti diaorang memang suka dan akan buat tugasan tu dengan bersungguh-sungguh. Tapi cuma satu yang Fadzi nak bagi nasihat awal-awal - jangan cepat naik angin. Nama pun budak-budak. Ada kalanya diaorang tak pandai buat sesuatu perkara tu. Korang jangan marah, sebaliknya korang tunjuk cara yang betul untuk buat perkara itu. Baru anak-anak rasa seronok nak buat. Betul?

Sebenarnya banyak gila aktiviti yang korang boleh buat bersama-sama keluarga korang musim cuti sekolah ini. Yang pentingnya adalah komunikasi. Bincang sesama ahli keluarga apa yang nak dibuat, apa yang menarik dan rancang kewangan kalau aktiviti yang melibatkan yuran dan sebagainya. Libatkan anak-anak dalam perbincangan tu supaya mereka tau apa yang berlaku dan dalam masa yang sama boleh mengajar mereka untuk merancang juga.

Selamat bercuti semua!


Mudahnya Bayar Zakat Dengan Kempen YEZ 2017

$
0
0
Mudahnya Bayar Zakat Dengan Kempen YEZ 2017 | Start dari tahun 2015 lagi Fadzi rasa hujung tahun mesti Fadzi duk teringat-ingat pasal zakat. Alang-alang dah teringat pasal zakat, Fadzi pun nak ingatkan korang jugak pasal zakat.

PPZ - MAIWP makin lama makin banyak inisiatif yang terbaik untuk memudahkan pembayar-pembayar zakat macam kita ini menunaikan tanggungjawab berzakat. Fadzi rasa diaorang ni mendengar dan respon bila ada orang komplen susah nak bayar zakat lah, tak ada masa lah, itu lah ini lah. Jadi tahun 2017 ni, PPZ - MAIWP ada menjalankan Kempen YEZ 2017 yang mana akan menyenangkan lagi korang bayar zakat.  

Mudahnya Bayar Zakat Dengan Kempen YEZ 2017

Kempen YEZ 2017

Kempen YEZ 2017 (Year End Zakat) akan diadakan bagi menggalakkan kita semua untuk berzakat sebelum berakhirnya tahun 2017. Kalau korang nak tau, kempen ini akan diadakan selama sebulan pada bulan Disember 2017. 

Tarikh Kempen YEZ 2017
1 Disember 2017 - 31 Disember 2017 

Sepanjang waktu kempen ini, ada beberapa cara mudah untuk korang bayar zakat melalui:

Kaunter PPZ - MAIWP

Dari 1 Disember hingga 31 Disember 2017, ada 11 kaunter PPZ - MAIWP yang dibuka setiap hari, 7 hari seminggu termasuk pada hari cuti umum. Waktu operasi 11 kaunter ini adalah bermula pada pukul 8.15 pagi hingga 4.45 petang. 


Penambahan Masa Kaunter PPZ - MAIWP

Bermula pada tarikh 26 – 31 Disember 2017 pula, kaunter PPZ-MAIWP akan beroperasi  setiap hari juga tapi dengan penambahan masa. Waktu operasi pada tarikh tersebut akan bermula dari jam 8.15 pagi hingga jam 8 malam.

Dah mudah sangat dah kan. Tak ada alasan tak cukup masa dah lepas ini. Kaunter buka setiap hari. Mesti kita ada masa nak pergi kan. Kalau tak boleh pergi dalam masa waktu bekerja, boleh lah datang pada hujung minggu.

Mudahnya Bayar Zakat Dengan Kempen YEZ 2017

11 Kaunter PPZ - MAIWP

Dekat bawah ni Fadzi kongsikan 11 kaunter yang korang boleh pergi untuk bayar zakat sepanjang Kempen YEZ 2017 ini:
  • Dataran Shamelin
  • Plaza RAH, Kampung Baru
  • Masjid Negara
  • UTC KL, Pudu Sentral
  • Presint 9, Putrajaya
  • Presint 15 Diplomatik, Putrajaya
  • Masjid Al-Imam Al-Ghazali, Kepong
  • Anjung Niaga Masjid At-Taqwa, TTDI
  • MasjidAbdul Rahman bin Auf, Jalan Puchong
  • Labuan Times Square 

Keistimewaan Bayar Zakat Dalam Kempen YEZ 2017

Yang lebih menarik kalau korang bayar zakat dalam waktu Kempen YEZ 2017 ini, korang akan dapat cenderahati khas di kaunter-kaunter PPZ- MAIWP iaitu CD  MAU’ IZATI  oleh  Ustaz   Ahmad  Dusuki  Abd  Rani, Kalendar Meja 2018, yang turut mengandungi jadual waktu solat, Buku Siri Rukun Islam yang akan diberikan kepada para pembayar zakat yang membawa anak-anak mereka ke kaunter PPZ-MAIWP.

Mudahnya Bayar Zakat Dengan Kempen YEZ 2017

Selain itu, korang juga berpeluang untuk menang hadiah cabutan bertuah kalau korang bayar zakat di kaunter PPZ-MAIWP. 1 cabutan bertuah setiap hari dari tarikh 1 hingga 29 Disember 2017 dan 20 cabutan bertuah pada tarikh 30 hingga 31 Disember 2017. Menarik tu. Sambil bayar zakat, sambil menang hadiah.

Kalau yang ada berdekatan dengan area Shamelin Perkasa, korang boleh datang bayar zakat dekat kaunter PPZ dekat sana. Dan kalau anak-anak korang peminat cerita Omar dan Hana, bawak diaorang sekali sebab pada 30 dan 31 Disember 2017 nanti, maskot Omar dan Hana akan datang untuk memeriahkan lagi suasana kaunet Shamelin Perkasa.

Kalau korang tak sempat nak pergi ke 11 kaunter PPZ -MAIWP pula, tak ada masalah. Korang boleh bayar zakat melalui website Portal PPZ-MAIWP dengan melayari www.zakat.com.my dan berpeluang memenangi 100 cabutan bertuah yang disediakan.

Untuk maklumat lanjut pasal Kempen YEZ 2017 ini, korang boleh tenok dekat website, Facebook ataupun hubungi Talian Zakat 1-300-88-5757.




Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 - Plaza Alam Sentral Shah Alam

$
0
0
Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 - Plaza Alam Sentral Shah Alam | Bagi yang tengah planning untuk berkahwin pada tahun depan tapi masih tak jumpa perkhidmatan perkahwinan yang berkenan di hati, nah ini untuk korang. Tak perlu nak pening-pening kepala lagi sebab dekat pameran ini nanti semua perkhidmatan akan ada dan korang cuma perlu survey dan book saja.

Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 - Plaza Alam Sentral Shah Alam

JOM REWANG 2018

JOM REWANG 2018 ini adalah satu pameran pengantin yang menyediakan pelbagai servis persiapan perkahwinan untuk korang-korang yang sekarang ni tengah sibuk membuat persiapan untuk berkahwin. Untuk pengetahuan korang, event ini adalah kerjasama antara Puspawangi Event Management dengan Kerja Kahwin.

Dulu sebelum Fadzi kahwin dulu, memang Fadzi ada pergi juga pameran pengantin macam ini. Dan bagi Fadzi pameran macam ni memang berbaloi sebab boleh survey semua perkhidmatan yang korang perlukan, survey serta bandingkan harga setiap vendor, dapatkan promosi besar-besaran dan terus book untuk menyenangkan hidup korang.

JOM REWANG 2018
Tempat: Plaza Alam Sentral Shah Alam
Tarikh: 26 hingga 28 Januari 2017 
Hari: Jumaat hingga Ahad
Masa: 10 pagi hingga 10 malam

Untuk event JOM REWANG 2018 nanti ada lebih kurang 30 syarikat yang menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan persandingan dan perkahwinan akan datang untuk membuat pameran di Plaza Alam Sentral Shah Alam. Antara servis yang turut dipamerkan pada hari tersebut adalah melukis henna, khidmat andaman, butik pakaian pengantin, fotografi, katering, persiapan pelamin, hantaran dna sebagainya. 

Untuk Bakal Pengantin

Korang boleh tengok dan survey lebih daripada 300 syarikat perkhidmatan perkahwinan dari satu Malaysia dekat event JOM REWANG 2018 tu nanti. Jadi kalau korang bekerja di Shah Alam atau kawasan lembah Klang tapi bercadang nak buat majlis perkahwinan dekat negeri lain, dah tak ada masalah. Datang je masa hari event sebab banyak vendor dari negeri lain yang akan turut serta dalam pameran perkahwinan kali ini. Tak payah korang ambil cuti semata-mata nak selesaikan persiapan perkahwinan dekat negeri masing-masing.  

Pasal parking, korang tak perlu risau. banyak tempat letak kereta dekat sini dan harga pun murah saja. Korang boleh park kereta dekat bangunan Plaza Alam Sentral sendiri ataupun dekat bangunan-bangunan berdekatan seperti PKNS dan SACC.

Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 - Plaza Alam Sentral Shah Alam


Untuk Vendor Perkhidmatan Perkahwinan

Bagi vendor-vendor perkhidmatan perkahwinan pula, masih ada peluang untuk korang buat pameran semasa event JOM REWANG 2018 nanti. Antara kelebihan yang korang akan dapat kalau jadi vendor semasa event ini adalah:
  • Harga booth mampu milik
  • Hebahan event melalui media sosial, media elektronik, bunting di sekitar tempat pameran dan 30km radius serta edaran flyers
  • Khas untuk bumiputera sahaja
  • Pelaburan jangka pendek yang efektif
  • Crowd yang ramai 

Untuk pengetahuan korang, hebahan event melalui sosial media akan dilakukan menerusi blast di FB 'Si Rashid' yang mempunyai lebih daripada 500 000 followers, FB 'Tinta Media' yang mempunyai lebih daripada 500 000 followers, group-group perkahwinan di Facebook di mana ada lebih kurang 20 000 target market, FB Jom Rewang serta Instagram Jom Rewang. 

Sementara itu, untuk hebahan melalui media elektronik pula, ada beberapa slot di TV dan di radio yang akan diadakan dalam masa yang terdekat. Rasanya dengan hebahan melalui media elektronik dan media sosial ni, memang dah cukup untuk tarik ramai orang ke event ini.   
Pameran Pengantin Jom Rewang 2018 - Plaza Alam Sentral Shah Alam

Kalau korang yang tengah mencari dan survey perkhidmatan untuk majlis perkahwinan korang akan datang dan nak tau lebih lanjut, boleh lah datang masa event JOM REWANG 2018. Bagi vendor yang berminat untuk book tapak booth, tengok dekat Facebook diaorang. 



Pergi Big Bad Wolf 2017 Dengan Aneeq

$
0
0
Pergi Big Bad Wolf 2017 Dengan Aneeq | Minggu lepas Fadzi dan family sempat pergi ke Big Bad Wolf 2017. Yang bestnya, Fadzi menang tiket preview untuk masuk sehari lebih awal daripada yang sepatutnya diaorang open untuk public iaitu 7 Disember 2017. Fadzi dapat tiket preview tu pun sebab menang kontest dekat page Oh Bulan.


Big Bad Wolf 2017

Masa preview session tu pun sebenarnya dah ramai orang. Fadzi sampai dekat MIECC lebih kurang pukul 11 pagi. Waktu tu orang dah ramai yang masuk tapi tak lah sesak sangat. Kalau korang drive sendiri, parking RM5.00 sekali masuk. Tak kira lah berapa jam korang duduk dekat situ.  

Big Bad Wolf 2017

Masuk-masuk pintu je ada ruangan tempat letak troli. Korang boleh je nak ambil troli ini untuk letak buku-buku yang korang beli tu. Tapi tak boleh lah bawak sampai keluar ke kereta. Dalam dewan je boleh. Lepas bayar semua buku, troli kena tinggal. 

Jadi, Fadzi cadangkan korang bawak lah troli atau beg beroda sendiri supaya boleh bawak buku-buku yang korang beli ke kereta. Tempat parking tak lah jauh sangat tapi penat juga lah nak bawak buku berat banyak-banyak. 

Big Bad Wolf 2017

Dalam dewan MIECC tu, kalau korang masuk je korang boleh jumpa terus booth untuk Ejen Ali. Banyak jugak ruangan yang Ejen Ali ambil untuk display barang-barang diaorang. Siap ada pentas untuk beberapa acara yang diaorang dah sediakan termasuk kemunculan maskot Ejen Ali dan Comot. 

Fadzi memang peminat kipas susah mati Ejen Ali. Terus Fadzi ambil gambar dengan maskot Ejen Ali dan Comot yang ada masa tu. 


Big Bad Wolf 2017

Korang tengok Aneeq. Orang suruh posing elok-elok nak ambil gambar, boleh pulak dia selit mata je dekat siku Ali. 

Big Bad Wolf 2017

Sempat juga Fadzi ambil gambar dengan Ida Rahayu. Ida Rahayu ni lah yang jadi suara Ali dan Comot. Sebenarnya Fadzi nak ambil juga gambar dengan Azman Zulkiply (suara Ejen Rizwan), Shafiq Isa (suara Ejen Bakar) dan Usamah Zaid (suara Ejen Karya dan juga pengarah). Tapi sebab waktu tu dah lewat nak solat Zohor, jadi tak sempat nak ambil gambar dengan diaorang.


Big Bad Wolf 2017

Tengok dewan ni memang besar betul. Banyak gila buku yang ada dekat sini dari buku English, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Cina. Tapi kalau ikut apa yang Fadzi tengok hari tu, hampir 50% adalah buku kanak-kanak. Serius banyak buku budak-budak dekat sini. Sampai Fadzi pun rambang mata nak beli buku apa untuk Aneeq. 

Big Bad Wolf 2017

Kalau korang nak cari buku specific genre, tak ada masalah pun. Diaorang dah asing siap-siap dan naik sekali dengan penanda buku apa dekat bahagian mana. Senang lah korang nak cari nanti. Ada bahagian contohnya buku Craft & Hobbies, Adult Coloring Book, Young Children, Architecture & Music.

Big Bad Wolf 2017

Buku-buku latihan dan workbook pun banyak dekat sini. Dari workbook untuk UPSR, PT3 sampai ke SPM pun ada. 

Big Bad Wolf 2017


Zul gigih cari buku untuk Aneeq. Buku untuk dia sendiri, last minit baru dia pergi cari.  

Big Bad Wolf 2017

Aneeq ralit habis baca buku dalam troli. Troli ni memang untuk dia duduk je. Time Fadzi pergi tak ramai sangat orang, jadi tak apa lah kot nak ambil troli ni untuk bagi Aneeq duduk. Tapi kalau korang pergi waktu peak hour, make sure korang bawak baby carrier atau stroller sendiri. Ataupun tak payah bawak budak-budak, lagi senang. Serius. 

Big Bad Wolf 2017


Kalau lapar tak ada masalah, ada je cafe dekat sini untuk korang makan. Menu apa yang ada Fadzi pun tak pasti sebab Fadzi tak makan pun dekat sini. Kalau korang cari surau, ada satu surau dekat bahagian atas ni. Tapi Fadzi tak pasti dekat dalam dewan atau luar dewan. Hari tu Fadzi solat dekat surau tingkat bawah. Rupanya tu surau untuk staff dia saja.

Big Bad Wolf 2017

Untuk pembayaran buku dekat Big Bad Wolf 2017 pulak, korang boleh guna cash ataupun kad. Tapi yang nak pakai kad tu, tengok sikit kaunter yang korang pergi tau. Ada kaunter yang hanya terima cash atau wang tunai saja. Setiap meja cashier akan ada notis sama ada terima cash/card atau cash sahaja.

Big Bad Wolf 2017


Tengok tu budak seronok dapat banyak buku. Mostly buku-buku Aneeq ni Fadzi yang pilih. Tapi ada juga buku yang Aneeq sendiri minat dan dia sendiri pilih. Nanti Fadzi buat lagi satu entry pasal buku-buku yang kiteorang beli dekat sini nanti.

Nak tau apa Fadzi paling suka bila bawak Aneeq cari buku sekali? Aneeq duduk je dalam troli sambil baca buku. Boleh kata banyak jugak buku yang dia baca hari tu. Lepas satu, satu buku lain dia pilih. Tapi lepas dia baca, dia pulang balik. 

Tak sabarnya nak tunggu Aneeq pandai membaca nanti. Bila Aneeq dah pandai baca, Fadzi nak bawak lagi Aneeq dekat sini untuk baca lebih banyak buku sambil beli buku lain.

Big Bad Wolf 2017

Bila dah bayar, waktu nak keluar tu, korang jangan buang pulak resit tu. Sebab nanti ada staff BWW akan check resit korang. Mungkin nak buat cukup syarat je kot. Masa Fadzi kena check tu, dia tengok resit je. Belek belek lepas tu bagi kiteorang jalan. Tak ada lah diaorang check beria semak satu satu buku yang ada dalam troli kiteorang beli tu teli atau tak dengan apa yang ada dalam resit tu.

Masa keluar tu pulak, korang akan melalui satu area yang penuh dengan frame dan canvas poster. Cantik-cantik semuanya ada gambar karekter Marvel, ada gambar bendera dan macam-macam lagi gambar yang memang cantik-cantik. Korang pun boleh beli kalau korang berminat tau. 

Big Bad Wolf 2017

Nah, belanja sikit gambar Aneeq dengan buku-buku dia. Balik je dari BBW, laju je terus Aneeq bukak buku dan baca. Bagus anakku bagus. Teruskan macam ni sampai besar ye. 

Ini kali kedua seumur hidup Fadzi pernah pergi Big Bad Wolf. Sebelum ni Fadzi pernah pergi jugak tapi dah lama dulu. 3 tahun yang lepas kot. Fadzi pernah cerita dekat entry Pengalaman Pertama Membeli Buku Murah Di  Big Bad Wolf 2014.

Korang dah pergi BBW ke? Kongsi sikit apa yang korang beli dekat sana. Kalau korang nak tengok buku apa yang fadzi beli, boleh baca dekat sini - Big Bad Wolf 2017 Haul.


Big Bad Wolf 2017 Haul

$
0
0
Big Bad Wolf 2017 Haul | Semalam Fadzi dah cerita pasal pengalaman pergi Big Bad Wolf 2017 dengan Aneeq kan. Korang boleh baca dekat sini kalau nak tengok dan nak tau macam mana suasana dia serta apa yang korang boleh expect bila pergi sana - Pergi Big Bad Wolf 2017 Dengan Aneeq

Big Bad Wolf 2017 Haul

Menang Preview Ticket Big Bad Wolf 2017 daripada Oh Bulan. Seronok juga dapat masuk awal sehari daripada orang lain. Tapi yang dapat tiket preview ni pun ramai juga. Cuma mungkin tak sesesak hari hari lain. 

Korang jangan risau. Masuk ke Big Bad Wolf 2017 ni tak kena bayar apa-apa pun. Percuma saja. Fadzi kena bertiket semua sebab masuk untuk preview session pada 7 Disember 2017 iaitu sehari awal daripada sepatutnya diaorang open pada public. 

Big Bad Wolf 2017 Haul

Dalam entry ni Fadzi nak kongsikan dengan korang buku apa yang kiteorang beli dekat Big Bad Wold 2017 hari tu. Acah-acah nak buat Big Bad Wolf 2017 Haul lah kiranya ni.  

Buku Aneeq

Kebanyakan buku yang kiteorang beli hari tu banyaknya buku Aneeq lah. Macam-macam jenis buku yang kiteorang beli untuk Aneeq. Ada juga permainan yang kiteorang beli. 

Big Bad Wolf 2017 Haul

Dari kiri:

Little Train's Big Journey - Buku ni jenis yang boleh tekan butang dan keluar bunyi. Buku ni Aneeq yang pilih sendiri. Memang favourite dia lah. Fadzi suka buku ni sebab boleh buat Aneeq ralit dan kusyuk kalau Fadzi tengah drive dalam kereta. Tak ada lah dia bising-bising bosan dekat belakang.

Big Book Of Fun - Buku yang ini ada macam-macam benda dalam dia. Belah-belah depan ada bed time stories karekter yang ada dalam Disney. Lepas tu ada bahagian untuk workbook. Lepas tu pulak ada bahagian yang ada sticker. Yang bahagian sticker tu Fadzi tak tunjuk lagi pada Aneeq. Kalau tunjuk, habis rumah penuh dengan sticker je. 

DC Comic Super Heroes - Yang ini sebenarnya Zul yang nak. Tapi bila Zul dah ambil tunjuk pada Aneeq, Aneeq pulak jadi berminat. Ini sebenarnya komik yang ada pelbagai karekter DC dalam bentuk LEGO. Siap ada karekter LEGO Batman dibagi sekali.

Matching Card (Games) - Yang ini bukan buku. Lebih kepada game card untuk latih memori. Dekat dalam kotak ni ada 2 paket card yang setiap satu nya ada 72 keping kad. Diaorang buat 2 paket sebab satu untuk permainan budak perempuan dan satu lagi untuk permainan budak lelaki.

Sticker Puzzle Planet - Yang ini lebih kepada nak explore pelbagai jenis benda dalam planet. Tak berapa menarik bagi Aneeq sebab banyak tulisan. Tapi tunggu dia tau dalam buku ni sebenarnya ada sticker, mesti dia excited.

My Opposites - Buku ni Fadzi tertarik nak beli sebab boleh ajar Aneeq tentang perkataan berlawanan. Dalam buku ni ada macam-macam jenis perkataan berlawanan macam Big Small, Dark Bright, Big Little dan Boy Girl. Plus, ada sticker!

Sticker Animals - Buku ni Fadzi yang nak beli untuk Aneeq sebab nak bagi Aneeq kenal nama haiwan. Gambar haiwan dalam buku ni guna gambar yang real dan bukannya gambar kartun. Dan of course ada sticker!

Design A Dino - Buku ini pula gambar dia comel-comel je semua. Dalam buku ni Aneeq boleh kenal macam-macam jenis nama dinosaur. Of course ada sticker dan ada juga model dinosaur 3D yang Aneeq boleh buat. 

Big Bad Wolf 2017 Haul

Dari kiri:

My First Encyclopedia of Birds - Buku yang ini saiz dia besar tau. Bukan macam saiz buku biasa. Besar tapi nipis. Dalam buku ni macam-macam jenis burung dan nama burung yang ada. Bukan Aneeq je yang seronok tengok buku ni, Fadzi pun seronok sebab ada burung yang Fadzi tak tau nama, ada dalam buku ni.

My First Words Nature - Buku ni memang Aneeq suka sangat sebab bahagian tengah ada lukisan dalam kotak. Lepas tu dekat sekeliling kotak tu, diaorang lukis objek satu-satu. Aneeq suka cari objek satu-satu tu dalam kotak bahagian tengah. Dah macam puzzle dah tengok.

My First Encyclopedia of Animals - Buku ni pun sama macam buku dekat atas. Ada kotak besar dekat tengah dan objek kecil-kecil diaorang lukis satu-satu dekat bahagian tepi. Aneeq pun seronok mencari objek tu dalam kotak besar sambil belajar nama objek. 

My First 200 Words - Sebijik macam buku dekat atas tapi topik yang berbeza. Segala mak nenek benda ada dalam buku yang ini termasuklah shape, numbers, colours, body parts dan vehicles. Serius memang berbaloi buku ni untuk anak-anak.

Big Bad Wolf 2017 Haul

Dari kiri:

Ejen Ali Misi: Cepat Pandai 123 - Ini macam biasalah workbook untuk tracing nombor 123 dan mewarna.

Ejen Ali Misi: Cepat Pandai ABC - Ini pulak buku tracing untuk ABC dan buku mewarna. Ikutkan tak nak ambil pun dua-dua buku ni sebab better Fadzi print je tracing worksheet dekat Pinterest. Tapi Zul ambil jugak. Layan kan aje.

Big Bad Wolf 2017 Haul

Write-On Wipe-Off Tracing - Yang ni menarik sebab boleh latih tangan anak-anak. Buku ni tak ada lah best sangat tapi mungkin best bagi budak-budak. Dalam ni aktiviti dia lebih kurang macam maze dan kita guna marker yang disediakan untuk follow maze tu. 

Aneeq memang suka buku ni. Kalau nak drive, bagi je buku ni, ralit lah dia dalam kereta. 

Buku Mak

Tak kan pergi BBWKL2017 beli buku Aneeq je kan. Mestilah Mak pun nak juga beli buku. Hehehe. Antara buku yang Fadzi beli untuk diri sendiri.

Big Bad Wolf 2017 Haul

Komik Ejen Ali 1-10 - Don't judge me. Walaupun Mak dah ada anak sorang, jiwa Mak masih lagi kebudak-budakan. Hahahaha. Bukan selalu nak buat perangai kumpul komik ni. Last Fadzi kumpul komik masa kecik-kecik dulu. Dragon Ball. Itu je. Yang lain tak minat. Boleh lah baca tapi tak obses sampai nak kumpul. 

Kali ni, Ejen Ali betul-betul buat Fadzi obses balik nak kumpul komik semula. Bila Fadzi tau je Ejen Ali kolaborasi dengan BBWKL, terus Fadzi set mind nak beli komik diaorang full set. 

Big Bad Wolf 2017 Haul

Digital Manga And Anime - Sebenarnya Fadzi dulu minat dan suka sangat melukis. Tapi bila dah masuk belajar degree, terus tinggal. Sayang betul. Kalau Fadzi teruskan melukis, mesti bertambah skill melukis. Sekarang ni, Fadzi nak asah balik skill melukis dan tambah ilmu pasal melukis secara digital pulak.


Buku Ayah

Zul pun ada juga buku yang dia nak baca. Buku yang Zul beli semuanya related dengan kerja dia. Well, nampak lah juga buku-buku yang dia pilih sangat fokus pada leadership dan customer service.  

Big Bad Wolf 2017 Haul

Dari kiri:
The Customer Rules
Grateful Leadership
Communicate to Influence - How To Inspire Your Audience To Action
Legendary Service

Total harga untuk semua buku yang kiteorang beli pada hari itu adalah RM254. Rm4 terlebih daripada bajet yang Fadzi dah tetapkan. Fadzi dah bajet belanja dekat BBWKL2017 ni cuma RM250 je. Tapi kira okay lah kan sebab untuk buku. 

Big Bad Wolf 2017 Haul

Nah, gambar si ulat buku dengan buku-bukunya. Aneeq memang sejenis budak yang seronok tengok buku. Walaupun tak pandai membaca lagi, dia suka tengok gambar-gambar berwarna-warni sambil mulut bising buat-buat membaca. Conteng pun suka. Mewarna pun suka. Melukis pun suka.

Harap-harap dengan cara Fadzi beli macam-macam buku yang menarik dan Aneeq suka macam ni dari sekarang, boleh pupuk minat Aneeq membaca bila dia dah mula pandai membaca nanti. 

Ha, Fadzi dan family dah pergi ke Big Bad Wolf 2017. Korang dah pergi? Kalau dah pergi, share sikit buku apa yang korang beli dekat sana. Fadzi pun nak tau jugak.

Tasneem Naturel Balm Set Review

$
0
0
Tasneem Naturel Balm Set Review | Aneeq sekarang dah umur 2 tahun tapi masih ada masalah untuk tidur. Aneeq tak boleh tidur sendiri malam-malam. Nak kena peluk dulu baru tidur. Bila dah tidur pula, dia senang terjaga tak kisah lah masa tidur malam ataupun tidur petang. 

Tasneem Naturel Balm

Serius Fadzi rasa penat gila sebab waktu malam lah Fadzi mula buat kerja depan PC. Tapi bila dah seronok buat kerja, tiba-tiba Aneeq bangun tidur masuk bilik Fadzi dan tarik tangan Fadzi masuk bilik dia. Mintak kena teman tidur. Rasa geram juga sebab waktu malam tu je lah Fadzi ada masa untuk setelkan segala kerja tapi Aneeq pula bangun 2 3 kali setiap malam ajak tidur dengan dia.  

Mulanya Fadzi nak cuba beli essential oil dengan diffuser salah satu brand terkenal ni sebab orang kata boleh bagi anak tidur selesa. Tapi bila survey harga Ya Allah, mahal jugak ye. Kang beli-beli tak menjadi, menangis je Fadzi. Jadi Fadzi cuba lah satu set balm yang agak murah sikit iaitu Tasneem Naturel Balm Set.


Tasneem Naturel Balm

Tasneem Naturel Balm Set

Tasneem Naturel Balm ini adalah balm yang Fadzi rasa sangat berguna untuk ibu bapa yang ada anak kecil ataupun bayi. Ianya digunakan untuk membantu mengurangkan masalah-masalah yang selalunya dihadapi oleh bayi dan kanak-kanak seperti susah nak tidur malam, kembung perut, demam, selsema serta tantrum. 

Fadzi jadi tertarik nak guna Tasneem Naturel Balm ini sebab balm ini tak ada sebarang bahan kimia berbahaya terutamanya kepada budak-budak termasuklah paraben, SLS dan bahan pewarna. Balm ini dihasilkan menggunakan bahan semula jadi dan juga kombinasi  100% minyak pati (essential oil) yang bermutu tinggi. 

Tasneem Naturel Balm ni pun dah dapat kelulusan daripada KKM. Jadi Fadzi tak risau bila nak pakaikan pada Aneeq. Dan ianya datang dalam empat jenis dan variasi bergantung kepada apa masalah dan keperluan anak-anak kita iaitu:


Tasneem Naturel Balm

Sleep Time

Sleep Time Balm ini tujuannya untuk membantu memudahkan anak tidur dengan lena, membaiki kualiti tidur serta membantu anak bangun dalam mood yang ceria

Balm ni Fadzi rasa memang antara banyak yang orang guna sebab nak bagi anak-anak senang tidur. Aneeq pun jenis tidur asyik terbangun tengah malam dan nap pun sekejap sekejap. Sesuai sangat nak pakai Sleep Time Balm ni kalau anak korang ada masalah tidur.
  
Tasneem Naturel Balm

CoughFlu Time

CoughFlu Time Balm ini boleh digunakan untuk membantu mengurangkan selsema dan mencairkan kahak, melegakan asthma serta mengurangkan suhu ketika anak-anak demam

Balm ini pulak sesuai kalau anak tengah demam, selesema atau bila dah mula nampak badan dia rasa tak selesa. Kalau rasa badan anak panas je, sapu je terus balm CoughFlu Time. Kalau dah nampak hidung diaorang mula berair tu, sapu juga bagi diaorang selesa.


Tasneem Naturel Balm

Calm Time

Calm Time Balm pula digunakan untuk memberikan keselesaan kepada bayi, mengurangkan keletihan dan tekanan serta membantu anak-anak supaya diaorang rasa lebih tenang

Sesuai sangat kalau nak sapukan balm ini masa anak mengamuk atau tantrum lebih-lebih lagi kalau diaorang buat macam tu masa korang tengah keluar berjalan-jalan. Masa sapu tu, urut-urut sikit badan diaorang bagi bertambah selesa.

Tasneem Naturel Balm

Tummy Time

Tummy Time Balm ini sesuai digunakan untuk membuang angin dalam perut dan membantu melegakan perut sebu dan kembung. Kalau ada masalh cirit birit pun, boleh juga kalau korang nak cuba sapukan balm ini. 

Disebabkan Aneeq jarang nak sakit perut jadi Fadzi tak berapa pakai kan sangat pada Aneeq balm yang ni. Tapi Fadzi buat back up jugak mana tau nanti Aneeq ada sakit perut ke apa kan. Dan kadang-kadang Fadzi sendiri yang pakai kalau Fadzi rasa perut tak selesa.  

Harga Dan Packaging Tasneem Naturel Balm

Setiap jenis Tasneem Naturel Balm dijual dengan harga RM49 sekotak untuk Semenanjung Malaysia dan RM52.00 sekotak untuk Sabah dan Sarawak. Kalau korang tengok kotak packaging dia alahai, comelnya. Simple pun simple. Balm pulak diletak dalam bekas botol kaca yang tebal bersaiz 18 gram berwarna lutsinar.

Tasneem Naturel Balm

Fadzi suka dengan saiz botol tu. Senang nak selit balm ni dalam beg Fadzi. Kalau Aneeq rasa tak selesa je bila keluar, Fadzi boleh terus keluarkan balm dari beg dan sapu pada Aneeq. Senang sangat.


Cara Guna Tasneem Naturel Balm

Nak guna Tasneem Naturel Balm ni senang je. Korang cuma perlu sapukan balm pada bahagian-bahagian seperti belakang tulang, pergelangan tangan, belakang telinga, perut dan nadi.  Pasal bau balm ni, korang tak perlu risau. Baunya sedap je. Mild dan tak terlalu kuat. Ada yang bau macam limau purut dan juga lavender. 

Kalau korang nak tau, selain digunakan untuk bayi dan kanak-kanak, set balm Tasneem Naturel ini pun sesuai digunakan untuk orang dewasa.  

Tasneem Naturel Balm

Korang nak tau? Aneeq ni suka sangat dengan Tasneem Naturel Balm. Kadang-kadang dia tak ada tantrum ke, sakit perut ke, demam selsema ke. Tapi dia ambil keempat-empat botol balm ni dan bawak ke tengah ruang tamu sambil panggil Fadzi.

Rupanya dia nak Fadzi tolong sapu pada belakang badan dia. Bila Fadzi sapu, dia pulak mengekek ketawa sebab geli. Lepas tu dia suruh Fadzi pulak yang baring sebab dia nak sapukan pada belakang badan Fadzi. Fadzi layan kan aje sambil buat-buat geli. 

Fadzi rasa Tasneem Naturel Balm ni pun selain boleh membantu mengurangkan masalah-masalah yang selalunya budak hadapi, boleh jugak digunakan untuk merapatkan bonding antara mak ayah dan anak. Tak caya? Cuba lah sendiri. 

Korang boleh beli dekat mana-mana stokis atau agen Tasneem Naturel Balm ni. Atau korang boleh je beli direct terus melalui HQ diaorang. Link korang boleh tengok dekat bawah.


Atau korang boleh juga hubungi nombor-nombor telefon dekat bawah ini untuk order atau untuk daftar jadi stokis dan agen.

011 2096 4665 (Order) | 010 8453 469 (Daftar agen/stokis) 

Siri Animasi Ejen Ali Musim 1

$
0
0
Siri Animasi Ejen Ali Musim 1 | Kalau korang jadi friend Fadzi dekat Facebook, mesti korang tau yang Fadzi memang suka gila dengan Siri Animasi Ejen Ali. Setiap kali episod baru Ejen Ali keluar dekat TV, mesti ada je Fadzi update status pasal Ejen Ali.


Siri Animasi Ejen Ali Musim 1
Ejen Ali sekarang dah masuk Musim Kedua. Fadzi rasa Musim Kedua ini lebih hebat lagi daripada Musim Pertama. Tapi kalau nak faham cerita Musim Kedua, korang kena tengok Ejen Ali Musim Pertama dulu. Kalau tak, banyak yang korang tak faham.

Siri Animasi Ejen Ali Musim 1

Siri Animasi Ejen Ali Musim 1 ini ceritanya pasal seorang budak sekolah bernama Ali. Ali ini kalau korang tengok, ala-ala Nobita dalam siri animasi Doraemon. Maksudnya Ali ni sejenis budak yang agak lembap sikit lah. Fizikal lemah dan belajar pun agak lemah. Selalu jadi mangsa buli. 

Satu hari, Ali terambil satu barang milik M.A.T.A iaitu I.R.I.S yang menyebabkan 2 orang jahat iaitu Dos dan Trez kejar dia. Masa Dos dan Trez cuba untuk serang Ali, Ali terpaksa mengaktifkan I.R.I.S untuk selamatkan diri. Dan bermula dari waktu itu, Ali pun terjebak dalam misi menyelamatkan Cyberaya dari ancaman musuh.



Konflik dalam Ejen Ali ini adalah orang jahat nak ambil I.R.I.S dan Ali terpaksa berlawan untuk melindungi I.R.I.S. Ketika Ali berlawan untuk melindungi I.R.I.S banyak perkara yang dia terpaksa belajar dan berlatih untuk meningkatkan kuasa diri. Setiap kali mesti ada je musuh baru yang terpaksa Ali lawan untuk lindungi I.R.I.S dan dalam masa yang sama melindungi Cyberaya. 

Selain daripada konflik dekat atas, Ali pun terpaksa berdepan dengan konflik dalaman diri iaitu pasal lemah belajar, pasal jadi mangsa buli dan pasal kurang kasih sayang daripada keluarga.   


Episod Ejen Ali Musim 1

Dalam Musim 1, ada 13 episod kesemuanya. Dekat bawah ni Fadzi cerita la sikit sinopsis bagi setiap episod. Spoiler Alert! Kalau nak tengok dulu dan tak nak tau jalan cerita, jangan baca yang bawah ni ok. Terus scroll ke part seterusnya hahahha.

Misi: I.R.I.S
Dalam episod I.R.I.S, Dos dan Trez telah mencuri I.R.I.S daripada Pusat Penyelidikan M.A.T.A. Ali pulak terambil I.R.I.S secara tak sengaja dan dia telah diburu oleh Dos dan Trez. Ejen Bakar yang juga ayah saudara Ali datang untuk selamatkan Ali. Tapi Ejen Bakar dan Ali tertangkap. 



Dalam usaha untuk selamatkan diri, Ali terpaksa mengaktifkan I.R.I.S. Akhirnya diaorang berjaya untuk selamatkan diri daripada Dos dan Trez. Ali dibawa ke basement M.A.T.A dan bermula menjadi ejen. 

Misi: ALPHA
Dalam episod ALPHA, Aaron tengah tunjuk ciptaan terbarunya kepada Dr Tong. Ciptaan Aaron mampu untuk mengawal minda orang lain. Dr Tong tak bersetuju tapi Aaron berjaya mengawal minda Dr Tong. 


Latihan Ali untuk menjadi ejen pulak bermula dalam episod ini di bawah Ejen Bakar. Ali juga diberikan suit dan gajet untuk membantu dalam menjalankan misi. Misi pertama Ali adalah untuk menyiasat apa yang terjadi pada Dr Tong dan melaporkan pada M.A .T.A.

Masa menjalankan misi, Ali tersalah langkah dan terpaksa berlawan dengan orang jahat. Walaupun dah ada I.R.I.S tapi Ali masih belum mampu untuk melawan musuh. Masa Ali hampir penat kalah, Ejen Rizwan datang dan menyelamatkan keadaan. Waktu Rizwan berlawan, Ali nampak kagum gila dan terus admire Ejen Rizwan. Aaron pulak dipecat oleh Dr Tong.   

Misi: SERI
Dalam episod SERI, Ali dan Bakar tengah menjalankan misi menghalang Komeng daripada merompak barangan berharga. Semasa Ali dikepung, ada Pengacau Bertopeng datang selamatkan Ali. Tapi Komeng berjaya menyelamatkan diri. 

Pada episod kali ini, Alicia yang juga seorang ejen M.A.T.A baru kenal siapa Ali. Ali dan Alicia adalah kawan sekelas tapi mereka selalu bergaduh. Dalam misi terbaru, Alicia telah menyertai misi secara rahsia. Tapi semasa misi, Ali dan Alicia bergaduh dan menyebabkan Ejen Bakar kena serang dan pengsan. Kemudian Ali dan Alicia digantung daripada menjalankan misi.  



Kemudian, Komeng kembali buat hal dengan merompak bank. Alicia dan Ali pergi untuk menghalang Komeng. Mereka berjaya menyelesaikan misi dengan baik. Tapi General Rama marah sebab diaorang buat misi secara senyap-senyap. General Rama terlalu marah pada Alicia sebab dari awal Alicia memang tak dibenarkan untuk menyertai mana-mana misi. Tapi Ali cuba untuk selamatkan Alicia dengan mengaku bersalah. 

Dalam masa yang sama, Dos dan Trez sedang memerhatikan setiap pergerakan dalam M.A.T.A menggunakan kamera yang dipasangkan pada robot lipas. 

Misi: COMOT
Dalam episod COMOT, Komeng berjumpa dengan Abang Bear untuk menyerahkan barang-barang curi. Wak Musang pun datang untuk menunjukkan video I.R.I.S kepada Abang Bear. Abang Bear nampak berminat.

Hari ini adalah hari lahir Ali. Ayah Ali tak ingat hari lahir Ali dan Ali pun jadi sedih. Masa tengah buang sampah, Ali nampak seekor kucing hampir kena langgar dek kereta. Ali pun selamatkan kucing tu. Ali nak jaga kucing tapi Ayah Ali tak bagi.



Tapi Ali terus nak jaga sebab dia ingat kucing tu adalah kucing lama diaorang iaitu Labu. Ayah Ali bekeras tak nak jaga dan cakap tu bukan Labu sebab Labu dah lari masa Mak Ali meninggal. Ali sedih tapi lepas Ayah Ali pergi kerja, Ali tetap nak jaga kucing tu dan namakan ia Comot. Tapi rupa-rupanya Comot curi I.R.I.S. Ali gelabah dan terus telefon Ejen Bakar.

Ejen Bakar dan Alicia datang untuk membantu. Mereka kemudiannya datang ke lokasi di mana I.R.I.S ada iaitu di markas Abang Bear. Waktu tu, Comot bagi I.R.I.S pada Abang Bear. Mereka cuba untuk masuk ke markas Abang Bear dengan menyamar tapi kantoi. Komeng lawan Ejen Bakar dan Alicia. Alicia cuba selamatkan Comot dan kucing-kucing lain yang terperangkap tapi gagal. Akhirnya Ali, Alicia dan Ejen Bakar tertangkap.

Masa Abang Bear dan Komeng cuba melarikan diri, Comot rampas semula I.R.I.S dan berikan kepada Ali. Mereka pun berjaya melepaskan diri. Kemudian baru mereka tau ada kamera perisikan musuh di dalam M.A.T.A.    

Misi: BLUEPRINT
Dalam misi BLUEPRINT, Dos dan Trez sekali lagi masuk ke basement M.A.T.A untuk mencuri blueprint I.R.I.S. Ejen Rizwan dan Ejen Bakar cuba menghalang tapi Dos dan Trez berjaya mencuri cryptodrive pertama dan melarikan diri. 

Kali ini, misi mereka adalah untuk memindahkan cryptodrive kedua ke tempat yang lebih selamat. Ejen Rizwan mengetuai misi untuk selamatkan  cryptodrive kedua. Ketika Ejen Rizwan tengah memeriksa  cryptodrive kedua, tiba-tiba lampu terpadam dan mereka diserang oleh Dos dan Trez. 



Dos dan Trez berjaya mengambil  cryptodrive kedua dan melarikan diri. Ejen Bakar, Ali dan Alicia pergi ke tempat di mana Dos dan Trez ada. Mereka cuba dapatkan blueprint I.R.I.S semula. Comot datang tolong. Comot berjaya melarikan blueprint I.R.I.S daripada Dos dan Trez. Masa Trez terus kejar Comot, Ejen Rizwan datang dan selamatkan keadaan.

Di akhir episod ini, kelihatan ada orang yang cuba download data daripada blueprint I.R.I.S yang dah diselamatkan. Dan orang tersebut adalah Ejen Bakar.   

Misi: BANGKIT
Dalam episod BANGKIT, Aaron berjaya melarikan diri daripada penjara. Aaron pergi ke pejabat Dr Tong dan curi balik ciptaan-ciptaannya. 

Ali pulak tengah gigih menjalankan latihan bersama M.A.T.A tapi masih lagi gagal untuk berjaya. Dalam belajar pun, Ali tak perform langsung. Bila ada panggilan daripada M.A.T.A, Ali tak berminat nak pergi.

Misi kali ini adalah untuk menyelamatkan Dr Tong. Ejen Bakar dan Alicia pergi tapi terlewat. Dr Tong telah bertukar menjadi perangai seorang bayi. Ejen Bakar datang ke rumah Ali tapi Ali menyorok.



Rupanya Ali dah putus asa. Ejen Bakar nasihatkan Ali. Ali pun datang ke M.A.T.A selepas Ejen Bakar dapat panggilan M.A.T.A. Misi seterusnya adalah untuk menyelamatkan Dr Ghazali. Dr Ghazali adalah ayah Ali. Ali nak ikut serta misi tapi General Rama tak benarkan. Ali berdegil dan terus ikut misi.  

Di pejabat Dr Ghazali, Aaron dah mengawal Dr Ghazali. Ejen Bakar dan Alicia cuba selamatkan tapi gagal. Masa Aaron cuba keluar dari pejabat Dr Ghazali, Ali datang untuk selamatkan ayahnya dan berjaya. Tapi Aaron berjaya dilarikan oleh Dos dan Trez. 

Misi: PROTOKOL GEGAS
Dalam episod PROTOKOL GEGAS, Ali dan Alicia ada misi untuk ekori musuh. Tapi Ali buat hal dan gagal. 

Misi seterusnya, Ejen Bakar, Ali dan Alicia pergi menyiasat lokasi punca masalah yang mereka alami sekarang. Semasa misi, mereka berpecah untuk siasat keadaan. Waktu tu Ali tanya pada Ejen Bakar pasal Protokol Gegas. 
   
Ejen Bakar cerita pada Ali pasal Protokol Gegas. Protokol Gegas pernah dijalankan masa misi 5 tahun lepas semasa keempat-empat Ketua Teras turun untuk buat misi. Misi tersebut memang bahaya dan Ketua Teras Inviso telah tercedera parah. Tempat tersebut dah nak meletup dan Ketua Teras lain terpaksa ambil Protokol Gegas dan tinggalkan Ketua Teras Inviso.



Alicia berjaya cari punca masalah. Dos dan Trez tengah buat masalah dekat salah satu rektor. Ejen-ejen berjaya menghalang Dos dan Trez untuk mendapatkan Azuream. Dos dan Trez kembali ke markas mereka dan Uno muncul. Uno bagi amaran pada Dos dan Trez supaya jangan gagal lagi.

Misi seterusnya ejen-ejen terpaksa berpecah dan siasat setiap lokasi stesen jana kuasa. Ali dan Alicia ditugaskan untuk siasat bersama tapi mereka bergaduh. Ali berjaya jumpa Dos dan Trez. Semasa cuba memanggil ejen lain, ada masalah komunikasi jadi Ali suruh Comot panggilkan yang lain.

Masa tengah berlawan, Ali dan Alicia bergaduh lagi dan menyebabkan Dos berjaya melarikan Azuream. Alicia pulak dalam bahaya. Ejen Rizwan yang sedang berlawan dengan Trez mengarahkan Ali menjalankan Protokol Gegas - meninggalkan Alicia dan menghalang Dos. Tapi, Ali tak ikut arahan dan selamatkan Alicia. Dos pulak terlepas dengan Azuream. 

Misi: PRESTASI
Dalam misi PRESTASI, M.A.T.A mula meragui kebolehan Ali untuk jadi ejen. Jadi General telah siasat dan soal setiap ejen dalam kumpulan untuk membuat keputusan sama ada untuk terus membiarkan Ali menjadi ejen atau hapuskan Ali.

Episod kali ini lebih kepada flashback episod-episod yang lepas. Dan bermula daripada episod kali ini juga, Ali telah diarahkan untuk berlatih di bawah Ejen Rizwan.

Misi: POTENSI
Dalam misi POTENSI, EJen Rizwan mula melatih Ali dengan lebih hebat. Dalam episod ini, Ejen Rizwan berjaya untuk mengeluarkan potensi Ali dan juga I.R.I.S. Ejen Rizwan juga melatih Ali untuk menggunakan I.R.I.S dengan lebih efisien.


Masa Ali dah mula menggunakan I.R.I.S 100%, Ejen Rizwan berpuas hati. Ali pun nak bagi Ejen Rizwan lolipop tapi Ejen Rizwan menolak. Katanya mereka di sini untuk menjalankan misi dan bukannya berkawan.


Ali pelik kenapa Ejen Rizwan bersikap keras hati lalu dia bertanya kepada Ejen Bakar. Ejen Bakar pun cerita yang sebenarnya Ejen Rizwan jadi macam tu sebab kehilangan mentornya iaitu Djin, Ketua Teras Inviso.


Pada hari latihan terakhir, Ali akan menjalankan misi latihan untuk mendapatkan Intel yang terkandung dalam server kumpulan Tedung. Semasa misi, Ejen Rizwan dan Ali berpecah. Tapi dalam diam sebenarnya Ejen Rizwan meninggalkan Ali untuk buat misi sendirian. Bila dah terkantoi dengan kumpulan Tedung, Ali cuba hubungi Ejen Rizwan tapi tak berjawab. Ali terpaksa menyelamatkan diri sendiri. 


Masa Ali hampir-hampir ditembak, I.R.I.S bertukar kepada Override Mode dan Ali berjaya menyelamatkan diri. 

Misi: SENSASI
Dalam misi SENSASI, Ali, Ejen Bakar dan Comot sedang menjalankan misi untuk hack telefon Wak Musang. Masa tengah buat misi, Komeng datang dan kejar Wak Musang. Ali dan Ejen Bakar pergi untuk dapatkan Wak Musang tapi masa tengah kejar Komeng, ada lori yang terjatuh dan hampir mengenai Auntie Fey. 

Ali berjaya menyelamatkan Auntie Fey. Waktu tu Auntie Fey tengah record video dalam phonenya dan terrakam sekali aksi Ali menyelamatkannya. Auntie Fey mula menviralkan video tu.


Bila video dah viral, Ali buat Page Waubook untuk Cyberwira dan mula menjadi popular. Masa perjumpaan M.A.T.A, Ali asyik dengan telefonnya dan menyebabkan General Rama marah.  

Masa tengah menjalankan misi pun, Ali masih bermain dengan telefon dia. Disebabkan Ali main phone masa misi, musuh lain telah datang dan merosakkan misi. Ejen Bakar perasan dan marahkan Ali main phone masa misi. Tapi Ali melawan dan buat Ejen Bakar terasa hati. 

Abang Bear buat jahat dengan menculik Viktor. Ali terpaksa selamatkan Viktor bersendirian sebab Ejen Bakar tak nak terima panggilan daripada Ali. Masa Ali hampir-hampir kalah, Ejen Bakar datang untuk selamatkan Ali tapi masih lagi berkecik hati dengan Ali. Akhirnya Viktor dapat diselamatkan.

Di akhir episod, masa nak masuk ke basement M.A.T.A. Ejen Bakar ditangkap sebab dituduh sebagai pengintip musuh. 

Misi: BUKTI
Dalam misi BUKTI, Ejen Bakar disoal sebagai seorang musuh M.A.T.A. Mereka juga tunjukkan video Ejen Bakar mendownload data daripada blueprint I.R.I.S. Ali masih tak percaya yang Ejen Bakar adalah pembelot sebab dia percaya Bakar tak akan belot dan nak tengok bukti. Tapi Ejen Jenny dan Ejen Rizwan tak bagi Ali tengok bukti.

Jadi, Ali curi-curi masuk ke dalam M.A.T.A. untuk tengok bukti itu. Ali berjaya melihat bukti dan kesan sesuatu yang pelik terjadi pada Ejen Bakar. Rupa-rupanya Ejen Bakar telah dikawal oleh Aaron. 

Dengan menggunakan data yang ada, Ali mencari tempat persembunyian Uno. Semasa Ali tengah cari maklumat, Ejen Rizwan masuk ke M.A.T.A. Ali sempat melarikan diri. Ejen Rizwan pula ternampak maklumat yang Ali tinggalkan.


Ali pergi ke tempat Uno dan siasat apa yang berlaku. Semasa Ali tengah siasat di lokasi Uno, Comot perasan ada orang nak masuk. Ali dan Comot sempat menyorok masa orang itu masuk. Rupa-rupanya orang itu adalah Ejen Rizwan. Ali serang Ejen Rizwan dan Ali mula meragui Ejen Rizwan. Dia ingat Ejen Rizwan adalah Uno.

Ali lari dari Ejen Rizwan dan bertembung dengan Dos, Trez dan Aaron. Ali tertangkap dan Aaron pakaikan Ali dengan mesin untuk memisahkan I.R.I.S. Sebelum sempat Dos mengaktifkan mesin, Ejen Rizwan selamatkan Ali.

Dalam masa Ejen Rizwan dan Ali tengah berlawan dengan Dos dan Trez, Uno muncul. Ali cuba serang Ali tapi gagal. Uno telah menyerang Ali dan Ali pengsan. Ejen Rizwan selamatkan dan membawa Ali lari. 


Misi: UNO
Dalam misi UNO, Ejen Rizwan sempat membawa Ali ke basement M.A.T.A. Ejen Rizwan mencadangkan untuk membawa Ali ke HQ supaya I.R.I.S dapat diselamatkan. Masa tengah berkomunikasi dengan General Rama, tiba-tiba ada gangguan dan Uno telah muncul di skrin. Rupa-rupanya Uno telah hack sistem sekuriti M.A.T.A.

Uno telah pecah masuk ke dalam M.A.T.A dan Ejen Rizwan arahkan Ejen Jenny untuk bawa Ali ke HQ. Tapi disebabkan laluan yang nak pergi ke HQ telah dipecahkan oleh Trez. Ejen Jenny cadangkan untuk pergi ke Bunker.


Sebelum masuk ke Bunker, Ali suruh Comot untuk dapatkan Ejen Bakar secara rahsia. Kemudian Ejen Jenny dan Ali turun ke Bunker. Ejen Rizwan pula pergi menghalang Uno, Dos, Trez dan Aaron. Waktu nak halang diaorang, identiti Uno telah terbongkar. Uno sebenarnya adalah Djin yang juga mentor kepada Ejen Rizwan. Ejen Rizwan nampak sangat keliru dan terkejut. 

Di dalam Bunker, Ali cuba untuk mengaktifkan Override Mode. Masa Ali baru nak bermula, Ejen Jenny telah bertindak untuk mencederakan Ali. Rupa-rupanya Ejen Jenny adalah pengintip musuh. 

Di akhir episod, Aaron, Dos dan Trez berjaya masuk ke Bunker dengan bantuan Ejen Jenny.  


Misi: OVERRIDE
Dalam Misi OVERRIDE, Ejen Rizwan dibelasah bertubi-tubi oleh Uno. Semasa Ejen Rizwan hampir kalah, Uno ajak Ejen Rizwan untuk sertai dia tapi Ejen Rizwan tolak. Dan Uno terus mencederakan Ejen Rizwan dengan teruk menggunakan pedang. 

Di dalam Bunker, Dos menyuruh Aaron pisahkan Ali dengan I.R.I.S. Tapi Aaron nak tunggu Uno. Trez tumbuk Aaron sampai pengsan. Jenny pasangkan mesin pemisah pada Ali. Sebelum sempat mesin dihidupkan, Comot datang. Trez cuba serang Comot tapi dibelasah oleh Ejen Bakar. 

Ejen Bakar tak mampu nak lawan Trez sorang-sorang jadi dia minta tolong Jenny. Lepas Jenny tumbuk Ejen bakar menggunakan droid, baru Ejen Bakar tau Jenny adalah pembelot. Comot serang Dos tapi telah dicampak oleh Trez. Ejen Bakar pulak teruk dibelasah oleh droid.

Uno akhirnya masuk ke dalam Bunker. Sebelum Jenny memulakan proses pemisahan, Ejen Bakar sempat tumbuk Uno. Uno pun serang Ejen Bakar sampai dia pengsan. Ali tak boleh terima kenyataan lalu Override Mode diaktifka secara tak sengaja. 


Ali berlawan dengan Uno. I.R.I.S mengawal segala network dan robot yang berada di sekelilingnya. Uno sedikit pun tak boleh nak lawan Ali. Uno cuma mampu untuk merosakkan segala droid yang ada. Msa Uno nak serang Ali, Ali telah merosakkan tangan robot Uno dan berjaya mengalahkan Uno.

Jenny berjaya mengawal droid dan menyebabkan Ali terperangakap. Jenny pakaikan mesin pemisah pada Ali dan berjaya untuk pisahkan I.R.I.S daripada Ali. Ali pengsan. Sebelum sempat Jenny bagi I.R.I.S pada Uno, Alicia sempat datang untuk menghalang. Comot telah mengambil I.R.I.S.

Jenny mengaktifkan bom dalam Bunker dan melarikan diri dengan Uno. Alicia berjaya selamatkan Ali, Comot dan Ejen Bakar.

Di akhir episod, Ali tersedar dari pengsan dan berada dalam biliknya. Ali terkejut sebab Ejen Bakar ada di sebelahnya. Masa berjumpa dengan General Rama, Ali ditawar untuk menjalani latihan di Akademi M.A.T.A. 

Masa Alicia nak serahkan I.R.I.S pada Ejen bakar untuk dihantar kepada HQ, Ali nak pegang I.R.I.S untuk kali terakhir. Masa nak pulangkan pada Ejen Bakar, Ali secara tak sengaja telah mengaktifkan I.R.I.S. semula. 


I.R.I.S

I.R.I.S atau "Infinity Retinal Intelligent System" adalah satu prototype ciptaan M.A.T.A. Tujuan utama I.R.I.S ini dicipta adalah untuk memberikan kuasa yang luar biasa pada pemakaiannya. I.R.I.S datang dalam bentuk kaca mata. 

I.R.I.S mampu untuk menganalisa persekitaran sesiapa yang memakainya termasuklah orang di sekeliling. I.R.I.S akan analisa pergerakan, jarak dan meramal apa yang akan terjadi serta beri cadangan apa yang perlu dibuat untuk mengalahkan musuh atau menghalang situasi yang buruk. 


Pemakai akan melihat segala maklumat tersebut melalui arahan berbentuk hologram yang ditunjukkan pada lensa I.R.I.S. I.R.I.S juga mampu untuk melihat persekitaran menggunakan X-ray. Disebabkan I.R.I.S adalah masih dalam bentuk prototaip, setiap kali Ali menggunakannya, semakin banyak kebolehan lain yang ditemui pada I.R.I.S.

Idea untuk menghasilkan I.R.I.S tercetus disebabkan terlalu banyak musuh yang datang menyerang Cyberaya dan dalam masa yang sama tenaga ejen pada waktu itu tidak mengcukupi untuk membanteras segala kejahatan. Jadi, Ketua-Ketua Teras telah bersepakat untuk mencipta satu alat yang mampu untuk memberi tenaga luar biasa kepada ejen-ejennya. 

Tapi, disebabkan Ketua Teras Inviso telah mengubahsuai I.R.I.S, ianya berpotensi untuk menjadi bahaya kepada siapa yang pakai. Sebab itu lah, projek I.R.I.S ditamatkan. Tapi disebabkan masih ada orang yang tau pasal kehebatan I.R.I.S, orang-orang jahat cuba untuk dapatkannya supaya dapat menguasai Cyberaya. 


M.A.T.A

M.A.T.A atau "Meta Advance Tactical Agency" adalah satu agensi perisikan di Cyberaya. Tiada orang yang tahu pasal M.A.T.A termasuklah polis di Cyberaya. Yang tahu cuma peneraju Cyberaya. Teknologi yang ada di M.A.T.A adalah 3 tahun lebih awal daripada teknologi di Cyberaya. Ini untuk memastikan M.A.T.A selalu lebih maju dalam bidang teknologi. 


M.A.T.A diterajui oleh 4 orang Ketua Teras iaitu Zain, Dayang, Ganz dan Djin pada masa dulu. Kini M.A.T.A hanya diterajui oleh 3 orang kerana Djin dikatakan telah terkorban semasa menjalankan misi. 

Teras M.A.T.A

Dalam M.A.T.A ada 4 Teras Utama iaitu Neuro, Tekno, Inviso dan Kombat. Keempat-empat teras ini mempunyai kelebihan dan kepakaran masing-masing. Satu team yang lengkap mesti mempunyai ejen dari setiap teras. 

Neuro
Ejen-ejen di bawah teras Neuro ini paling berpengetahuan, pakar dalam menganalisa dan membuat rancangan. Diaorang akan dapatkan maklumat-maklumat yang berguna dan gunakan maklumat tersebut untuk mengatur strategi dalam menentang ancaman. Teras Neuro lebih dikenali dengan warna kuning.

Tekno
Ejen-ejen di bawah teras Tekno pulak merupakan pakar dalam teknologi. Mereka mampu mencipta peralatan canggih dan menjadikan senjata yang rumit. Diaorang mahir menggunakan gajet-gajet yang hebat. Teras Tekno lebih dikenali dengan warna merah.

Inviso
Ejen di bawah teras Inviso pula adalah ejen yang tangkas dan licik. Diaorang ni pakar dalam menggunakan helah dan penyamaran. Teras Inviso dikenali dengan warna hitam dan kelabu.

Kombat
Ejen di bawah teras Kombat pulak adalah ejen-ejen yang kuat dan handal berlawan. Mereka mahir dalam seni mempertahankan diri. Teras Kombat dikenali dengan warna biru.

Ha, bila korang baca entry ni korang rasa teruja tak nak tengok? Mesti excited kan. Serius kalau korang tengok ni, korang akan follow dari musim 1 sampai musim 2 sekarang ni. Korang boleh tengok siri animasi Ejen Ali ni di tonton.my ataupun dekat Yotube Ejen Ali.  



Watak-Watak Dalam Siri Animasi Ejen Ali Season 1

$
0
0
Watak-Watak Dalam Siri Animasi Ejen Ali Season 1 | Kalau korang jenis yang suka tengok kartun atau siri animasi, Fadzi nak cadangkan korang tengok siri animasi Ejen Ali. Korang jangan tak tau, siri animasi Ejen Ali ni adalah buatan Malaysia. Mula dengan Upin Ipin, Malaysia punya animasi memang bertambah power dari hari ke hari.


Ejen Ali Season 1

Fadzi memang follow cerita Ejen Ali ni dari Ejen Ali musim 1 lagi. Fadzi ni sebenarnya memilih sikit bab tengok kartun dan anime. Kalau jenis yang lukisan buruk, Fadzi memang tak suka tengok. Tapi kan, walaupun Ejen Ali ni hasil tangan orang Malaysia, Fadzi tak malu nak mengaku. Sebabnya memang cantik sangat dari segi kualiti lukisan, karekter, jalan cerita dan alih suara.

Fadzi ada cerita pasal info Ejen Ali Musim Pertama dan Ejen Ali Musim Kedua dekat sini - Siri Animasi Ejen Ali. In case korang masih blur-blur tak tahu cerita Ejen Ali ni pasal apa kan. Untuk entri kali ni, Fadzi nak cerita pasal watak-watak yang ada dalam Ejen Ali Musim 1. 

Watak-Watak Dalam Siri Animasi Ejen Ali Season 1

Watak-watak dalam Siri Animasi Ejen Ali Musim 1 ni ada 20. 20 watak ni kiranya agak utama dan selalu ada dalam scene.  

Ejen Ali
Nama: Ejen Ali
Teras: Tekno 
Ali adalah watak utama dalam cerita Ejen Ali. Ali ni sejenis budak yang macam Nobita dalam cerita Doraemon. Suka bangun lambat, lambat pergi sekolah, selalu fail exam, jadi mangsa buli. Umur Ali ni baru je 12 tahun. Kira kalau ikut sistem Malaysia betul, Ali akan ambil exam UPSAR lah kan. Tapi ramai yang anggap Ali umur 9 tahun sebab saiz badan dia kecil. 

Semuanya terjadi bila Ali terambil I.R.I.S dan dikejar oleh Dos dan Trez. Lepas tu Ali aktifkan I.R.I.S untuk selamatkan diri masa pertama kali kena serang dek Dos dan Trez. Jadi, nak tak nak, Ejen Ali terpaksa (dia suka sebenarnya) jadi ejen sementara M.A.T.A cuba nak pisahkan I.R.I.S daripada Ali. 

Tapi masa awal-awal jadi ejen, Ali ni bagi Fadzi annoying gila. Berlagak hebat walaupun sebenarnya tak pun. Mula-mula Ejen Bakar yang jadi mentor Ali tapi mungkin sebab Ejen Bakar tak tegas. Lepas Ejen Rizwan jadi mentor dia, baru Ali jadi power sikit. Tapi masih lagi annoying macam biasa.  

Senjata dan gadget yang Ali ada adalah I.R.I.S, yoyo yang boleh menghasilkan serangan berbentuk shockwave, sepasang Aero Boot yang membolehkan Ali melompat lebih hebat dan Kickscooter.  

Comot
Nama: Comot
Teras: Inviso
Comot ni asalnya kucing Abang Bear. Abang Bear ni ada banyak kucing. Kucing-kucing ni digunakan oleh Abang Bear untuk mencuri termasuklah Comot. Asalnya Comot curi I.R.I.S daripada Ali. Tapi disebabkan Ali selamatkan Comot daripada Abang Bear, Comot pun pergi kepada Ali. 

Masa pertama kali Ali jumpa Comot, Ali ingatkan Comot ni kucing lama dia yang dah lama hilang iaitu Labu (Kelabu). Rupa-rupanya bukan. Ali ingat Comot tu Labu sebab masa jumpa tu, Comot kotor sangat sampai badan jadi warna kelabu. Masa mula-mula Ali jumpa dan bawak balik Comot ke rumah, ayah Ali tak setuju nak jaga sebab katanya Ali tak pandai jaga. Tapi, last-last ayah Ali pulak yang layan Comot.  

Comot berkebolehan untuk menjadi halimunan. Dengan cara ini, Comot boleh menyerang hendap ataupun boleh menyelinap ke mana-mana tanpa orang lain nampak. Comot juga menyerang menggunakan kukunya. 

Ejen Bakar
Nama: Ejen Bakar
Teras: Kombat
Bakar ini sebenarnya adalah ayah saudara Ali, adik kepada ibu Ali. Dalam Ejen Ali, Bakar digambarkan sebagai ejen yang kuat, perasan handsome dan suka makan burger. 

Bakar ni boleh kira penyeri dan pak lawak dalam cerita Ejen Ali. Dia selalu bagi kata-kata semangat pada Ali kalau Ali down. Bakar ni tak habis-habis nak mengorat Dos (watak jahat) dari awal diaorang jumpa. Tapi Bakar ni sejenis macam Ali lah jugak, slow sikit dan lambat faham.

Senjata dan gajet Ejen Bakar adalah Plasma Armor. Ejen Bakar boleh gunakan perisai ini untuk menghalang serangan musuh. Tapi mostly, Ejen Bakar lebih kepada guna seni pertahankan diri. Tak banyak nampak dia guna gajet melainkan guna perisai untuk elak serangan musuh. Tapi Ejen Bakar ni serius kuat jugak.

Ejen Alicia
Nama: Ejen Alicia
Teras: Neuro
Alicia adalah anak kepada General Rama tapi General Rama tak suka Alicia masuk misi. Biasalah kan, ayah mana tak sayang anak. Takut anak cedera. Alicia ni sejenis yang nakal dan degil juga. Ada masa dia tak ikut cakap General dan pergi misi senyap-senyap.

Alicia juga merupakan classmate Ali. Pengawas pulak tu. Student yang pandai dan selalu dapat nombor satu dalam kelas. Awal-awal sebelum Ali jadi ejen, Alicia selalu denda Ali sebab buang sampah merata dan datang sekolah lambat. Alicia nampak sangat tak suka pada Ali lebih-lebih lagi bila Ali dah jadi ejen.

Alicia hebat dalam jalankan misi. Lincahlah melompat sana sini, elak serangan lawan. Tapi macam budak-budak lain, kadang-kadang dia selalu bergaduh dengan Ali dalam misi sampai menjejaskan misi. Alicia ni lebih kurang macam Ejen Rizwan juga- nampak sombong dan tak ada perasaan.

Senjata yang Alicia guna adalah Balistik dengan bebola elektrik. Bebola elektrik Alicia ada beberapa jenis - untuk jatuhkan dan perangkap musuh ke lantai, bom meletup dan bom asap.

Ejen Rizwan
Nama: Ejen Rizwan
Teras: Inviso 
Ejen Rizwan terkenal sebagai ejen paling hebat dalam M.A.T.A. Ejen Rizwan ni perangai dia nampak sombong, tak ada perasaan dan sentiasa tenang. Masa pertama kali Ejen Rizwan ada misi dengan Ejen Ali, cara Ejen Rizwan berlawan sangat santai. Tapi dia boleh kalahkan ramai pengawal dalam satu masa. 

Djin (masa masih dalam M.A.T.A) ataupun Uno adalah mentor kepada Ejen Rizwan. Sebelum ni Ejen Rizwan tak adalah sombong dan tak ada perasaan. Lepas saja Djin dikatakan mati 5 tahun lepas, Ejen Rizwan mula jadi macam tu. Terkilan kot sebab hilang orang yang dia hormat dan kagumi. Even selalu nampak dia macam tak ada perasaan, tapi masa episod last, baru Ejen Rizwan nampak ada perasaan bila Uno/Djin muncul. Dia macam tak percaya, konfius dan marah bila Uno/Djin datang balik dan belot pada M.A.T.A.

Ejen Rizwan ni ada satu perangai dia suka tiba-tiba muncul. Dalam tengah orang bercakap, tiba-tiba dia muncul. Dalam tengah genting ejen-ejen lain nak kalah, Ejen Rizwan tiba-tiba muncul untuk selamatkan keadaan. 

Lagi satu perangai pelik Ejen Rizwan, dia suka makan lolipop. Yang tak boleh terimanya, tengah berlawan dengan musuh pun masih sempat buka plastik lolipop dan makan. Lolipop kegemaran Ejen Rizwan berjenama Candy Pop.

Senjata yang Ejen Rizwan gunakan adalah sarung tangan yang boleh menghasilkan gegaran. Biasanya Ejen Rizwan akan target dua jari telunjuk dan jari hantu tepat pada titik lemah pada badan musuh. Selain tu, Ejen Rizwan juga akan gunakan batang lolipop yang dia selalu makan untuk campak dan tuju pada titik lemah musuh. Ejen Rizwan pun power bab-bab menyamar.    

General Rama
Nama: General Rama
Teras: Neuro
General Rama ni ayah kepada Alicia. Dia juga merupakan ketua kepada ejen-ejen lain. Biasanya General Rama tak turun padang, dia cuma berikan arahan melalui skrin. Tak pernah lagi General Rama keluar secara face to face dengan ejen-ejen yang lain.

General Rama pada asalnya nak hapuskan Ali sebab dia tau terlalu banyak pasal M.A.T.A. tapi last-last dia terima juga Ali dan bagi Ali pergi misi. Tapi mostly Ali memang selalu kena marah dengan General Rama.

General Rama punya trademark bila dia suka sebut "Bertindak segera!" dan "Deyyy!".

Ejen Jenny/Cinco
Nama: Ejen Jenny Woo
Teras: Tekno 
Ejen Jenny ni pakar dalam buat gajet-gajet yang menggunakan teknologi M.A.T.A. Orangnya sangat lembut, cakap pun sopan santun je. Ejen Jenny selalu buat muka bila Ejen Bakar puji diri sendiri depan ejen-ejen lain.

Kebiasaanya Ejen Jenny akan dilihat asyik pegang tablet dengan pen stylusnya. Dia juga selalu nampak dalam pusat penyelidikan M.A.T.A. je. Tak pernah nampak Ejen Jenny dekat luar. Tak pernah juga tengok Ejen Jenny sertai mana-mana misi dekat luar.

Tapi kan, masa episod akhir, rupa-rupanya Ejen Jenny ni pembelot. Dia dah ditugaskan oleh Uno untuk masuk ke dalam M.A.T.A. dan jadi pembocor rahsia. Isk isk isk. Semua orang tak percaya Ejen Jenny jahat sebab dia sweet sangat. Nama sebenar Ejen Jenny adalah Cinco.

Viktor
Nama: Viktor
Viktor adalah kawan baik Ejen Ali. Kawan sekelas Ali dan Alicia juga. Selalu dapat nombor dua dalam kelas. Viktor suka bermain game. Game favourite Viktor dan Ejen Ali adalah Detektif Jebat. 

Nampak Viktor ni macam tak kisahkan Ali pun even diaorang ni kawan baik. Sebab mata dia selalu menghadap game dekat tablet. Tapi kadang-kadang Viktor selalu bagi nasihat yang berguna untuk Ali.  

DR Ghazali
Nama: Dr Ghazali
Dr Ghazali adalah ayah kepada Ejen Ali. Dia juga salah seorang daripada peneraju utama Cyberaya. Kepakaran Dr Ghazali adalah dalam bidang komputer dan elektrik. Isteri Dr Ghazali atau mak Ali dah meninggal. Jadi Dr Ghazali sorang je yang jaga Ali

Tapi dalam masa yang sama, Dr Ghazali ni terlampau busy sampai tak terjaga Ali. Ali ni lebih kurang terabai juga lah sebab biasanya Dr Ghazali pergi kerja awal pagi dan balik kerja lewat malam. Hujung minggu pun masih bekerja.

DR Mala
Nama: Dr Mala
Dr Mala adalah salah seorang peneraju utama Cyberaya. Kepakarannya adalah dalam bidang kuasa dan tenaga. Tak banyak pun Dr Mala keluar dalam musim pertama ni.

DR Tong
Nama: Dr Tong
Dr Ting juga merupakan salah seorang peneraju utama Cyberaya. Kepakarannya adalah dalam bidang bioteknologi. 

Shaun & Syed
Nama: Shaun dan Syed
Shaun dan Syed adalah peljar sekolah yang sama dengan Ali. Kedua-dua ini kuat membuli budak termasuklah Ali.

Wak Musang
Nama: Wak Musang
Wak Musang adalah seorang penjual nasi lemak berdekatan dengan sekolah Ali. Dalam pada masa yang sama juga, Wak Musang menjadi seorang information broker. 

Watak Wak Musang ni keluar sekejap-sekejap je dan mostly dia keluar dalam keadaan menjual nasi lemak, berjumpa dengan orang jahat untuk bagi maklumat dan sebagainya. Di akhir season 1, Wak Musang kena tangkap dan dipenjarakan di dalam M.A.T.A. 

Uno/Djin
Nama: Uno/Djin
Uno adalah ketua orang jahat. Sebenarnya Uno ini adalah salah satu ketua teras M.A.T.A iaitu Djin - ketua teras Inviso. Tapi disebabkan Uno ada plan yang agak brutal untuk selamatkan Cyberjaya 5 tahun lepas, ketua-ketua teras lain bertindak untuk menghapuskan Djin. Tapi Djin berjaya untuk terus hidup, hilang tangan kiri dan berubah imej menjadi Uno.

Uno masa dalam M.A.T.A adalah mentor kepada Ejen Rizwan. Diaorang memang sangat rapat dan Djin adalah satu-satunya orang yang Ejen Rizwan percaya macam keluarga sendiri. Waktu tu Ejen Rizwan memang happy. Ejen Rizwan juga merupakan pelajar terbaik Djin. 

Tujuan Uno sekarang adalah untuk mendapatkan I.R.I.S dan mengawal mainframe M.A.T.A. Masa musim 1, Uno tak banyak keluar. Dia hanya keluar untuk berlawan pada 2 episod terakhir iaitu masa berlawan dengan Rizwan dan masa berlawan dengan Ali. Mula-mula orang tak tahu dia adalah Djin sebab dia pakai mask. Tapi bila berlawan dengan Ejen Rizwan, mask Uno pecah dan baru orang tau sebenarnya Uno tu adalah Djin.

Uno sangat hebat dalam seni berlawan. Dan kelebihan Uno adalah bermain pedang dan kelajuan. Uno boleh bergerak dengan sangat laju dan menggunakan asap hitam sebagai salah satu penyamaran untuk mengelirukan musuh.

Dos
Nama: Dos
Dos ni salah seorang watak jahat dalam Ejen Ali. Orang bawahan Uno. Boleh kata perempuan hot jugak lah. Fadzi suka dengan cara pemakaian Dos. Walaupun pakai body suit, tapi still tak nampak seksi. Warna ungu tu pun dah nampak betapa misterinya Dos ni. 

Dos ni seorang yang sangat fokus bila ada misi. Antara orang yang paling Uno percayakan. Dos seorang yang terror berlawan dan pandai menyamar. Tapi kalau nak dibandingkan dengan Ejen Rizwan, Dos masih tak mampu nak lawan.  

Senjata yang dia gunakan adalah Velocity Boot yang boleh buat Dos lari laju dan lompat lebih tinggi, Shox Stix yang dijadikan sebagai pin rambut yang tajam yang boleh keluarkan kuasa elektrik. Shox Stix ni juga mampu untuk melumpuhkan musuh buat sementara waktu. Senjata Shox Stix ni sangat power lah Fadzi rasa. Siap Dos boleh panggil balik Shox Stix tu datang pada dia. 

Selain itu, Dos juga menggunakan Plasma Blade yang boleh mengeluarkan suhu dan cahaya yang panas berbentuk pisau. Plasma Blade ni boleh potong hampir semua jenis permukaan. Ada lagi satu senjata Dos iaitu Crystal Flash yang mana bola Dos campak benda tu, keluar cahaya putih untuk musuh jadi tak nampak sekejap.     

Trez
Nama: Trez
Trez ni boleh kata kuat lah. Sekali dia hentak guna tangan, keluar gelombang yang boleh lambungkan orang lain. Dia ni memang kasar gila dan suka buat perangai sendiri.

Senjata Trez adalah tangan bioniknya - Cybernetic. Tangan ni sangat powerful. Sekali dia hentak lantai, impak yang dikeluarkan boleh menghasilkan gelombang getaran. Selain daripada itu tangannya itu boleh mengangkat berat 10 kali ganda daripada kebolehan manusia sebenar. Tapi tangan ni ada kelemahan yang mana ianya perlu dicas untuk beri tenaga.

Uno ambil kesempatan merekrut Trez dengan menawarkan bateri untuk charge tangan Trez. Uno juga mampu untuk mengawal tangan Trez dan bagi kejutan elektrik kalau Trez melawan.

DR Aaron
Nama: Dr Aaron
Aaron merupakan seorang saintis yang bagi Fadzi ciptaan-ciptaan dia memang power tapi dia terlalu obses dengan teknologi sampai melampaui batas normal manusia. Dia ni seorang yang perangai pelik-pelik sampai masa sekolah, semua kawan-kawan dia tak boleh terima perangai dia. So, lebih kurang macam kena pulau jugak lah Aaron ni. 

Tapi disebabkan kehebatan Aaron merekacipta alatan berteklonogi tinggi, dia diambil bekerja dengan Dr Tong. Dan masa tu, Aaron ada tunjuk ciptaan terbarunya iaitu NeuroGear kepada Dr Tong. NeuroGear dicipta untuk mengambil alih kawalan diri dan membuang segala emosi serta terima apa saja arahan. 

Dr Tong tak bersetuju dengan ciptaan Aaron tapi Aaron mendesak sampailah Dr Tong marah gila. Bermula dari waktu tu, Aaron jadi orang jahat dan cuba nak ambil alih pemerintahan Dr Tong.

Uno perlukan kemahiran Aaron untuk buat mesin memisahkan I.R.I.S daripada Ali. Jadi, Aaron tiba-tiba masuk dalam kumpulan Uno.

Komeng
Nama: Komeng
Komeng adalah watak jahat yang kerjanya asyik mencuri dan merompak. Dia merupakan ketua kepada mamat-mamat motor yang selalu merompak barang-barang berprofil tinggi. Komeng bekerja untuk Abang Bear.

Komeng selalu menggunakan motor berkuasa tinggi untuk merompak, melarikan diri dan menyerang ejen. Saiznya pendek tapi semangat tinggi. 

Abang Bear
Nama: Abang Bear

Abang Bear ni adalah salah seorang watak jahat dalam Ejen Ali. Perwatakannya nampak macam orang tua yang slow tapi geng-geng jahat memang hormat pada dia. Satu je yang nampak pelik sebab Abang Bear ni takut bini.  

Kebanyakan masa Abang Bear ni tunggu Komeng datang untuk bawakkan barang-barang rompakan pada dia. Antara yang selalu Komeng bawak pada Abang Bear adalah barang kemas. 

Barang-barang kemas ini dirompak oleh sekumpulan kucing yang ada kuasa. Kucing-kucing ini telah diubahsuai genetiknya untuk memiliki kuasa yang luar biasa. Kucing-kucing ini dikawal menggunakan komputer. Kiranya kalau kucing-kucing ni buat hal, Abang Bear akan hukum diaorang dengan menggunakan kuasa elektrik. 

Ha tu antara watak-watak yang agak selalu keluar dalam Siri Animasi Ejen Ali untuk musim pertama ini. Ada lagi watak-watak lain tapi diaorang tak selalu keluar macam watak-watak yang dah Fadzi senaraikan dekat atas ni. 

Korang tengok ke tidak Ejen Ali ni. Kalau korang tak tengok lagi, baik korang tengok. Sebab serius cerita Ejen Ali menarik gila dan lain daripada siri animasi yang ada dekat Malaysia ni.

Korang mungkin akan suka: 
Siri Animasi Ejen Ali Musim 1


Cara Tambah Tinggi Cepat Dengan Hi-Plus

$
0
0
Cara Tambah Tinggi Cepat Dengan Hi-PlusPercaya tak kalau Fadzi cakap ketinggian dan rupa paras yang helok mampu buat korang lebih menyerlah dan lebih mudah untuk lulus temuduga, sertai pasukan beruniform, lebih mudah untuk jadi artis atau model dan jadi pramugari. Tambah lagi, orang yang tinggi-tinggi ini lebih yakin diri dan mudah mencari pasangan ideal nak nak lagi bagi seorang lelaki. 


Tips tinggikan badan

Fadzi ada baca bila dah umur dalam 20 ke atas, dah tak boleh nak tinggi dah. Sebab tu biasanya budak-budak seboleh-bolehnya dipaksa untuk minum susu. Katanya untuk membesar dan jadi lebih tinggi. Tapi sebenarnya ada cara yang korang boleh buat untuk tambah ketinggian walaupun korang dah berumur lebih daripada 20 tahun. Antara cara yang korang boleh buat untuk tambah ketinggian adalah:

  • Tidur yang mencukupi
  • Diet yang seimbang
  • Senaman khusus yang konsisten  

Tapi nak konsisten buat perkara-perkara dekat atas tu, bagi Fadzi susah kot. Ye lah, hidup kita kan busy. Banyak kerja. Selalu tidur lewat semata-mata nak siapkan kerja (Fadzi lah tu). Nak makan diet yang seimbang pula, mana sempat nak masak kan. Kalau nak makan makanan diet seimbang dekat luar pula, harga puhhh mahal. Nak buat senaman apetah lagi. Mana ada masa. Tapi korang boleh cuba satu suplemen tambah tinggi badan ni nama dia Hi-Plus. Senang, cepat dan berkesan. 


Cara Tambah Tinggi Cepat


Tambah Tinggi Dengan Hi-Plus

Hi-Plus adalah sejenis suplemen tambah ketinggian yang boleh digunakan untuk lelaki dan juga perempuan. Hi-Plus ini dikatakan boleh mempercepatkan lagi proses tambah ketinggian badan. 

Hi-Plus datang dalam bentuk tablet. Satu botol Hi-Plus ada 60 biji tablet yang boleh digunakan selama sebulan. Korang cuma perlu ambil satu tablet di waktu pagi dan satu tablet di waktu petang.


Suplemen Hi-Plus Selamat

Dalam website Hi-Plus ada cakap Hi-Plus selamat sebab dihasilkan daripada tumbuh-tumbuhan seperti ekstrak susu soya, ekstrak spirulina, ekstrak Alfalfa, ekstrak buah epal hijau, ekstrak goji berry dan juga ekstrak daun zaitun.     

Selain daripada tumbuh-tumbuhan, dalam Hi-Plus ini juga ada bahan-bahan aktif seperti:

  • L-Arginine - Menggalakkan dan merangsang tumbesaran tulang dan metabolisme anabolik di seluruh badan
  • L-Lysine - Membantu badan menyerap kalsium dan memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen, tulang dan tisu penghubung termasuk kulit, tendon dan rawan.
  • L-Glysine - Membantu proses pemulihan otot dan juga pembentukan tulang
  • Kalsium - Membekalkan tulang anda dengan sejumlah yang diperlukan untuk memaksimumkan pertumbuhan tulang dan ianya telah terbukti secara klinikal
  • Vitamin D - Merupakan vitamin penting yang membolehkan tubuh badan menyerap kalsium dengan lebih efektif


Nak rasa lebih yakin dan selamat? Kalau korang nak tau, Hi-Plus juga telah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga sijil status Halal daripada JAKIM. Ia juga tidak ada sebarang kesan sampingan.


Cara Tambah Tinggi Cepat
 Nombor siri Kementerian Kesihatan Malaysia untuk suplemen Hi-Plus: 130317/02/152

Cara Tambah Tinggi Cepat
Sijil status Halal Hi-Plus daripada JAKIM


Testimoni Hi-Plus

Hi-Plus ini dikatakan boleh membantu korang dalam pelbagai cara dan yang paling utamanya ia dapat menolong:

  • Tingkatkan ketinggian dengan pantas
  • Jadi lebih bertenaga dan tidak penat
  • Bekalkan nutrisi pada tulang

Dah banyak testimoni daripada pengguna-pengguna Hi-Plus ni. Kata mereka, lepas amalkan Hi-Plus memang bertambah ketinggian mereka.

Cara Tambah Tinggi Cepat
 Testimoni Hi-Plus 1

Cara Tambah Tinggi Cepat
Testimoni Hi-Plus 2

Harga Hi-Plus

Okay, bila nak cerita pasal harga Hi-Plus, Fadzi macam terkejut sikit. Untuk mendapatkan tinggi badan idaman korang, korang kena invest RM179. Nampak macam mahal kan. Tapi sebenarnya berbaloi. Dengan harga RM179 tu, korang buka saja dapat sebotol suplemen Hi-Plus tapi juga 6 bonus dan free gift yang lain! 

Cara Tambah Tinggi Cepat

Dalam pakej ini korang akan dapat 1 botol suplemen Hi-Plus, 1 botol suplemen Hi-Max, 1 unit Buku Rahsia Tambah Ketinggian, 1 set Kad Checklist & Maklumat Nutrisi Untuk Tinggi, Siri Video Senaman Tambah Ketinggian, Jaminan Wang Dikembalikan Jika Tiada Penambahan Tinggi Badan dan Penghantaran Percuma! Serius sangat berbaloi harga tu dengan semua yang korang dapat. 

Tapi the trick is, korang kena cepat. Sebab harga RM179 tu adalah harga promosi. Hanya 200 orang pertama yang order akan dapat harga tersebut dengan segala pakej yang ada.

Bagi korang yang nak tambah tinggi badan tu, korang boleh capai tinggi idaman korang dengan mendapatkan Hi-Plus melalui website atau Facebook diaorang. Link Fadzi share dekat bawah.



Cara Kuruskan Badan Mudah Dengan Kopi Hijau Alana

$
0
0
Cara Kuruskan Badan Mudah Dengan Kopi Hijau Alana | Dah lama sebenarnya orang sekeliling Fadzi tegur Fadzi dah makin gemuk. Dari kawan-kawan, saudara mara sampailah ke kakak-kakak Fadzi. Semua Fadzi buat rilek je even ada yang tanya Fadzi mengandung ke. Tapi bila Ayah Fadzi sendiri yang tegur Fadzi dah gemuk, terus zappp Fadzi rasa nak kuruskan badan. Power kan kuasa seorang ayah ni. 

To be honest, Fadzi ni bukan jenis yang ada masa nak pergi exercise dan jogging pagi ke petang ke atau nak pergi ke gym ke zumba ke. Memang tak ada masa bila Aneeq asyik nak mengempeng je. Jadi, Fadzi cuba kuruskan badan dengan cara amalkan pemakanan yang sihat dan juga minum minuman Kopi Hijau Alana.

Cara Kuruskan Badan Mudah

Kopi Hijau Alana

Kopi Hijau Alana adalah satu serbuk minuman kopi yang dihasilkan daripada biji kopi hijau. Kalau nak dibandingkan dengan biji kopi biasa, biji kopi hijau lebih sedap dan berlemak. Biji kopi hijau ini tidak dipanggang dan tinggi kandungan asam kloronogenik yang meningkatkan kadar metabolisma badan. Ianya juga memberi tenaga untuk kekal cergas.

Selain daripada itu, Kopi Hijau Alana ini juga dikatakan boleh membakar lemak lebih cepat dan selamat. Ada feedback yang kata 1 minggu turun 2 kg. Itu yang Fadzi nak cuba jugak betul ke tidak ianya berkesan. 



Kalau tengok dekat webste Kopi Hijau Alana, diaorang dah jual lebih 400,000 kotak. Dan kalau korang perasan, brand Kopi Hijau Alana ini dah ada di beberapa media seperti Radio Era sebagai sponsor segmen Sketsa Johara, rancangan TV Al Hijrah, Surat Khabar dan juga iklan-iklan dekat Facebook.

Kelebihan Kopi Hijau Alana

Dekat website ada diaorang senaraikan kelebihan mengamalkan Kopi Hijau Alana. Antara kelebihan Kopi Hijau Alana adalah:
  • Menstabilkan tekanan darah
  • Membakar lemak berlebihan dengan cepat
  • Tingkatkan metabolisme badan
  • Menjadikan badan lebih segar dan cergas bertenaga
  • Mengawal selera makan
  • Tinggi anti oksidan untuk awet muda
  • Buang toksin dalam badan
  • Melancarkan sistem penghadaman

Packaging Dan Harga Kopi Hijau Alana

Kopi Hijau Alana datang dalam bentuk serbuk berwarna campuran putih, coklat, hitam dalam sachet. Satu sachet beratnya 20 gram. Korang boleh beli terus satu kotak yang mana dalam setiap kotak ada 15 sachets. Satu kotak berharga RM42.90 untuk Semenanjung Malaysia dan RM52.90 untuk Sabah Sarawak. 

Bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan Kopi Hijau Alana adalah kopi hijau, susu kambing, chia seed dan habbatus sauda. Kesemua bahan ini ada kelebihan dan khasiat tersendiri untuk membantu turunkan berat badan


Fadzi biasanya bancuh satu sachet dalam mug sederhana besar dengan air panas. Fadzi akan minum sebelum Fadzi makan sarapan pagi. Rasa Kopi Hijau Alana memang lain sikit kalau nak dibandingkan dengan kopi-kopi lain yang biasa Fadzi minum. Rasanya lebih berlemak. Tapi make sure korang jangan terlebih letak air panas. Nanti tawar je rasa dia. Fadzi pernah terlebih tuang air panas sekali. Menyesal tak sudah hahaha.   

Selain daripada minum Kopi Hijau Alana, korang kenalah jugak ambil makanan dan minuman yang kurang kuantiti gula, cukup tidur, banyak minum air kosong, makan dengan portion yang betul dan amalkan aktiviti bersenam untuk kuruskan badan.


Fadzi bab bersenam tu, lebih kepada buat kerja-kerja rumah dan layan Aneeq main bola hampir setiap hari. Kira memang berpeluh dan terbakarlah sikit lemak-lemak dalam badan ni. Boleh lah nak kuruskan badan sikit-sikit.

Bab pemakanan pula, Fadzi dah kurangkan minum minuman bergula. Makanan pun kalau Fadzi masak, memang dah kurang penggunaan gula dan garam. Breakfast Fadzi tak pernah tinggal. Paling koman pun makan roti kosong dengan air kosong je. Untuk lunch dan dinner pula, portion nasi mesti kurang daripada lauk-pauk. Sebelum setiap kali makan, Fadzi akan make sure untuk makan buah-buahan.

turunkan berat badan

Harapan Fadzi masuk tahun baru 2018 ni boleh lah turun berat badan dan kempiskan perut ni jugak. Fadzi sebenarnya dah tak selesa dengan berat badan Fadzi sekarang. Nak berjalan jauh tak larat. Nak buat kerja banyak, cepat penat. Harapnya dengan turun berat badan segarlah sikit rasa badan ni dan lebih bersemangat untuk buat lebih banyak aktiviti.

Korang boleh juga kalau nak cuba turunkan berat badan cara mudah dengan minum Kopi Hijau Alana. Beli je direct dekat Website atau Facebook dieorang. Link website dan Facebook Fadzi share dekat bawah.


5 Senarai Semak Sebelum Melangkah Ke Tahun Baru 2018

$
0
0
5 Senarai Semak Sebelum Melangkah Ke Tahun Baru 2018 | Masih berbaki 2 hari lagi sebelum kita melangkan masuk ke tahun baru 2018. Korang dah bersedia ke? Jujur Fadzi cakap Fadzi rasa agak gementar untuk masuk ke tahun 2018 nanti. Entah kenapa. Tapi sebelum masuk ke tahun 2018, Fadzi ada buat beberapa perkara untuk rasa lebih bersedia. 
Senarai Semak Sebelum Melangkah Ke Tahun Baru 2018

Senarai Semak Sebelum Melangkah Ke Tahun Baru 2018

Dekat bawah ini Fadzi kongsikan dengan korang beberapa senarai semak yang korang boleh ikut dan buat sebelum melangkah masuk ke tahun baru 2018. 


1. Semak Tarikh Luput Barangan Di Dapur

Cara yang paling mudah untuk semak tarikh luput barang-barang di pantry dapur adalah dengan keluarkan semua barang dan letak di atas meja besar atau di lantai. Cuci dan kemas bahagian pantry atau almari makanan sebelum bermula. 

Semak Tarikh Luput Barangan Di Dapur

Semak setiap barang yang ada dan tengok tarikh luputnya. Kalau sudah melepasi tarikh luput, buang terus ke dalam tong sampah. Kalau masih elok, kumpulkan barangan tersebut mengikut kategori. Sebagai contoh:

  • Barang kering diletakkan bersama barang kering yang lain seperti spageti dan bihun.
  • Barang dalam bentuk kotak diletakkan bersama seperti kotak santan, susu kotak dan serbuk koko. 
  • Barang makanan di dalam tin pulak disusun bersama seperti sardin, susu cair dan susu manis.
  • Barang-barang toiletries seperti ubat gigi, berus gigi, sabun mandi dan pencuci muka pula kumpulkan semuanya sekali
  • Barang-barang untuk mencuci seperti sabun basuh baju, cecair pencuci dan penyembur serangga letakkan bersama. 

Setelah semua barangan disemak tarikh luput dan disusun dalam kategori yang sama, korang boleh mula susun barang-barang tersebut di dalam pantry atau almari makanan. Korang boleh gunakan bakul, kotak atau rak untuk susun barang-barang itu dengan lebih cantik dan kemas.  

Jangan untuk semak tarikh luput makanan dalam peti sejuk juga. Tengok juga ada atau tidak lauk lama yang tersimpan dalam peti ais. Buang kan saja untuk elak sakit perut. 

2. Asingkan Baju Yang Sudah Tidak Muat/Tidak Mahu Pakai

Cuba korang tengok dalam almari pakaian korang atau almari pakaian anak-anak korang. Penuh tak? Semua baju memang pakai atau saja buat perhiasan dalam almari? Apa kata korang asingkan baju-baju yang masih boleh dipakai dan baju yang sudah tidak boleh dipakai atau baju yang korang sudah tak nak pakai. 

Asingkan Baju Yang Sudah Tidak Muat

Korang keluarkan semua baju yang ada di dalam almari dan yang tergantung. Asingkan dan susun elok-elok atas katil. Buat 3 bahagian. 

  • 1 bahagian pakaian yang masih nak dipakai. 
  • 1 bahagian pakaian yang sudah rosak dan tidak boleh dipakai. 
  • 1 bahagian lagi pakaian yang masih elok tapi korang dah tak nak pakai.

Pakaian yang korang masih nak pakai, lipat dan susun kemas-kemas dalam almari semula. Pakaian seperti jaket, baju kurung, baju Melayu dan dress pula lebih baik digantung saja. 

Pakaian yang sudah rosak korang boleh hantar ke pusat kitar semula atau ke H&M untuk tukarkan kepada voucher. Korang boleh guna voucher itu untuk beli baju yang baru. Pakaian dalam yang dah koyak rabak atau yang dah dipakai melebihi 3 tahun tu, dah boleh rasanya dibuang juga. Masa untuk upgrade pakaian dalam korang.

Dan pakaian yang masih elok tapi korang dah tak berminat nak pakai, korang bolehlah sedekahkan kepada saudara-mara atau orang yang memerlukan. Kalau nak buang, sayang. Betul kan? Kalau bagi saudara mara dapat pahala. Kalau jual, dapat duit. Pilihan di tangan korang. Banyak je sekarang ni platform untuk jual barang-barang preloved.

Kalau rasa korang boleh recycle pakaian yang dah tak boleh dipakai dalam rumah pun boleh. Korang boleh gunakan tuala yang sudah rosak sebagai pengesat kaki atau kain lap di dapur. Tudung dan shawl pula boleh dibuat sebagai alas meja.


3. Buang Atau Baiki Barangan Yang Rosak Atau Barang Yang Dah Lama Tak Digunakan

Simpan TV rosak dalam stor? Simpan lampu pecah bawah katil? DSLR dah lama tak pakai letak dalam beg? Bekas makanan dalam almari dapur dah pecah? Haih, biar betul korang ni. 

Buang Atau Baiki Barangan Yang Rosak

Keluarkan semua barang yang rosak. Buat pilihan sama ada nak buang atau nak dibaiki. Kalau harga untuk membaiki barang yang rosak itu lebih mahal daripada beli yang baru atau setengah harga daripada beli yang baru, pada Fadzi eloklah korang buang atau berikan kepada kedai-kedai yang membaiki barang. Kemudian beli yang baru saja. Lebih berbaloi.

Contohnya TV rosak. Kalau harga untuk membaiki TV itu separuh daripada harga membeli TV baru, korang tolak saja pada kedai-kedai membaiki alatan elektronik. Cuba untuk trade in. Mungkin boleh dan mungkin juga orang kedai tak mahu. Tapi apa salahnya kalau cuba kan?  

Untuk barangan yang dah lama tak digunakan pula, korang boleh buat pilihan sama ada untuk mula pakai, sedekahkan kepada saudara mara atau jualkan saja. Daripada kita simpan saja dan menyemakkan ruang rumah, lebih baik kita keluarkan. 

Sebagai contoh, baju anak-anak masa kecil dah banyak dan dah tak muat untuk dipakai. Daripada simpan bawah katil dan semakin menggunung, baik korang sedekahkan pada saudara-mara atau jual. Ye ye Fadzi tau korang simpan untuk anak yang seterusnya pakai. Macam Fadzi juga tapi Fadzi ni bila entah nak ada next baby. Huhuhuhu. Jadi baik lepaskan saja.  


4. Spring Cleaning Rumah/Tempat Kerja

Memang kebiasaannya kita kemas rumah dan pejabat kita. Tapi selalu tak kita cuci langsir tebal, cuci kipas siling, cuci lampu, cuci belakang dapur memasak, cuci belakang peti sejuk, cuci belakang peti ais, buang sawang tepi dinding?

Spring Clean

Kalau jawapan korang tak, inilah masa yang sesuai untuk buat semua itu. Ambil masa satu hari untuk buat kerja-kerja tersebut. Free kan hari tersebut daripada kerja-kerja lain, anak-anak dan juga off internet untuk elakkan gangguan. Lebih bagus lagi kalau ahli keluarga yang lain dapat tolong bersama. 

Kalau rumah korang besar, mungkin korang boleh ambil beberapa untuk buat spring clean mengikut bahagian. Contohnya, untuk hari Isnin korang kemas dapur sahaja. Cuci belakang peti ais, dalam peti ais, belakang dapur, belakang mesin basuh dan sental dinding serta lantai. 

Untuk hari Selasa pula, mungkin korang boleh kemas bilik. Cuci bawah katil, atas almari, sental dinding toilet serta lantai, cuci shower curtain, tukar susunan perabot dalam bilik dan sebagainya. Jangan lupa juga untuk cuci kipas, air cond dan sapu semua sawang. Dan seterusnya hari lain untuk bahagian rumah yang lain. Korang faham kan?  

5. Buat Senarai Rancangan/Azam Untuk Tahun Baru

Selain daripada bersiap sedia dengan persekitaran yang lebih baik, Fadzi pun ada membuat beberapa perancangan untuk tahun depan. Plan tahun baru ada, azam tahun baru pun ada. 


Plan tahun baru

Nanti Fadzi buat satu entry lain untuk kongsikan dengan korang azam tahun baru Fadzi. Untuk yang pelan tahun baru tu, mungkin Fadzi tak dapat nak kongsi sebab lebih kepada perancangan kewangan dan kerja. Susah sikit rasanya nak kongsikan.

Korang dah prepare perancangan untuk tahun depan? Seboleh-bolehnya korang sediakan plan sebelum masuk tahun depan. Baru korang tahu apa goal, apa step by step untuk mendapatkan goal tersebut dan seterusnya berjaya! Jangan lupa untuk merancang okay. 

Diharapkan dengan buat beberapa perkara yang Fadzi senaraikan di atas ini, Fadzi boleh rasa lebih bersedia untuk melangkah ke tahun baru 2018. Bukan setakat bersedia dari segi fizikal saja, mental pun kena. Untuk dapatkan mental yang baik, suasana persekitaran kenalah teratur juga. Jadi, korang dah check senarai semak di atas ni? Korang dah buat ke belum?

Dan of course Fadzi harapkan yang terbaik untuk diri sendiri dan untuk korang juga. Selamat Tahun Baru 2018 korang!

Azam Tahun Baru 2018 - Panduan Dan Idea Buat Azam Tahun Baru

$
0
0
Azam Tahun Baru 2018 - Panduan Dan Idea Buat Azam Tahun Baru | Alhamdullilah, dah masuk pun tahun baru 2018. Untuk hari pertama tahun 2018 ini, korang dah tau ke apa arah tujuan korang untuk tahun ini? Dah ada azam tahun baru? Ke masih tak tahu apa yang korang nak buat tahun ini?

Tahun Baru 2018

Kalau tak tahu apa azam tahun baru korang, tak ada masalah. Fadzi nak kongsikan dengan korang panduan serta idea-idea untuk buat azam tahun baru untuk tahun 2018 ini.

5 Panduan Buat Azam Tahun Baru

Lepas banyak tahun Fadzi cuba buat azam tahun baru dan cuba nak capai semuanya, banyak kali juga yang Fadzi gagal. Tapi lepas praktikkan beberapa panduan yang Fadzi dapat melalui pembacaan, tahun lepas Alhamdullilah banyak juga azam tahun baru yang Fadzi dah capai. Nah sedikit panduan untuk korang buat azam tahun baru cara Fadzi.

1. Azam/Matlamat Perlu Jelas
Azam yang korang buat mesti jelas. Pastikan masa korang nak buat azam tahun baru, korang menjawab soalan apa, kenapa, berapa, bagaimana dan sebagainya. Contohnya, azam tahun baru - jogging setiap hari. Nampak kan kurang jelas dekat situ?

Cuba korang spesifikkan sikit. 

Jogging setiap petang sebanyak 1 pusingan

Itu pun dah sudah cukup. Jadi, korang boleh set minda untuk turun berjogging setiap hari pada waktu petang sebanyak 1 pusingan. Kalau mampu, lebihkan pusingan. Itu lebih bagus.

2. Azam Yang Logik/Mampu Dicapai
Azam yang korang buat kenalah mampu untuk korang capai. Bagus kalau nak cuba keluar dari comfort zone sendiri tapi korang kena ukur baju di badan sendiri juga. Tengok mampu atau tidak.



Cuba bayangkan korang buat azam untuk kumpul RM1 juta di hujung tahun 2018. Tapi gaji korang cuma RM2500 dan tidak ada side income lain yang mampu membuat korang berjaya untuk mengumpul wang sebanyak itu di hujung tahun. Kena fikir apa yang korang mampu buat dulu okay?


3. Azam Tidak Membebankan
Bila buat azam tahun baru,  perkara yang korang nak capai itu mestilah tidak menyebabkan korang rasa sangat susah. Sebagai contoh korang buat azam untuk simpan duit sebulan RM1500 padahal gaji korang hanyalah RM2200. 

Lepas simpan RM1500, bayar sewa rumah, bil air bil elektrik, bayar kereta, duit korang tinggal RM100 untuk digunakan dalam masa sebulan. Tak kan nak ikat perut sampai sakit pula kan? Jangan disebabkan azam korang yang membebankan itu menyusahkan diri sendiri serta orang di sekeliling korang.  

4. Jadikan Perancangan Mencapai Target Sebagai Azam
Mungkin ramai yang tak berapa faham point ini tapi ini adalah perkara yang paling logik. Kita ambil contoh korang nak turunkan berat badan. Jadi korang akan tetapkan azam tahun baru adalah turun 10kg. Sebenarnya dekat situ yang kita silap.

Daripada menjadikan target korang untuk turun 10kg sebagai azam, apa kata korang tukar sikit. Korang jadikan PERANCANGAN untuk turunkan berat badan sebagai azam. Masih tak faham?

Okay macam ini. Apa yang korang nak buat supaya berat badan boleh turun? Exercise 30 minit 3 kali seminggu? Lebihkan makan ketika sarapan dan kurangkan makan ketika makan tengah hari dan makan malam? Bagus! Jadi itulah azam korang -  Exercise 30 minit 3 kali seminggu dan lebihkan makan ketika sarapan dan kurangkan makan ketika makan tengah hari dan makan malam. Dah faham? Good job!

5. Buat Senarai Semak Azam
Mungkin ini agak leceh bagi korang tapi pada Fadzi ini sangat penting. Kadang-kadang benda-benda yang tak bertulis ini lagi senang kita lupa atau buat-buat lupa untuk dibuat. Apa kata sediakan satu buku atau journal, dan setiap kali korang dah buat azam tersebut, korang tick kan saja.

Selain daripada nak ingatkan korang pasal azam yang korang cuba untuk capai itu, senarai semak ini pun boleh digunakan untuk korang post mortem bila dah sampai hujung tahun nanti. Baru korang boleh nampak dengan jelas sama ada korang berjaya capai azam tahun baru korang atau tidak.



Kalendar 2018



Azam Tahun Baru 2018 Fadzi

Dekat bawah ini Fadzi senaraikan antara azam tahun baru yang Fadzi cuba nak capai pada tahun 2018. Tahun lepas sebenarnya ada di antara azam yang tersenarai di bawah Fadzi buat tapi sekejap-sekejap. Tahun ini InsyaAllah nak konsisten. Korang boleh gunakan contoh-contoh di bawah sebagai idea azam tahun baru korang.

Ibadah
1. Solat Dhuha setiap hari
2. Baca surah Al-Waqiah setiap kali lepas Solat Dhuha
3. Baca satu muka surat Al-Quran setiap kali lepas solat fardhu
4. Puasa setiap hari Isnin dan Khamis

Kesihatan
1. Breakfast setiap hari 
2. Makan 1 senduk nasi dan lebih lauk
3. Makan buah setiap kali sebelum makan nasi
4. Tidur awal pukul 10 malam setiap hari
5. Bangun awal 5.30 pagi setiap hari
5. Exercise/jogging 30 minit setiap pagi
6. Bawa Aneeq main setiap petang satu jam
7. Tidur sekejap 15 minit sebelum waktu Zohor
8. Minum 1.5 liter air kosong setiap hari


Baca buku
Ilmu
1. Baca 3 buku setiap bulan
2. Belajar satu bidang ilmu/skill baru setiap bulan
3. Kongsi ilmu yang baru dibelajar setiap bulan di dalam blog
4. Satu hari satu entry blog

Ekonomi
1. Simpan RM50 sebulan dalam ASB sendiri dan Aneeq
2. Simpan RM50 sebulan dalam Tabung Haji sendiri dan Aneeq
3. Sedekah setiap bulan (tak boleh nak spesifik kan dekat sini huhuhu) 
4. Belanja keluarga atau kawan makan sebulan sekali
5. Dapat 5 lead daripada affiliate setiap bulan
6. Buat 4 job berbayar untuk blog dan social media setiap bulan
7. Masak setiap hari setiap waktu makan

Relationship
1. Cari waktu untuk dating dengan husband tanpa anak sekali sebulan
2. Lebihkan engagement dengan kawan-kawan di sosial media
3. Respon lebih kerap dalam Whatsapp group (benda yang bermanfaat saja)


Dekat atas adalah antara azam tahun baru yang Fadzi nak cuba capai pada tahun 2018 kali ini. Dan semestinya Fadzi akan gunakan journal untuk semak aktiviti yang Fadzi nak buat setiap hari. Harap-harap tahun ini lebih berjaya. 

Dan Fadzi nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2018 kepada korang semua juga. Semoga tahun ini lebih membawa banyak kebaikan, kemewahan, kebahagian dan keindahan. Aminnn.

Questions of the Day


Apa satu azam tahun baru 2018 yang korang paling nak buat untuk tahun ini? Dan apa plan korang untuk capai azam itu?
   

Cara Semak Akaun ASB Secara Online

$
0
0
Cara Semak Akaun ASB Secara Online | Biasanya bila dah masuk tahun baru, semua yang ada akaun Amanah Saham Bumiputeras (ASB) mesti tak sabar-sabar nak check akaun ASB masing-masing kan? 

Kalau sebelum ini cara untuk semak ASB agak mengambil masa sebab kena beratur di ejen-ejen ASB, tapi kali ini korang dah boleh semak akaun ASB secara online. Untuk semak Akaun ASB secara online, korang boleh pergi ke website portal ini - MyASNB.
  

Cara Check Akaun ASB Secara Online

Tapi sebelum korang boleh check akaun ASB secara online, korang mendaftar di Portal MyASNB dulu.


Cara Daftar Dengan Portal MyASNB

Fadzi kongsikan dengan korang cara-cara untuk mendaftar akaun MyASNB dekat bawah secara ringkas. Mudah saja.

Daftar Dengan Portal MyASNB

1. Daftar Atau Kemaskini Nombor Telefon
Pergi ke mana-mana cawangan atau ejen ASNB untuk mendaftar atau untuk mengemaskini nombor telefon terkini. Pastikan juga korang ada dapat nombor ahli yang baru. Nombor ahli yang baru itu ada 12 digit. Nombor telefon korang itu diperlukan masa nak terima Kod Pengesahan Transaksi (TAC) masa mendaftar dekat website nanti.

Fadzi dah pun daftar dengan portal MyASBN untuk diri sendiri dan untuk Aneeq pada tahun lepas. Fadzi kemaskini nombor telefon melalui ejen ASB Maybank. Kalau korang nak update juga nombor telefon, korang boleh pergi update di mana-mana Cawangan ASNB ataupun Ejen ASB. Atau kalau tak berkesempatan untuk pergi, korang boleh update nombor telefon menggunakan email saja.

2. Daftar Di Portal MyASNB Dan Kemaskini Maklumat
Korang pergi ke lawan web https://www.myasnb.com.my/ dan klik butang "Daftar di sini"Korang dah boleh mula kemaskini segala informasi korang dalam web. Korang kena ingat masa daftar, akan diberi kata laluan sementara. Korang kena ingat atau save kata laluan itu untuk log in kali pertama nanti. 

Lepas log in kali pertama, korang kena tukar password sendiri. Jadi, pastikan korang tukar pasword yang betul-betul kuat. Untuk step by step cara daftar di Portal MyASNB beserta dengan gambar, nanti Fadzi update dekat entry yang lain okay?

3. Mula Melabur
Bila dah siap pendaftaran, korang dah boleh mula sama ada nak buat semakan atau pelaburan. Setakat ini segala perkhidmatan yang disediakan di web adalah percuma. Cuma kalau korang beli mana-mana pelaburan yang berkaitan, mungkin akan ada GST. Kena rujuk baliklah terma dan syarat setiap pembelian produk unit amanah saham ASNB. 

Antara perkhidmatan yang korang boleh buat melalui Portal MyASNB ini adalah:
1. Pegangan Portfolio– memaparkan baki akaun unit amanah ASNB anda berdasarkan kepada Nilai Aset Bersih (NAB) terkini.
2. Rekod Transaksi– memaparkan butiran-butiran transaksi unit amanah ASNB anda yang dilaksanakan melalui myASNB Portal sepanjang 90 hari yang lalu.
3. Status Transaksi– memaparkan status transaksi-transaksi yang dilaksanakan melalui myASNB Portal sepanjang 90 hari yang lalu.
4. Pelaburan Tambahan– melaksanakan pelaburan tambahan bagi tabung-tabung unit amanah ASNB secara atas talian.

Tapi perkhidmatan MyASNB tidak termasuk dana Jualan Balik, dana Pemindahan dan dana Penukaran untuk buat masa ini. 

Semak Akaun ASB 2018
Fadzi baru je check akaun ASB secara online pukul 7 pagi tadi. Alhamdullilah. Adalah sikit-sikit untuk tanggung kehidupan Fadzi masa tua nanti. Hehehe.

Semak Akaun ASB Secara Offline 

Sebenarnya tak ada masalah pun kalau korang masih tak nak semak akaun ASB secara online. Korang masih lagi boleh check secara offline di mana-mana kaunter ASBN atau ejen-ejen ASBN. Cumanya lepas ini buku akaun pelaburan dah tak dipakai lagi. Korang kena bawa MyKad korang je untuk buat segala urusan berkaitan dengan ASBN.

Bagi Fadzi, check sendiri melalui online lebih senang daripada kita kena beratur panjang-panjang dekat kaunter. Lagipun leceh bagi Fadzi untuk keluar buat urusan macam itu bila Aneeq ada sekali. Jadi memang berbaloi untuk korang daftar dengan Portal ASBN ini. Korang boleh check akaun ASB dekat mana-mana dan bila-bila masa saja. 

Tapi kalau untuk buat urusan tambah pelaburan, korang kena buat dalam waktu berikut:
Dana Harga Tetap
Hari: Ahad hingga Jumaat
Masa: 7.00 pagi hingga 6.30 petang

Dana Harga Berubah
Hari: Ahad hingga Jumaat
Masa: 7.00 pagi hingga 4.00 petang

Secara jujurnya Fadzi cakap Fadzi tak faham apa maksud Dana Harga Tetap dengan Dana Harga Berubah. Tapi apa yang Fadzi boleh nasihatkan, kalau korang nak buat apa-apa jenis transaksi, lebih selamat korang buat dalam jangka masa 7.00 pagi hingga 4.00 petang pada hari Isnin hingga Jumaat. Kalau ada apa-apa masalah, boleh terus call diaorang.  


Question of the Day


Korang dah ada akaun ASB? Dah check ke baki dalam akaun ASB korang untuk tahun ini? Atau korang lebih suka invest dalam benda lain selain ABS?


Viewing all 488 articles
Browse latest View live