Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all 488 articles
Browse latest View live

Veneer Gigi: Rawatan Untuk Gigi Patah, Pecah, Jarang Dan Gigi Kuning

$
0
0
Veneer Gigi: Rawatan Untuk Gigi Patah, Pecah, Jarang Dan Gigi Kuning | Sejak Fadzi pakai Invisalign ni, susunan gigi Fadzi makin lama dah makin elok. Cuma ada satu masalah yang Fadzi tengah alami sekarang iaitu gigi kuning dan ada kekotoran pada celah gigi bahagian depan. 

Fadzi perasan lepas Fadzi mula treatment Invisalign, gigi Fadzi semakin kuning dan kekotoran pada celah gigi hadapan tu makin ketara. Rasa segan juga nak senyum nampak gigi. Sebab tu Fadzi cuba cari solution untuk masalah gigi kuning dan antara solutionnya mungkin boleh guna adalah Veneer Gigi

Veneer Gigi

Apa Itu Veneer Gigi?

Veneer gigi adalah satu treatment gigi yang mana satu lapisan bahan nipis diletakkan pada permukaan gigi. Veneer gigi ini boleh membantu memperbaiki gigi yang berubah warna, patah, rosak, tidak teratur atau ada ruang antara gigi. Tapi yang penting, treatment ni mestilah dibuat oleh doktor gigi yang bertauliah ye. Bukan doktor gigi jadian dekat internet ye. Hasilnya nanti, gigi lebih teratur, tak ada masalah gigi jarang di bahagian depan dan warna gigi lebih putih. 

Veneer ni cuma dipasang pada permukaan depan gigi dan bukannya keseluruhan gigi. Tapi veneer gigi ini boleh bertahan selama 3 hingga 15 tahun bergantung kepada jenis veneer sebelum ianya rosak dan perlu diganti. Untuk tengok hasil selepas membuat rawatan veneer gigi ni, korang boleh tengok video dekat sini - Composite Veneer Shah Alam.

Bila Fadzi buat research, rupa-rupanya artis-artis luar negara yang bergigi cantik kebanyakannya buat veneer gigi. Kalau korang tak percaya, korang boleh tengok gambar-gambar selebriti luar negara sebelum dan selepas diaorang make over gigi diaorang dekat sini - Celebrity Smiles: Before & After. Cantik je kan? Jeles Fadzi tau.

Jenis-Jenis Veneer

Rawatan veneer ni ada dua jenis iaitu:

Porcelain Veneer

Porcelain Veneer

Porcelain veneer ini lebih tahan lama, tidak berubah warna dan nampak lebih kurang macam gigi yang betul. Kaedah ini memerlukan korang untuk datang ke klinik gigi untuk kali pertama untuk buat acuan. Acuan itu kemudiannya dihantar ke makmal. Kemudian korang kena datang hari lain untuk kali kedua baru boleh buat pemasangan porcelain veneer tu. 

Composite Veneer

Composite Veneer

Composite veneer ini lebih nipis daripada porcelain veneer. Kaedah pula lebih senang dan cepat. Dalam sekali visit ke klinik gigi, dalam 30-45 minit je korang boleh dapat tengok hasilnya. Cumanya kalau nak dibandingkan dengan porcelain veneer, composite veneer ini mudah kotor dan bertukar warna.

Proses Pemasangan Veneer

Proses pemasangan veneer gigi ini ada beberapa prosedur iaitu:
  
1. Konsultasi
Biasalah kalau setiap treatment gigi pun mesti ada konsultasi. Masa ini lah dentist akan tengok kita ni sesuai atau tidak nak pakai veneer, berapa gigi yang perlu pakai veneer, kos keseluruhan dan dentist juga akan inform korang tentang kelebihan serta kekurangan rawatan veneer ini.

2. Persediaan Pemasangan Veneer 
Untuk memasang veneer, dentist akan buang sedikit (lebih kurang dalam 1/2 mililiter) enamel daripada permukaan depan gigi. Bahagian enamel yang dibuang itu nanti akan diganti dengan veneer dengan ketebal yang hampir sama. Tapi jangan risau, sebelum enamel itu dibuang, dentist akan bagi anesthetics untuk bagi korang tak rasa sakit. Kemudian dentist akan buat model gigi yang korang nak pakaikan veneer tu. Model ini akan dihantar ke makmal untuk membentuk veneer korang. Dentist akan pakaikan dental veneer sementara pada gigi yang dah di'trim' untuk sementara waktu sebelum dapat veneer yang sebenar.
Proses Pemasangan Veneer

3. Pemasangan Veneer
Bila veneer korang dah siap, dentist akan letak dulu veneer tu pada gigi korang untuk pastikan warna dan saiznya sesuai. Waktu ini veneer belum disimenkan lagi pada gigi korang. Masa ini lah dentist akan trim veneer itu jika perlu supaya cukup sempurna untuk korang punya gigi. Sebelum veneer ditampal, gigi korang akan dibersihkan, digilap dan dikikis sedikit untuk memastikan ikatan antara veneer dengan gigi korang lebih kuat.

Sejenis simen akan disapukan pada veneer dan veneer itu akan dipasang pada gigi. Bila dah puas hati dengan kedudukan veneer tu, dentist akan lekatkan veneer pada gigi korang. Lepas dah lekatkan, dentist akan tengok balik sama ada perlu buang lebihan simen daripada proses penampalan veneer tu. 

4. Lawatan Susulan
Selepas beberapa minggu, korang mungkin akan kena datang balik ke klinik gigi supaya dentist boleh check tindakbalas gusi pada veneer dan juga untuk check kedudukan veneer. 

Kos Pemasangan Veneer

Kos untuk buat veneer ini rasanya bergantung kepada klinik pergigian mana yang korang pergi. Dari apa yang Fadzi baca, harga antara porcelain veneer dan composite veneer ini jauh berbeza. Harga untuk composite veneer adalah dalam sekitar RM250-RM500 untuk satu gigi. Harga untuk porcelain veneer pula sekitar dalam RM1000-RM1800 untuk satu gigi. 

Fadzi rasa lepas habis treatment Invisalign ni, Fadzi nak buat terus veneer gigi ni nak bagi cantik sikit warnanya. Tengok gigi sendiri kuning, seram pulak rasa. Fadzi dah survey klinik terdekat yang boleh buat veneer gigi ni. Yang Fadzi tengah tengok-tengok sekarang adalah dekat 1st Dental Clinic yang terletak dekat Bukit Jelutong Shah Alam. Memang dah dekat dah dengan tempat Fadzi tinggal sekarang. 

Kalau korang terasa nak buat jugak veneer gigi ni, maybe korang boleh pergi jugak ke 1st Dental Clinic. Diaorang ada 2 cawangan satu dekat Bukit Jelutong Shah Alam dan satu lagi dekat Taman Ehsan Kepong. Nak tau lagi lanjut, korang boleh tengok wesbite dan Facebook 1st Dental Clinic dekat bawah.







Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion Review

$
0
0
Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion Review | Sebelum ni Fadzi pernah review pasal set rangkaian Enchanteur Paris dan juga full set Enhanteur Stunning. Sebagai peminat brand Enchanteur sejak remaja lagi, Fadzi nak kongsikan dengan korang satu lagi set rangkaian Enchanteur iaitu 24H Moist Perfumed Body Lotion. 

Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion Review

Rangkaian Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion

Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion adalah losyen terbaru keluaran Enchanteur yang dikatakan mampu memberikan kelembapan pada kulit selama 24 jam. Enchanteur 24H Moist Lotion ni dihasilkan daripada gabungan air mawar, ekstrak lili putih dan minyak zaitun untuk membantu menjadikan kulit kekal lembap dan berseri. Dalam masa yang sama juga, bau losyen ni pun kekal lama.

Korang boleh dapatkan rangkaian Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion dalam 3 bauan iaitu Charming, Romantic dan Alluring

Enchanteur Charming

Enchanteur Charming

Bau losyen Enchanteur Charming ni direka khas untuk wanita-wanita yang sensual, elegan dan sofiskated. Sebab tu baunya agak kuat. Fadzi rasa ni lebih sesuai untuk wanita-wanita bekerjaya yangnak nampak mereka ni in control. 

Enchanteur Romantic

Enchanteur Romantic

Bau losyen Enchanteur Romantic ni pulak lebih kepada wanita-wanita yang menggoda lah lebih kurang. Hehehehe. Kalau korang rasa nak mengorat suami-suami korang, pakailah yang ni. Baunya lebih kepada manis-manis bunga. 

Enchanteur Alluring

Enchanteur Alluring

Ini bau favourite Fadzi, Enchanteur Alluring. Yang ini lebih sesuai untuk remaja sebenarnya sebab baunya tidak terlalu kuat seperti Charming dan Romantic. Bila pakai bau Alluring ni korang rasa lebih muda dan bertenaga. 

Harga Rangkaian Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion

Harga untuk sebotol Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion adalah RM11.90 (termasuk GST). Satu botol bersaiz 220ml. Korang boleh dapatkan mana-mana rangkaian Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion ini di semua hypermarket, supermarket dan farmasi seluruh negara.

Pendapat Fadzi Tentang Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion 

Pada Fadzi, Fadzi suka dengan bauan set rangkaian Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion yang terbaru terutamanya yang Alluring tu. Bagi Fadzi lah, bau Alluring adalah yang paling kurang kuat antara ketiga-tiga losyen ini. Jadi lebih selesa dipakai ke mana-mana termasuklah bila keluar rumah, buat aktiviti outdoor dan bila berada dalam bilik yang agak kecil dan penuh dengan orang.

Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion Review

Cumanya losyen 24H moist ini agak lambat menyerap dan Fadzi kena tunggu lama sedikit sebelum kesemua losyen ini diserap sepenuhnya. Tapi bila dah serap sepenuhnya, tak ada rasa melekit atau berminyak. Losyen ini sesuai disapu pada badan, tangan, kaki. Tapi kebiasanya Fadzi sapu pada bahagian-bahagian yang kering macam siku, lutut dan tapak kaki.

Bila sapu losyen 24H Moist ni pada bahagian-bahagian kering tu, Fadzi boleh rasa macam sejuk-sejuk sikit dan tak lama lepas tu, Fadzi boleh rasa sendiri bahagian-bahagian yang disapu tu memang lembut dalam jangkamasa yang agak lama.

Kalau korang pun peminat brand Enchanteur, Fadzi rekemen korang cuba juga Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion ni terutamanya bau Alluring tu. Memang bau best di samping melembutkan kulit.   

Kalau korang nak tahu lebih lagi maklumat tentang Enchanteur 24H Moist Perfumed Body Lotion, korang boleh tengok dekat website atau Facebook Enchanteur.



Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam

$
0
0
Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam | Kalau korang tengah mencari dewan perkahwinan di Shah Alam, maybe korang boleh baca entri ni sampai habis. Weekend lepas The Venue Shah Alam ada buat open day sekali dengan food tasting. Well, di mana ada makanan percuma, di situ ada Fadzi hahahaha.


Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam

The Venue Shah Alam - Dewan Perkahwinan Shah Alam

The Venue Shah Alam ini adalah satu tempat atau Fadzi boleh cakap satu bangunan yang mana korang boleh mengadakan pelbagai jenis acara termasuklah majlis perkahwinan, majlis pernikahan, pertunangan, conference, product launching dan macam-macam lagi lah. Masa bulan Ramadan dulu pun The Venue ada buat buffet Ramadan jugak. Fadzi ada pergi sekali. Korang boleh baca dekat sini - Buffet Ramadan The Venue Shah Alam. Tapi bagi Fadzi tempat ni memang cantik dan sangat untuk dibuat sebagai dewan perkahwinan di Shah Alam ni.


Kelebihan The Venue Shah Alam

Fadzi rasa The Venue Shah Alam ni memang tempat terbaik untuk buat majlis perkahwinan di Shah Alam sebab:

1. Ada 2 dewan utama untuk majlis
Dekat The Venue ni ada dua dewan utama untuk buat majlis. Satu di ground floor dan satu lagi di tingkat 2.


Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
Grand Ballroom
Grand Ballroom ini di ground floor. Dewan ini memang besar dan boleh muat sampai 2500 orang. Fadzi suka susunan kerusi dan mejanya yang jarak-jarak. Selesa bila nak lalu. Dekat sini pun ada dieorang sediakan kerusi baby. Air cond dia tak payah cakap, memang sejuk. Tak akan berpeluh punya. Lantai pula semua berkarpet. Nak jalan pun sedap je.  


Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
Event Hall
Event Hall ini pula berada di tingkat 2. Buat masa sekarang ini dewan ini masih lagi dalam renovasi. Walaupun tak siap lagi tapi dah ada orang booking untuk majlis perkahwinan tahun depan.    

2. Pakej All-in-One
Dekat The Venue ni yang Fadzi suka sangat diaorang buat semua benda. Maksudnya katering, kerusi meja, hiasan, pakaian semua dah ada dekat sini. Korang dah tak payah pening-pening makanan nak tempah dekat tempat lain, baju nak tempah tempat lain. meja kerusi tempat lain. Dekat sini, semua ada. Dan korang boleh pilih pakej mana yang korang nak ikut apa item yang ada dan ikut kemampuan. Sebab tu Fadzi cakap The Venue ni adalah antara salah satu dewan perkahwinan Shah Alam yang terbaik.


Pakej Perkahwinan Murah Shah Alam
Pakej Event Hall
Untuk Pakej Event Hall ada 2 - Pakej Lily dan Pakej Orkid. Pakej Lily lebih murah berbanding Pakej Orkid sebab ada item yang tak disediakan sekali dalam pakej.


Pakej Perkahwinan Murah Shah Alam
Pakej Grand Ballroom
Pakej Grand Ballroom ada 2 jugak - Pakej Gold dan Pakej Platinum. Untuk harga dan item apa yang ada dalam setiap pakej, korang boleh tengok gambar dekat atas ni.

Item-item yang ada dalam pakej di atas ini termasuklah macam dekat bawah ni. Cuma untuk kompang, baju sanding, make up, fotografi dan album serta videografi dan highlight tu berbeza sedikit untuk setiap pakej. 


Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
 Kelengkapan Dewan
Kelengkapan dewan ni termasuklah dewan perkahwinan (pilihan sama ada korang nak ambil Grand Ballroom atau Event Hall), pelamin dewan, dekorasi pintu utama, walkway dan hiasan dewan, meja dan kerusi, meja VIP, meja beradap, meja bufet, meja hadiah dan meja kek.


Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
Ini antara salah satu contoh pelamin yang korang dapat nanti. Mewahnye bukan main kan. Siap dengan lampu chandelier lagi. 


Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
 Menu Katering, Makan Beradap & Teh Tarik Corner
Bila korang booking dewan kahwin Shah Alam The Venue ni, dah tak payah pening-pening pasal katering. Sebab diaorang memang ada sediakan pilihan makanan yang sedap-sedap. Hari tu Fadzi pergi open day tu kan, diaorang ada buat food tasting sekali. Makanan diaorang memang sedap.


Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
Ayam Masala

Antara menu utama yang ada mengikut pakej adalah Nasi Beriani, Nasi Putih, Ayam Masala, Daging Baghdad, Dalca Sayur, Acar Rampai, Papadom, filet ikan masam manis, buah-buahan, minuman sejuk dan RO water. 


Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
Daging Baghdad 

Menu-menu dekat sini boleh je kalau korang nak tukar-tukar. Nanti pihak The Venue akan revise lah lauk apa yang nak tukar ikut korang punya pilihan. Tapi kalau korang nak pilih menu, pastikan korang ambil lauk Daging Baghdad (gambar atas) ni tau. Serius memang sedap. Fadzi tak pernah makan lauk orang kahwin macam lagi sebelum ni. 

Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
 Dalca Sayur

Untuk menu meja beradap pulak, makanannya memang istimewa. Meja beradap ini akan disediakan untuk 8 orang dengan menu-menu seperti filet ikan masam manis, ayam percik, udang tempura dan pencuci mulut.

Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
 Acar Rampai

Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
 Bubur Kacang Hitam

Selain daripada menu utama, The Venue Shah Alam ada juga menyediakan Teh Tarik Corner dalam pakej diaorang. Menu Teh Tarik Corner ini termasuklah 2 jenis kuih tradisional, bubur kacang dan teh tarik. 

Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
 Kuih Talam 

Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
 Buah-buahan segar

Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
Pulut Panggang

Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
Fasiliti Dewan
Kan Fadzi dah cakap tadi, korang booking je dewan perkahwinan dekat The Venue Shah Alam, korang boleh datang cuci kaki je. Sebab semua benda dah ada termasuk juga fasiliti dewan seperti projektor dan skrin, sound system dan lighting, juru acara atau DJ. Korang jugak akan dapat bilik VIP yang berhawa dingin untuk bersiap. 

Baju sanding, make up, pasukan kompang live, fotografi dan album serta videografi dan highlight pun ada untuk korang pilih mengikut pakej yang ada.  

3. Parking
Parking dekat The Venue ni banyak dan luas. Lagipun jalan dekat sini one way dan ada pasukan RELA yang kawal trafik. Kiranya tak adalah sesak sangat bila bawak kereta dekat sini. Lagi satu, tempat ni terletak di lokasi yang sangat strategik dan senang nak pergi.

4. Surau
Ada surau lelaki dan perempuan di tingkat 1. Surau nya selesa dan tempat ambil wuduk ada dalam bilik surau. 



Video masa Open Day The Venue Shah Alam

5. Tandas
Ada tandas lelaki dan perempuan di setiap tingkat (ground floor luar dan dalam, tingkat 1 dan tingkat 2).

6. Hadiah Percuma Setiap Pakej
Nak lagi best? Setiap pakej yang korang book, korang akan dapat kek 3 tingkat (butter cream) dan 1 malam hotel (deluxe room) yang terletak tidak jauh dari The Venue Shah Alam secara percuma. Menarik ke tak?

Dewan Perkahwinan Shah Alam - The Venue Shah Alam
No, I'm not pregnant. I'm just fat >.<

Fuh, nasib baik Fadzi dah kahwin. Kalau tak , memang dah booking awal-awal dekat sini dah. Harga pun memang mampu milik. Senang pun senang lagi buat dekat dewan daripada buat dekat rumah. Kita datang je, tak payah nak kemas itu ini. Dan yang paling best, The Venue ni memang antara dewan perkahwinan di Shah Alam yang paling cantik, murah dan selesa. Fadzi rekemen sangat korang book dekat sini kalau yang masih tercari-cari dewan perkahwinan di Shah Alam ni.

Kalau korang nak nak tau lebih lanjut pasal The Venue Shah Alam ni, korang boleh tengok Facebook atau Instagram diaorang.



The Venue Shah Alam
No 15, Jalan 15/22, 
Tiong Nam Industrial Park, 
Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Malaysia
019 8585 825


Makan Di Port Bujang Junction@11 Shah Alam

$
0
0
Makan Di Port Bujang Junction@11 Shah Alam | Dulu Fadzi rajin sangat keluar cari tempat makan dekat Shah Alam hujung minggu. Rasanya tiap-tiap minggu Fadzi update dekat blog kat mana Fadzi makan. Sekarang ni dah jarang-jarang sebab selalu makan dekat rumah je. Jimat duit katenya. 

Minggu lepas je Fadzi sempat pergi makan dekat luar sebab keluar dengan kawan-kawan. Kali ni Fadzi pergi salah satu tempat makan di Shah Alam yang dekat je dengan rumah Fadzi iaitu Port Bujang dekat Junction @11.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11

Port Bujang Junction@11

Port Bujang ni nampak macam gerai-gerai biasa je tapi diaorang buat menu ala-ala western fusion. Dan Port Bujang ni terletaknya dekat Junction @11. Junction @11 ni sebenarnya food court dan Port Bujang ni adalah salah satu gerai yang dibuka di sini. Ada lah lagi gerai-gerai yang lain sekali jual menu lain. 

Diaorang bukak setiap hari Selasa hingga Ahad. Hari Isnin jangan pergi sebab diaorang tak buka. Waktu operasi pulak dari pukul 6 petang sampai lewat malam.


Menu Port Bujang 

Banyak jugak menu yang Port Bujang buat. Korang boleh tengok gambar dekat bawah ni. Dan harga dia boleh tahan mampu milik. Portion makanan diaorang pun besar jugak.
  
Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11

Dekat bawah ni antara menu yang kiteorang order dekat Port Bujang ni. Korang jangan judge tau sebab banyak gila kiteorang order. Kiteorang ada 9 orang kot hari tu. Jadi, tak ada hal lah kalau order banyak-banyak sekaligus pun. Hahahahha.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Bujang Platters (RM7.00)
Bujang Platter ni menu untuk korang-korang yang tak nak makan makanan berat-berat sangat macam nasi tu. Dalam menu ni ada nugget, fries dengan wedges dengan sos mayonis dan thousand island. Wedges tu semua tersorok bawah sos mayonis. Kalau bagi budak-budak, memang suka lah diaorang.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Hot Dog Bujang Daging Kaw (RM8.00)
Kalau yang jenis tak ada selera nak makan nasi, korang order je Hot Dog Bujang Daging Kaw ni. Dalam menu ni korang akan dapat fries, salad dan hot dog. Hot dog ni guna jenis yang besar tau. Lepas tu diaorang kukus dan tabur daging kisar banyak-banyak atas hotdog tu. Memang sedap.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Hot Dog Bujang Cendawan (RM8.00)
Hot dog Bujang Cendawan ni lebih kurang je dengan menu dekat atas. Korang akan dapat fries, salad dan hot dog yang ditabur cendawan dekat atas. Kalau nak dibandingkan antara Hot Dog Daging Kaw dengan Hot Dog Bujang Cendawan ni, Fadzi lagi suka Daging Kaw tapi yang Cendawan ni pun not bad jugak rasa dia.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Ayam Grill (RM11.00)
Untuk menu Ayam Grill, korang akan dapat ayam grill yang lembut, salad dan fries. Ayam dia lembut dan senang nak makan. Dan sos dia sama je macam sos black pepper yang lain.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Ayam Grill + Nasi Goreng (RM13.00)
Menu Ayam Grill dengan Nasi Goreng pun sama je macam korang dapat dengan menu dekat atas cuma ada tambahan nasi goreng bagi korang yang rasa tak cukup dengan ayam grill saja.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Ayam Ranggup (RM11.00)
Ayam Ranggup ni berbeza sikit daripada Ayam Grill dekat atas. Dah namanya Ayam Ranggup, mestilah bila makan ni rasa kulit ayam ni lebih crunchy. Menu ni boleh lah jugak cakap macam Chicken Chop.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Ayam Ranggup + Nasi Goreng (RM13.00)
Menu ni sama macam dekat atas ni tapi ada tambahan nasi goreng.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Kambing Grill (RM15.00)
Rasa bosan makan ayam je? Ha, korang order lah kambing ni. Harga macam mahal sikit kan, tapi alah, bukan selalu makan kambing kan? Apa salahnya kuar duit lebih sikit.  

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Kambing Grill + Nasi Goreng (RM17.00)
Kalau tak boleh tinggal nasi tapi nak makan daging kambing, order je yang ni - Kambing Grill dengan nasi goreng. Memang kenyang. 

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Campuran Grill (RM18.00)
Kalau korang rasa macam, eh nak makan ayam tapi eh nak makan kambing jugak. Ape susah, order je campuran grill. Campuran grill ni ada ayam grill dan juga kambing grill. Ha puas hati dapat makan dua-dua dalam satu menu. 

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Campuran Grill + Nasi Goreng (RM20)
Kalau korang jenis perut besar, makan campuran grill kambing dengan ayam pun tak cukup. Order lah Campuran Grill dengan nasi goreng. Kalau tak kenyang lagi lepas order menu ni, Fadzi pun tak tau lah nak rekemen order yang mana lagi hahahahha. 

Kesemua menu yang Fadzi sebut dekat atas ni korang boleh order dekat gerai Port Bujang. Gerai nombor 5. 

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Asam Pedas Pari (RM8.00)
Untuk menu Asam Pedas Pari ni korang akan dihidangkan sekali dengan nasi putih dan telur masin. Asam pedas dia padu gila. Fadzi rasa nak nangis makan sebab sedap sangat. Tapi masa Fadzi makan tu lauk dah sejuk. Biasa lah kan, Fadzi kalau makan tak mabil gambar, memang tak sah. Sudahnya makanan sejuk. Fadzi rasa kalau makan masa panas-panas, memang gila sedap.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Asam Pedas Daging Tetel (RM8.00)
Menu Asam Pedas Daging Tetel ni pun sama jugak. Korang akan dapat sekali dengan nasi putih dan telur masin. Daging tetel dekat sini serius lembut je, tak liat. Senang nak makan. Kena pulak dengan kuah asam pedas kaw ni, memang terangkat habis. Nasib baiklah ada orang ajak makan dekat sini, kalau tak sampai sudah tak tau ada menu yang sedap dekat area rumah.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Masak Lemak Cili Api Daging Salai (RM7.00)
Sama juga macam menu-menu dekat atas ni, kalau korang order yang ni, memang akan dapat nasi putih dengan telur masin jugak. Kalau bab daging salai ni, Fadzi memang tau ni lauk orang Negeri Sembilan sebab mak mentua pun orang Negeri Sembilan. Dia suka buat lauk ni. Kuah lemak cili api yang ni kaw habis. Rugi tak makan masa panas-panas je.

Kalau korang jenis manusia yang tak boleh tinggal makan nasi, korang orderlah menu lauk panas Asam Pedas Pari, Asam Pedas Daging Tetel dengan Masak Lemak Cili Api Daging Salai dekat gerai Claypot 46. Memang terangkat weh. Rugi kalau tak rasa.

Sate Madura
Sebelum ni Fadzi pernah cuba makan Sate Madura dekat area-area Pantai Dalam tapi memang tak kena dengan selera Fadzi. Tapi kali ni, bila order Sate Madura dekat Junction @11 ni, eh eh sedap gila pulak lah. Masa ni order sate ayam dengan sate kambing. Rare habis menu sate ni sebab makan dengan sos kicap dan ditambah pulak dengan lada potong. Pergh, memang terbaik.

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Air Bandung Cincau
Air Bandung Cincau ni memang cukup manis, kena dengan selera Fadzi. Rasa air ni pulak bersoda. Lagi lah tambah rasa sedap dan segar tu. Cincau dia pun potong tak besar sangat tak kecil sangat. Sedap-sedap untuk kunyah-kunyah. 

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Air Mangga Susu
Air mangga ni rasanya memang unik. Sebabnya diaorang letak Extra Joss. Kalau korang kaki lepak kedai makan Indonesia mesti tau air Extra Joss tu ape kan. Ada rasa macam berkarbonat sikit masa minum hari tu. Sama macam air bandung cincau dekat atas ni. Tapi rasa mangga tu memang ada dan agak pekat jugak.

Menu Sate, Air Mangga Susu dan Air Bandung Cincau ni korang boleh order dekat gerai Warung Eastimur. Korang boleh tengok Facebook Warung Eastimur atau Instagram Warung Eastimur

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11
Tengok tu, banyak gila kan kiteorang makan hari tu? Kiteorang ambil hampir kesemua menu yang ada dekat Port Bujang ni dan kongsi ramai-ramai. Baru lah boleh rasa semua sekali kan? 

Portion untuk setiap menu tu dah cukup untuk korang kenyang. Harga pun boleh tahan berbaloi. Tempat dia pun santai je untuk lepak ramai-ramai. Kalau korang datang sini, Fadzi nak cadangkan korang orderlah Hot Dog Bujang Cendawan atau Hot Dog Bujang Daging Kaw. Bagi Fadzi yang dua menu ni memang best. Sate dan lauk-lauk yang Fadzi tulis dekat atas tadi pun sedap. Jangan lupa order yang tu jugak. 

Tempat makan Shah Alam - Port Bujang Junction @ 11

Gambar dekat atas ni tempat makan nya. Tempat makan ni luas dan meja pun jarak antara satu sama lain. So, memang selesa jugak lah bila makan dekat sini ramai-ramai.

Tapi kalau korang nak makan dekat sini, Fadzi cadangkan korang datang dalam pukul 7.30 malam atau pukul 8.00 malam lepas Maghrib tu. Sebab gerai-gerai dekat sini bukak dalam pukul 6.00 petang ke atas. Dan waktu pukul 7.00-8.00 malam tu orang tak ramai lagi. Kalau datang lepas Isyak, confirm ramai orang datang. Kiteorang hari tu datang pukul 8.00 malam. Time tu orang dah ada tapi tak ramai sangat. Bila je order kiteorang dah sampai, terus orang start datang ramai-ramai.

Nah, kalau korang teringin nak makan makan western ala ala fusion sikit, meh datang ke Port Bujang ni. Nak cari tempat ni senang je. Korang cari Port Bujang dekat Google Maps, terus jumpa. Kalau nak tengok Facebook atau Instagram diaorang, korang boleh tengok dekat bawah ni.




Menu Baru Stik Dan Gril Dari Westside Bistro

$
0
0
Menu Baru Stik Dan Gril Dari Westside Bistro | Kalau yang rajin turun Shah Alam dan lalu dekat SACC, mesti pernah nampak Restoran Westside Bistro. Fadzi pun selalu juga tengok-tengok Restoran Westside Bistro tapi tak pernah pergi. Baru-baru ni je bila diaorang ada buat promosi Sizzling Skewer WS Steak And Grill, Fadzi pun pergi untuk cuba sendiri menu-menu promosi diaorang.

Westside Bistro Shah Alam

Promosi Sizzling Skewer WS Steak And Grill

Promosi Sizzling Skewer WS Steak And Grill ini bermula dari 4 Oktober 2017 hingga 31 Oktober 2017. Korang boleh pergi dan menikmai hidangan yang berasaskan stik dan grill yang disediakan secara ala minute bermula pada pukul 6 petang hingga 10.30 malam. Tapi menu ini hanya ada pada hari Rabu hingga Ahad sahaja.

Waktu Promosi: 4 Oktober - 31 Oktober 2017
Masa: 6.00 petang - 10.30 malam
Hari: Setiap Rabu hingga Ahad sahaja

Menu Promosi Sizzling Skewer

Dekat sini memang banyak menu yang ada tapi yang paling utama korang kena cuba hidangan utama stik dan grill WS Steak And Grill iaitu Daging Panggang Skewer, Kambing Panggang Skewer dan Ayam Panggang Skewer. Hari tu Fadzi sempat juga rasa beberapa menu dia.

Daging Panggang Skewer
Daging Panggang Skewer (RM48.00+)
Untuk menu Daging Panggang Skewer ni korang akan dihidangkan dengan daging panggang yang diperap, sos BBQ madu dan juga sayuran panggang. Daging ni dipanggang secara medium well dan Fadzi boleh rasa juicy dan kelembutan daging tu. Sebenarnya daging skewer ini dihidang dengan sos BBQ madu tapi pada Fadzi, kalau makan macam tu je tanpa sos pun dah sedap sebab perapan dia memang cukup.

Ayam Panggang Skewer
Ayam Panggang Skewer (RM48.00+)
Menu Ayam Panggang Skewer ni pulak korang akan dihidangkan dengan ayam yang diperap  dengan ketumbar, yogurt jintan putih dan sayuran panggang. Ayam Panggang ni pula pada Fadzi rasa dia agak mild. Bagi korang yang jenis tak suka makanan yang terlalu kuat perapannya, ini mungkin korang akan suka. 

Kek Coklat Lava Dengan Ais Krim (RM10.00+)
Kek Coklat Lava dengan Ais Krim ni sapa suka kek yang rasa coklatnya memang padu, korang boleh order pencuci mulut ni. Rasa keknya agak manis tapi kalau korang makan sekali dengan ais krim vanila yang disertakan sekali dalam menu ni, rasa dia sedap. Dapat balance kemanisan kek tu. Tak adalah rasa terlampau manis.  

Westside Bistro Shah Alam
Cheese Cake
Yang ni Fadzi makan dekat rumah. Sedap makan sejuk-sejuk. Cheese dia memang terasa. Lapisan bawah pun ranggup. Ada pulak coklat roll dekat ats tu, sedap ratah je lah. Yang ini korang boleh order jugak dekat Westside Bistro.

Itu baru sikit Fadzi tunjuk. Selain daripada menu-menu dekat atas ni, ada lagi menu lain seperti Chicken Chop, Chicken Sizzling, Sirloin Steak, Lamb Chop, Fish & Chip dan pencuci mulut. Untuk menu-menu lain yang lebih lengkap, korang boleh tengok dekat sini - Menu WS Steak And Grill

Dekorasi Westside Bistro, SACC Shah Alam

Fadzi suka dengan environment dan dekorasi dekat sini. Konsep diaorang memang minimalis tapi tetap selesa. Masa korang makan nanti pun, korang akan dihiburkan dengan lagu-lagu Barat 90'an. Masa Fadzi makan dengan Zul hari tu dekat Westside Bistro, banyak betul lagu-lagu lama yang mengundang memori masa Fadzi kecil-kecil dan juga masa Fadzi bercinta dengan Zul. Hehehehehe. 

Fadzi rasa Westside Bistro ni memang tempat sesuai sangat untuk celebrate anniversary, hari lahir atau apa-apa hari yang istimewa untuk pasangan korang. Suasananya agak romantik dengan lagu-lagu lama. 

Nak parking pun senang. Korang boleh parking dekat parking bangunan SACC ataupun di tepi jalan je. Fadzi hari tu parking dekat tepi jalan, lepas tu jalan dalam 10 langkah dah sampai ke Westside Bistro ni. Senang kan? 

Fadzi cadangkan kalau korang nak celebrate hari-hari istimewa dalam bulan ni, korang boleh tempah promosi Sizzling Skewer ni dekat sini - Order Promosi WS Steak And Grill

Westside Bistro Shah Alam

Kalau korang tempah dekat link di atas ni, korang akan dapat voucher promosi RM38.00+ untuk Skewer Sizzling. Harga asal dia RM48.00+ tau. Tapi pastikan korang book 2 hari sebelum untuk elakkan sebarang masalah. Dan kalau-kalau korang nak reschedule tempahan, sehari sebelum okay?

Buffet Kanak-kanak
Menu buffet kanak-kanak. Ada spagethi, hot dog, potato wedges dan juga fresh fruits

Dan kalau korang ada plan untuk bawa anak-anak sekali, Fadzi cadangkan korang pergi pada hari Rabu dan Khamis. Setiap hari Rabu dan Khamis, budak-budak umur 7 hingga 10 tahun dapat makan secara percuma dekat buffet kanak-kanak. Kan dah jimat. Kalau Jumaat, Sabtu dan Ahad, harga untuk budak-budak adalah RM12,00+. Untuk anak-anak bawah 6 tahun pula memang percuma.

Harga WS Steak And Grill

Dewasa: 
RM48.00+
RM38.00+ (Promosi tempahan online)

Kanak-kanak: 
RM12.00+ 
Percuma (Rabu dan Khamis sahaja)

Kanak-kanak bawah 6 tahun: 
Percuma

Aneeq
Aneeq makan free yeay!

Dekat Westside Bistro ni pun diaorang ada terima tempahan ruang bistro untuk korang-korang yang berminat untuk buat majlis atau conference. Dalam bistro ni boleh muat hingga 100 orang dalam satu-satu masa. Korang pun boleh pilih mana-mana pakej yang bersesuaian dengan bajet korang.

Untuk lebih maklumat atau nak booking, korang boleh juga tengok Facebook dan Instagram Westside Bistro.



Rawatan Urut Belakang Dan Bekam Angin Murah Di Shah Alam

$
0
0
Rawatan Urut Belakang Dan Bekam Angin Murah Di Shah Alam | Kebelakangan ni Fadzi selalu je rasa sakit-sakit badan dan badan tu memang rasa banyak sangat angin. Bila sampai petang je measti rasa pening kepala. Jadi, minggu lepas Fadzi pun cari lah spa yang boleh buat urutan belakang dan bekam angin yang murah-murah dekat Shah Alam ni. iaitu dekat Celebriti Skin Expert. 

Spa Murah Shah Alam

Celebriti Skin Expert

Celebriti Skin Expert ni adalah salah satu spa di Shah Alam. Spa ni terletak dekat Seksyen 7 Shah Alam. Dengan slogan Cantik Persis Celebriti, Celebriti Skin Expert ni menawarkan pelbagai rawatan seperti facial, urutan, spa bridal, salon dan bridal spa. Lagi best kali ni Celebriti Skin Expert ada buat promosi pulak untuk rawatan back massage dan cupping treatment

Spa Murah Shah Alam

Promosi Back Massage And Cupping Treatment Di Celebriti Skin Expert

Yang buat Fadzi lagi excited nak buat back massage and cupping treatment dekat Celebriti Skin Expert ni adalah promosi diaorang yang Fadzi rasa sangat berbaloi. Hanya dengan harga promosi RM48 sahaja, korang boleh dapat treatment back massage dan cupping selama setengah jam. Fadzi apa lagi, rembat je lah harga promosi ni.

Rawatan Urutan Belakang Dan Bekam Angin

Fadzi pergi ke Celebriti Skin Expert hari tu pada pukul 5.00 petang tapi sebelum tu lagi Fadzi memang dah buat appointment awal-awal. Senang sikit. Bila dah sampai ke spa, Fadzi diberi satu borang untuk tulis details diri dekat ruangan menunggu. 

Spa Murah Shah Alam

Spa Murah Shah Alam

Ruangan menunggu dekat spa ni memang selesa. Dekat sini lah kita akan diberi penerangan pasal pilihan rawatan yang korang akan lakukakan nanti. Lepas tu, Fadzi terus dibawa ke dalam bilik rawatan untuk buat treatment.

Spa Murah Shah Alam

Bila dah masuk dalam bilik tu, mula-mula sekali Fadzi diberikan kain untuk tukar baju. Lepas tukar baju, Fadzi baring atas katil secara meniarap dan waktu ni belakang badan Fadzi diurut selama 15 minit. Staff yang attend Fadzi hari tu nama dia Kak Ina. Sedap betul badan rasa bila kena urut. Urut pun guna minyak yang berbau wangi tapi tak melekit.

Spa Murah Shah Alam

Lepas 15 minit kene urut, badan Fadzi dibiar rehat seketika. Lepas tu baru beberapa cup diletakkan dan dipasangkan di belakang badan Fadzi. Total ada 6 cup semuanya. 

Lepas habis je treatment, rasa lega sangat. Rasa badan lebih ringan. Lepas ni rasanya kalau ada rasa badan tak selesa dan penat-penat lagi, Fadzi nak datang sini lagi untuk buat treatment. 
  
Spa Murah Shah Alam

Kalau korang tengah cari spa murah untuk buat rawatan seperti facial, spa bridal, urutan, waxing atau salon, korang boleh datang ke Celebriti Skin Expert yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam. Korang cuma perlu cari banner macam dekat atas ni. Lepas tu naik tangga ke atas. Senang je nak cari. 

Spa Murah Shah Alam

Untuk maklumat lanjut boleh tengok dekat bawah ni.

CANTIK PERSIS CELEBRITI
Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 
40000 Shah Alam, Selangor.


Waktu operasi: 
11.00 pagi hingga 8.00 malam

5 Sebab Phone Neffos X1 Power

$
0
0
5 Sebab Phone Neffos X1 Power | Fadzi ni sebenarnya dah lama tak tukar telefon. Sepanjang hidup Fadzi, pernah pakai 5 telefon je dari umur 17 tahun sampai sekarang. Baru-baru ni Fadzi ada tengok satu phone yang boleh dikatakan agak baru lah kot - Neffos X1. Fadzi suka sebab Fazura jadi duta Neffos kot hahahaha.

Neffos X1 Power

Neffos X1

Neffos X1 ni adalah salah satu phone keluaran jenama Neffos. Diaorang buat trick tau guna Fazura jadi duta. Terus Fadzi teringin nak pakai. So far yang Fadzi pakai ni, not bad lah. Antara benda yang buat Fadzi suka dengan Neffos X1 ni adalah:  

1. Design Cantik

Fadzi suka sangat dengan design Neffos X1 yang nipis ni. Dah lah nipis, ringan pulak tu. Saiz dia pulak kecil muat-muat tangan Fadzi. Rasa selesa pegang walaupun guna satu tangan saja. Even pakai tangan kiri pun Fadzi boleh tekan fungsi kamera dengan senang. Rasa pergerakan tangan lebih licin dan smooth.

Neffos X1 Power
Kahkahkah kantoi main lagi Candy Crush. Level baru sangat pulak tu

Design badan bahagian belakang yang melengkung tu buat phone ni lebih selesa kalau nak pegang, kiri dan kanan. Nak scroll pun rasa lebih natural. Guna satu tangan je dalam masa yang agak lama pun tak ada masalah dan tak ada rasa kejang ke sakit ke. 

2. Bateri Cepat Charge Dan Tahan Lama

Sejujurnya Fadzi memang agak hardcore online Facebook, Instagram, email, blogging dan sebagainya menggunakan telefon. Itu pun sebab Fadzi memang full time buat income melalui blogging dan sosial media. Memang biasa bateri phone habis cepat tapi bila pakai Neffos X1 ni, boleh tahan lama sikit berbanding dengan phone lama. Mungkin sebab bateri baru? Fadzi pun tak pasti. Ada satu hari tu, Fadzi cas tak full pun. Adalah dalam 40-50% macam tu. Lepas tu Fadzi biar je tak pakai, boleh tahan sampai 2 hari bila tak guna langsung.   

Lagi satu, bila nak charge, laju jugak nak full tu. Rasa macam tinggal sekejap je dah full tapi sekejap tu tak adalah sampai 10 minit ke kan. Tapi yang pasti tak sampai sejam pun dah siap full.  

3. Sound Sedap

Fadzi memang suka tengok youtube. Fadzi banyak belajar melalui video-video tutorial Youtube. Aneeq pun suka tapi Fadzi limitkan satu video je untuk Aneeq tengok satu hari. Bila dia nak tengok video dekat Youtube mesti Aneeq akan cakap "One only, one only." Pandailah kau. Haih. Fadzi pun layan lah satu video tu, kesian jugak kadang-kadang tu tapi Fadzi tak nak Aneeq biasa sangat dengan telefon. 

Neffos X1 Power
Itu bukan tahi telinga XD XD

Bila Fadzi pasang video atau audio guna Neffos X1 ni, bunyi dia sedap. Clear dan tak ada noise. Tapi bila pakai earphone dia, lagi sedap dengar. Cumanya earphone yang disertakan dalam kotak Neffos X1 ni tak sesuai dengan telinga Fadzi. Tak boleh melekat. Kena pegang je dekat telinga. Tapi, serius bunyi dia memang sedap kalau pakai earphone tu.

4. Fungsi Fingerprint

Senang nak unlock phone. Tak perlu banyak gerakan sebab kedudukan fungsi fingerprint memang dekat dengan jari telunjuk. Kalau sebelum ni Fadzi pakai password je tapi leceh kan tiap kali nak unlock kena swipe password pattern tu. Kadang-kadang boleh pulak tersilap swipe. Geram je.

Neffos X1 Power

Kalau guna fungsi fingerprint ni senang je. Sekali letak jari, dia terus unlock. Dan kalau Aneeq nak unlock phone, memang tak dapek lah. Fadzi gelakkan je dekat die. 

5. Gambar Dan Video Cantik

Kalau korang ada friend dengan Fadzi dekat Facebook, mesti korang perasan wall Fadzi tak habis-habis dengan gambar dan video Aneeq. Memang keerja Fadzi ambil video dan gambar Aneeq membesar. Nanti bila Aneeq dah besar, Fadzi nak tunjuk semua tu dekat dia. Best sebenarnya bila dapat simpan gambar-gambar dan video anak ni. nak nak lagi kalau video dan gambar tu semuanya jelas dan cantik. 

Neffos X1 Power
Gambar back camera no filter dengan natural light indoor. Fokus pada objek

Neffos X1 Power
Gambar back camera no filter indoor

Bila Fadzi guna phone Neffos X1, so far Fadzi puas hati jugak lah. Video ada autofocus jadi video tak blur dekat objek. Gambar waktu malam jelas dan cantik. Kamera depan belakang ada fungsi Beautify Mode. Siap boleh setting lagi nak saiz gambar 1:1, 4:3 atau 16:9.  

Video back camera no filter indoor natural light

Banyak fungsi dekat kamera Neffos X1 ni yang Fadzi suka. Walaupun Fadzi rasa result dia tak sehebat kamera-kamera yang ada fungsi kamera yang powerful tapi apa yang Neffos X1 bagi ni pun dah cukup bagus.

Boleh tak Fadzi nak tambah satu lagi sebab kenapa Fadzi suka Neffos X1 ni? Satu lagi sebab, Fazura duta dia. Mana tau kan, Fadzi ambil gamar selfie guna Neffos X1, tiba-tiba boleh jadi cantik cun melecun macam Fazura hahahahaha. Kbai!  


Shopping Online Jimat Dengan #MYCYBERSALE 2017

$
0
0
Shopping Online Jimat Dengan #MYCYBERSALE 2017 | Hari ni dah start #MYCYBERSALE! Korang dah ready ke nak beli barang yang korang idam-idamkan dengan harga yang murah?
Shopping Online Jimat Dengan #MYCYBERSALE

Apa Itu #MYCYBERSALE?

Kalau korang masih lagi tak tau, #MYCYBERSALE ni kiranya sales dalam talian besar-besaran yang diadakan dalam Malaysia. Waktu ni semua online shop yang mengambil bahagian akan buat sale gila-gila tapi semuanya secara online saja. Kalau kedai fizikal, tak dapat lah sale macam ni.

#MYCYBERSALE untuk tahun 2017 ni hanya akan berjalan selama 5 hari saja iaitu seperti tarikh dekat bawah ni:

9 Oktober (12pm) - 13 Oktober 2017


Sebenarnya sebelum tarikh ni pun, dah ada online shop yang buat pre sale tau contohnya macam BookCafe ni. Fadzi pun sempat jugak beli beberapa buah buku dekat BookCafe sempena dengan pre sale #MYCYBERSALE yang diaorang buat seawal 7 Oktober 2017 lagi. Kalau korang nak beli buku-buku dengan harga yang murah, korang boleh beli dekat website BookCafe ni. 

#MYCYBERSALE 2017

Berbaloi Ke Beli Masa #MYCYBERSALE

Berbaloi atau tidak tu, korang kena pandai nilaikan sendiri. Ada online website yang betul-betul turunkan harga kaw kaw. Ada juga yang acah-acah turunkan harga, konon-konon letak sampai 90% diskaun padahal tak pun. 

Jadi korang kena pandai-pandai survey barang yang korang nak tu dekat online shop, buat perbandingan harga yang paling murah dengan nilai yang bersesuaian. Fadzi baru je nak start survey barang-barang yang Fadzi nak. 

Kalau korang rajin, korang tunggulah waktu waktu online shop buat flash sale. Yang tu rasanya memang berbaloi kalau beli. Macam dekat website BookCafe tu, masa flash sale tu boleh dapat harga serendah RM0.01. betul ni tak tipu. Fadzi dah tengok tadi. Tapi sebab limited, so dah habis. Tak sempat Fadzi nak beli. 


Peluang Menang Banyak Hadiah! 

Selain daripada dapat beli barang dengan harga yang lebih murah, masa #MYCYBERSALE ni jugak korang boleh menang macam-macam hadiah. Salah satunya adalah melalui pertandingan yang dianjurkan oleh #MYCYBERSALE sendiri.

#MYCYBERSALE Contest

Cara nak join senang sangat. Korang cuma perlu buat pembelian minimum RM50 dan hantarkan resit korang dekat sini - #MYCYBERSALE Lucky Draw. Diaorang ada sediakan macam-macam jenis hadiah dariapda 29 penaja yang juga antara online website yang turut serta dalam #MYCYBERSALE kali ini.

Korang juga boleh tengok dekat setiap online website yang join #MYCYBERSALE untuk join contest-contest yang mereka sendiri anjurkan. Barulah rasa berbaloi kalau nak membeli belah macam ni kan? 


Antara Online Shop Yang Serta #MYCYBERSALE

Boleh dikatakan hampir semua online shop buat #MYCYBERSALE ni. Dan antara yang favourite online shop Fadzi adalah macam:

#MYCYBERSALE 2017 Lazada

Shopping Online Jimat Dengan #MYCYBERSALE 2017
Shopping Online Jimat Dengan #MYCYBERSALE 2017
Shopping Online Jimat Dengan #MYCYBERSALE 2017

Banyak lagi sebenarnya online shop yang ada buat #MYCYBERSALE ni. Sekarang ni pun start salenya dekat semua website yang terlibat. Korang boleh tengok sekarang. Fadzi memang ada beberapa barang yang Fadzi dah target nak beli. Kalau harga memang jauh lebih murah dari yang biasa, memang Fadzi nak grab terus.

Untuk maklumat lanjut lagi pasal #MYCYBERSALE ni, korang boleh tengok website diaorang dekat bawah. Jom shopping online :D :D


Aneeq Suka Minum Jus Anasera - Supplemen Kanak-Kanak

$
0
0
Aneeq Suka Minum Jus Anasera - Supplemen Kanak-Kanak | Aneeq sekarang dah makin membesar dan makin banyak guna tenaga. Fadzi nampak yang dia memang banyak guna tenaga untuk bermain dan berfikir. Dalam masa yang sama juga Fadzi boleh nampak Aneeq memang teruja sangat nak belajar banyak benda.

Oleh sebab itu, Fadzi bagi Aneeq minum suplemen Jus Anasera untuk bagi Aneeq lebih bertenaga dan juga untuk memastikan minda Aneeq akan terus berkembang.

Jus Anasera - Supplemen Kanak-Kanak

Aneeq Suka Minum Jus Anasera

Masa pertama kali Fadzi suapkan Aneeq Jus Anasera ini, Aneeq buat muka sebab pertama kali dia minum jus suplemen macam ni. Rasa Jus Anasera ini masam masam manis. Tapi mula-mula je Aneeq buat muka, tapi lepas tu, memang seronok dia nak minum. Siap nak mintak lagi bila dah habis  satu sudu.

Jus Anasera

Jus Anesera ini adalah minuman botani delima bersama madu dan ginko biloba. Ia adalah supplemen untuk menambah tenaga dan meningkatkan kecerdasan minda kanak-kanak.


Isi Kandungan Jus Anasera

Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Jus Anasera ni kebanyakannya adalah dari bahan semulajadi dan juga makanan sunnah. Antara bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan Jus Anasera ini adalah:
  • Jus Delima
  • Jus Kurma
  • Madu
  • Jus Strawberi
  • Ginkgo Biloba
  • Bacopa
  • Pegaga
  • Buah Tin
  • Kismis
  • Rozel
  • Habbastus Sauda
  • Omega (Ikan)

Jus Anasera - Supplemen Kanak-Kanak

Packaging Jus Anasera

Jus Anasera ini datang dalam bentuk cecair dengan saiz satu botol 275ml. Botolnya berharga untuk sebotol Jus Anasera adalah seperti berikut:  

RM79.90 (Semenanjung) 
RM84.90 (Sabah Sarawak)

Tapi kalau korang nak beli, korang boleh guna promo kod "JUSANASERA" dan korang akan dapat 30% diskaun. Jimat banyak dah tu. 

Jus Anasera - Supplemen Kanak-Kanak

Cara Penggunaan Jus Anasera

Nak minum Jus Anasera ni memang mudah. Sebelum makan, korang kena goncangkan dulu botol supaya suplemen ini sebati. Lepas tu boleh dah nak minum. Tapi pastikan korang guna sudu plastik tau sebab ada kandungan madu dalam Jus Anasera ini. 

Biasanya Fadzi bagi Aneeq makan sekali waktu pagi sebelum makan sarapan dan sekali lagi sebelum makan malam. Nak makan berapa banyak ni kena ikut sukatan dan ikut umur kanak-kanak. Boleh rujuk dekat jadual di bawah ni.

Jus Anasera

Bila korang dah buka botol Jus Anasera ni, jangan lupa untuk simpan dalam peti sejuk untuk kekalkan khasiatnya. Dan pastikan anak-anak korang minum banyak air bila consume Jus Anasera.

Jus Anasera - Supplemen Kanak-Kanak
Abaikan pemandangan 'cantik' dekat belakang tu. Hahahha, biasalah barang Aneeq memang penuh dekat situ.

Kalau korang pun nak dapatkan Jus Anasera untuk anak-anak korang atau even nak dapatkan maklumat lanjut pasal Jus Anasera ini, korang boleh tengok dekat bawah.

No telefon: 06 2339 944
Promocode: JUSANASERA

Girls Day Out Di Eat & Repeat Shah Alam

$
0
0
Girls Day Out Di Eat & Repeat Shah Alam | Bukan selalu Fadzi nak dapat girls day out bila dah berkahwin dan ada anak ni. Nak keluar tinggal anak, mesti duk teringat-ingat dan terbayang-bayang Aneeq je. Tapi, penting kot nak ada me time untuk diri sendiri. Zul pun okay je bila Fadzi nak keluar lepak kejap-kejap dengan kawan-kawan.

Dua minggu lepas Fadzi lepak keluar dengan kawan. Tak jauh pun, dalam Shah Alam jugak. Saja lah nak keluar makan-makan dengan kawan. Biasa Fadzi pergi lepak dengan kawan lain makan sushi. Kali ni Fadzi keluar lepak makan dekat salah satu tempat makan di Shah Alam iaitu Eat & Repeat Cafe Shah Alam.

Eat & Repeat Shah Alam

Dah lama dah teringin nak pergi makan dekat Eat & Repeat Cafe ni sebenarnya. Asyik baca orang lain pergi makan dekat sini je. Kali ni Fadzi nak pergi makan dan rasa sendiri.

Eat & Repeat Cafe Shah Alam

Eat & Repeat Cafe Shah Alam ni konsep nya portion makanan sikit-sikit dihidang dalam mangkuk. Lebih kurang Boat Noodle tapi dengan stail Malaysia. Yang bestnya harganya memang murah. Satu mangkuk hanya berharga RM1.90 saja. Korang jangan risau,even portion dia sikit-sikit tapi Fadzi hari tu, makan 3 mangkuk nasi pun dah boleh kenyang perut dah. 

Eat & Repeat Shah Alam

Menu Eat & Repeat Cafe Shah Alam

Dekat Eat & Repeat ni kalau tak silap ada 18 menu semuanya. Antaranya adalah Nasi Putih Ayam Cincang, Nasi Goreng Cina, Nasi Lemak Telur, Nasi Putih Ayam Paprik, Mee Kari, Mee Hailam, Mee Sup. Mee Hoon Sup, Mee Bandung, Mee Rebus, Soto Ayam, Laksa Utara, Mee Celup, Lontong, Rojak Petis dan Kepak Ayam Tandoori.


Eat & Repeat Shah Alam
17 jenis menu yang ada. Ahak, nampak tak sejenis manusia kebulur makan banyak ni untuk 2 orang. Jangan buat gini tau.


Eat & Repeat Shah Alam
Ayam tandoori

Ada jugak pencuci mulut yang korang boleh cuba dekat sini dengan harga yang sama iaitu Pulut Mangga, Sagu Gula Melaka dan Brownies dengan Ice Cream.

Untuk minuman pulak korang boleh pilih untuk order Sarsi, Oren, Ais Krim Soda, Mango, Kopi 'O' 434 (Panas atau Sejuk), Teh 'O' (Panas atau Sejuk), Anggur dan Sirap


Eat & Repeat Shah Alam
Air minuman dia guna kole okay. Bukan pakai cawan biasa. Puas minum. 

Kesemua menu dekat sini harganya RM1.90 termasuklah air minuman, kepak ayam tandoori dan pencuci mulut tu. Berbaloi kan? Nak lagi berbaloi tak? 

Korang datang makan dekat Eat & Repeat Cafe Shah Alam dalam masa pukul 3 petang hingga 6 petang setiap hari Isnin sampai Jumaat, korang akan dapat Happy Hour! Untuk Happy Hour ni, bila korang order 5 mangkuk, korang akan dapat satu mangkuk percuma. Jimat weh! Rugi Fadzi tak pergi waktu macam ni dulu hahahaa.


Eat & Repeat Shah Alam Happy Hour

Tak cukup lagi beli 5 percuma 1? Tak pe tak pe. Korang boleh download satu apps ni dekat sini - Pay. Earn. Save. Repeat - untuk dapat diskaun best bila makan dekat Eat & Repeat Cafe Shah Alam. Yang bestnya bukan untuk Eat & Repeat Cafe je korang boleh guna apps ni, restoran-restoran lain pun boleh. Korang boleh check restoran-restoran lain dekat sini - Merchant Locator

Menu Eat & Repeat Pilihan Fadzi

Eat & Repeat Cafe ni offer macam-macam jenis menu utama daripada nasi, mee, mee hoon dan soto. Menu yang Fadzi suka adalah Rojak Petis, Mee Bandung, Mee Rebus, Laksa Utara, Mee Celup dan Pulut Mangga

Untuk menu jenis nasi Eat & Repeat ni okay je tapi Fadzi tak lah begitu berminat. Tapi sambal nasi lemak dia sedap. Korang boleh cuba order Nasi Lemak dia. Dan satu lagi lauk nasi diaorang yang sedap dan korang boleh cuba order adalah Ayam Cincang tu. Memang sedap.  

Personally Fadzi rasa konsep dan harga makanan dekat Eat & Repeat Cafe Shah Alam ni memang sesuai dengan area Pusat Komersial Seksyen 7. Cafe ni bukan saja salah satu tempat makanan di Shah Alam yang kiranya macam hipster sikit tapi dalam masa yang sama ianya sesuai sebab kebanyakan yang duduk dekat sini adalah student.

Eat & Repeat Shah Alam

Dah namanya tempat student kan, mesti lah nak cari tempat makan yang murah-murah tapi dalam masa yang sama sedap. Bagi Fadzi Eat & Repeat Cafe memang patut pun jadi pilihan student-student dekat sini. Dah lah murah, portion pun kalau makan 2 3 mangkuk nasi dah kenyang. 

Kalau yang family tu, Fadzi cadangkan korang datanglah hujung minggu awal-awal pagi dan waktu petang. Sebab most of time Fadzi perasan memang student ramai lepak dekat sini. Tengah hari dan malam tu memang ramai student yang datang. 


Eat & Repeat Shah Alam

Jangan sedih kalau meja full tau. Korang boleh je nak tunggu sekejap. Nanti adalah meja kosong. Nah, kalau korang nak pergi makan dekat sini, korang boleh pergi ke Eat & Repeat Cafe cawangan Shah Alam yang terletak di Pusat Komersial Seksyen 7 Shah Alam. Ni adalah salah satu tempat makan di Shah Alam yang korang kena cuba.


Alamat:
YG24, Jalan Plumbum Y7/Y
PUSAT KOMERSIAL SEKSYEN 7
40000 Shah Alam
(Belakang McDonalds)


Waktu Operasi:
11 pagi hingga 11 malam

Happy Hour:
3 petang hingga 6 petang 
Isnin hingga Jumaat

Jus Anasera: Supplemen Tenaga Untuk Kanak-Kanak

$
0
0
Jus Anasera: Supplemen Tenaga Untuk Kanak-Kanak | Sebelum ni Fadzi pernah cerita pasal Jus Anasera ni. Korang boleh baca dekat sini - Aneeq Suka Minum Jus Anasera. Jus Anasera ni Fadzi beri pada Aneeq sebab nak bagi Aneeq lebih bertenaga dan nak bagi perkembangan minda dia lebih lagi. Untuk pengetahuan korang, Jus Anasera ini dikeluarkan oleh APC Readiness Global Sdn Bhd. 

Jus Anasera


APC Readiness Global Sdn Bhd

APC Readiness Global Sdn Bhd ini adalah sebuah syarikat Muslim bumiputera dari Melaka. Syarikat ini dah 16 tahun berada dalam bidang jualan produk kesihatan dan pendidikan awal kanak-kanak. Wah, memang lama dah ni. Antara produk yang dikeluarkan oleh syarikat APC Readiness Global Sdn Bhd adalah Jus Anasera. Selain itu juga, syarikat APC Readiness Global Sdn Bhd ini juga menjalankan perniagaan Taska, Tadika dan Pusat Jagaan sekitar Melaka, Seremban dan Selangor.

Jus Anasera
Jus Anasera

Jus Anasera ini adalah makanan tambahan ataupun supplemen untuk kanak-kanak seawal 1 tahun. Ianya datang dalam bentuk cecair yang mudah diminum. Jus ini mengandungi serat, kalsium, vitamin dan mineral yang tinggi untuk membantu tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak.

Jus Anasera

Selain daripada itu, Jus Anasera juga dihasilkan daripada makanan terbaik seperti kurma, kismis, madu, pegaga, delima, buah tin, bacopa, habbatus sauda, ginko biloba dan minyak zaitun.

Fadzi rasa selesa dan tak teragak-agak nak bagi Aneeq cuba Jus Anasera ni sebab Fadzi tau yang syarikat APC Readiness Global Sdn Bhd ni bukan calang-calang syarikat. Jus Anasera ni telah mendapat Selangor Excellent Business Award pada tahun 2015 dan 2016. Selain daripada itu, produk ini juga telak diiktiraf sebagai Amalan Pengilang Yang Baik (GMP) doleh Kementerian Kesihtan Malaysia.  


Cara Pengambilan Jus Anasera

Cara untuk minum Jus Anasera ini mudah saja. Cuma perlu ambil 2 kali sehari - sekali sebelum sarapan dan sekali lagi sebelum tidur untuk mendapatkan kesan yang lebih. Dan untuk minum Jus Anasera ni, Fadzi cadangkan korang guna sudu plastik sebab ada kandungan madu dalam jus ini.

Korang boleh rujuk jadual dekat bawah ni untuk tengok sukatan yang korang boleh berikan pada anak-anak korang mengikut umur. Kalau ikut umur Aneeq, sekarang dia umur 2 tahun. Jadi, Fadzi bagi dia satu sudu kecil plastik saja. Fadzi guna sudu plastik yang dapat kalau korang beli bubur McDonalds tu.

Jus Anasera

Harga Jus Anasera

Sebotol Jus Anasera ini mengandungi 280ml. Dan ianya dijual dengan harga:

RM79.90 (Semenanjung) 
RM84.90 (Sabah Sarawak)

Tapi kalau korang nak beli, korang boleh guna promo kod "JUSANASERA" dan korang akan dapat 30% diskaun. Jimat banyak dah tu. Kalau korang nak beli, korang boleh dapatkan melalui:

No telefon: 06 2339 944
Promocode: JUSANASERA


4 Manfaat Dalam 1 Youthtube Time Capsule Foundation

$
0
0
4 Manfaat Dalam 1 Youthtube Time Capsule Foundation | Selalu tak kalau nak keluar rumah, korang ambil masa yang lama untuk bersiap dan make up? Kalau boleh tak nak make up pun tapi kita mestilah nak nampak cantik bila keluar kan. Mestilah nak make up. Bila nak make up pulak, banyak betul produk kena tepek dekat muka. Malas betul rasanya. 

Barang make up pula, kena lah yang standard tinggi macam produk antarabangsa sebab nak pastikan kulit wajah terjaga. Bila nak pakai barang make up oversea pula, harga mahal. Siapa yang ada masalah macam Fadzi mention tadi? 

Kalau ada, meh Fadzi nak share dengan korang satu foundation baru ni namanya Youthtube Time Capsule Foundation.

Youthtube Time Capsule Foundation

Youthtube Time Capsule Foundation

Youthtube Time Capsule Foundation ini adalah sejenis produk kosmetik iaitu liquid foundation. Menggunakan tagline "Age is Inspiration (Usia adalah Inspirasi)", foundation ni memang sesuai untuk wanita yang dalam lingkungan umur 25-45 tahun. Yang pentingnya foundation ini memang sesuai dengan kulit normal to combination skin

Nak tahu apa yang menarik pasal Youthtube Time Capsule Foundation ini? Korang boleh guna satu produk ni je untuk dapatkan kelebihan sebagai foundation, serum, UV Protection dan moisturizer. Best kan?

Serum foundation ini dihasilkan oleh ahli kimia yang dah ada pengalaman lama buat kosmetik Dior untuk pasaran Asia. Jadi produk ni memang sesuai lah untuk kulit wanita Asia macam kita ni. Produk ini dihasilkan daripada formulasi terkini yang diimport khas dari France dan Switzerland. 


Youthtube Time Capsule Foundation

Kandungan Youthtube Time Capsule Foundation

Youthtube Time Capsule Foundation ini dihasilkan menggunakan bahan-bahan utama yang pada Fadzi penting untuk penjagaan kulit wajah kita iaitu Swiss Marine Collagen Extract, France Anti-Aging Stem Cell, Vitamin C, Vitamin E dan SPF 35. Siapa yang tak nak pakai produk yang ada kolagen, Vitamin C, Vitamin E, SPF dan ejen anti aging betul tak? 

Antara bahan-bahan sampingan yang ada digunakan untuk menghasilkan Youthtube Time Capsule Foundation ini adalah Aqua, Cyclopentasiloxane, Ethylhexyl, Methoxycinnamate, Titanium Dioxide, Malus Domestica Fruit Cell Culture Extract, Citrus Aurantium Dulcis (Orange) Callus Culture Extract, Rhododendron Ferrugineum Leaf Cell Culture Extract, Ascorbic Acid (Vitamin C), Collagen, Mica, Iron Oxides, Peg/Ppg-18/18 Dimethicone, Sodium Chloride, Tocopheryl Acetate, Disodium Edta dan Fragrance.

Kelebihan Youthtube Time Capsule Foundation

Sebenarnya banyak kelebihan foundation ni kalau nak compare dengan foundation-foundation yang lain. Antara kelebihan yang korang boleh dapat dengan menggunakan Youthtube Time Capsule Foundation ini adalah: 
  • Melindungi Se-Sel Kulit Dari Sinar UV
  • Melindungi Kulit Daripada Unsur Radikal Bebas
  • Merangsang Pertumbuhan Sel-Sel Kulit Baru Dengan Pantas
  • Melembapkan Kulit
  • Menganjalkan Kulit
  • Meremajakan Kulit
  • Mencerahkan Kulit
  • Menyama-Ratakan Tona Kulit
  • Memudarkan Garis-Garis Halus & Tanda-Tanda Penuaan
  • Memudarkan Parut/Cela/Jeragat Pada Wajah
  • Mengecilkan Liang-Liang Pori
  • Menampilkan Wajah Yang Berseri/’Glowing’ 
Youthtube Time Capsule Foundation

Cara Panggunaan Youthtube Time Capsule Foundation

Nak pakai Youthtube Time Capsule Foundation ni senang sangat. Korang cuma perlu tuang foundation sebesar saiz mutiara. Lepas tu sapu rata-rata pada muka dan leher untuk dapatkan kulit wajah yang lembap, lembut dan bersinar.  


Ciri-Ciri Youthtube Time Capsule Foundation

Youthtube Time Capsule Foundation ni ada beberapa ciri yang mesti korang pun akan suka dan sesuai nak pakai. Antara ciri-ciri serum foundation ini adalah:

  • Tekstur ringan
  • Mudah diratakan pada seluruh kulit muka
  • Pantas meresap pada kulit
  • Water-based
  • Tidak melekit atau berminyak
  • Diuji secara klinikal
  • Tahan lama sehingga 8 jam
  • Mudah dibersihkan
  • Selamat digunakan 

Belah kiri dengan Youthtube Time Capsule Foundation. Belah kanan tak pakai apa-apa. Nampak bezanya kan. Yang ni Fadzi hanya pakai foundation semata-mata, tak pakai bedak pun. 

Harga Dan Packaging Youthtube Time Capsule Foundation 

Youthtube Time Capsule Foundation ni datang dalam bentuk cecair dalam botol yang bersaiz 15ml. Harganya pula RM87 untuk satu botol. Youthtube Time Capsule Foundation  ni pun dah dapat kelulusan KKM. Korang boleh rujuk NOT KKM NOT170902977K. Expiry date untuk foundation ni biasanya 2 tahun dari tarikh pengilangan. Korang boleh tengok tarikh luput dekat bahagian bawah botol.  

Korang tau tak korang boleh jimat masa waktu nak keluar sebab make up sekejap je bila pakai Youthtube Time Capsule Foundation. Duit pun boleh jimat sebab tak payah beli banyak-banyak produk yang berasingan. 1 botol serum foundation ni je pun dah boleh dapat 4 manfaat. Harganya pula mampu milik. Dengan harga yang jauh lebih murah, korang boleh dapat kualiti produk setanding produk antarabangsa. Design botol Youtuhtube ni pun menarik sangat dan ekslusif. Pernah jumpa design botol foundation yang siap ada crown? Tak ada kan? 

Nah, kalau korang pun berminat nak cuba atau nak tahu lebih lanjut pasal Youthtube Time Capsule Foundation ni, korang boleh tengok Facebook dan Instagram diaorang.



Intipati Bajet 2018 - Diusulkan Pada 27 Oktober 2017

$
0
0
Intipati Bajet 2018 - Diusulkan Pada 27 Oktober 2017 | Hari semalam pukul 3 petang sampai 7 malam, ada program khas di TV bersempena dengan Bajet 2018 yang diusulkan oleh Perdana Menteri YAB Dato' Sri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak. Perbentangan bajet ini dah pun diadakan di Parlimen.

Bajet 2018

Fadzi tak sempat tengok pun semalam jadi hari ni Fadzi gigih lah cari apa intipati Bajet 2018 yang dibentangkan semalam. Nak tengok juga apa yang Fadzi sebagai seorang wanita, ibu serta suri rumah dan keluarga boleh benefit pada tahun depan.

Tema Bajet 2018: "Memakmur Ekonomi Yang Inklusif, Mengimbang Keunggulan Duniawi Dan Ukhrawi Demi Mensejahtera Kehidupan Rakyat, Menuju Aspirasi TN50"

Intipati Bajet 2018

Dekat bawah ini adalah antara intipati perbentangan Bajet 2018 semalam.

Intipati Bajet 2018
Bajet  2018 kali ini dikatakan "Ibu - Segala Bajet". Katanya Bajet 2018 kali ini adalah yang terbaik sepanjang 22 tahun.

Intipati Bajet 2018

Terdapat 8 tunjang utama sempena dengan Bajet 2018 kali ini. Antara tunjangnya fokus kepada merancankan pelaburan perdagangan dan industri, Aspirasi TN50, pembangunan pendidikan, latihan dan kemahiran serta bakat, pembangunan inklusif, kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan, revolusi perindustrian keempat dan ekonomi digital, GLC dan perkhidmatan awan dan juga keseimabgan duniawi dan ukhrawi.

Intipati Bajet 2018

Berkenaan dengan info ringkat Bajet 2018:
Malaysia telah berjaya mencapai hubungan dagang dan diplomasi yang terbaik dan matang dengan kuasa-kuasa besar dunia. Malaysia juga mampu mengekalkan kewangan negara. Yang kedua tu Fadzi tak berapa pasti. Huhu.

Intipati Bajet 2018

Intipati Bajet 2018
Tunjang Pertama:
Apa yang Fadzi nampak, untuk tunjang pertama - merancakkan pelaburan, perdagangan dan industri, akan lebih banyak peluang industri kecil dan sederhana tingkatkan produktiviti. Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) lebih mudah unutk mendapat bantuan kewangan dari skim-skim yang disediakan.

Golongan petani, pesawah dan nelayan juga boleh berlapang dada dengan bantuan dalam sektor pertanian dan jugak perikanan.

Dengan pengiytiharan tahun 2020 sebagai Tahun Melawat Malaysia, harap-harap ekonomi Malaysia boleh bertambah lagi.  

Intipati Bajet 2018

Tunjang Kedua:
Menuju Aspirasi TN50. Walaupun Wawasan 2020 mungkin tak menjadi kenyataan sebab kemajuan Malaysia jauh daripada apa yang Fadzi bayangkan, tapi Aspirasi TN50 ni pun rasanya tak jauh beza dengan Wawasan 2020. 

Kalau dilihatkan dekat atas ni, banyak yang kita boleh dapat faedah daripada Aspirasi TN50. Mungkin bukan untuk kita tapi lebih kepada untuk anak-anak kita terutamanya dalam bidang pendidikan dan sukan.  

Intipati Bajet 2018
Tunjang ketiga:
Fadzi paling suka tunjang ketiga yang berkaitan dengan mengungguli pembangunan pendidikan, latihan, kemahiran serta bakat ini. Tunjang ini fokus kepada bidang pendidikan sebab bagi Fadzi pendidikan penting untuk kita dan juga masa depan anak-anak kita. Fadzi rasa senang hati bila ada cadangan untuk pembinaan lebih banyak pra sekolah, pusat PERMATA, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej vokasional dan matrikulasi.

Tapi Fadzi lebih suka kalau silibus untuk sekolah rendah dan pra sekolah disemak semula dan disusun semula.
  
Intipati Bajet 2018

Intipati Bajet 2018
Tunjang Keempat:
Sebagai seorang wanita, Fadzi suka dengan tunjang keempat memacu pembangunan inklusif terutamanya cadangan tahun 2018 sebagai Tahun Memperkasa Wanita. Lebih banyak kemudahan serta pengecualian yang diberikan kepada wanita. Fadzi dengar pun Fadzi rasa nak kembali bekerja tau. 

Intipati Bajet 2018

Intipati Bajet 2018

Tunjang Kelima:
Dalam tunjang kelima, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan peluang menjana pendapatan ni, memang yang Fadzi tunggu-tunggu. Sebab sebagai suri rumah sepenuh masa, Fadzi memang mencari peluang-peluang menambah pendapatan yang Fadzi boleh buat secara fleksibel. Ye lah, sambil sambil duduk rumah jaga anak, Fadzi boleh buat sesuatu yang mendatangkan side income.

Intipati Bajet 2018
Tunjang keenam:
Yang tunjang mempersiaga revolusi perindustrian keempat dan ekonomi digital dan ekonomi baru ni, Fadzi kurang faham. Muingkin sebab bukan dalam bidang yang Fadzi pernah ada sebelum ini.

Intipati Bajet 2018
Tunjang ketujuh:
Tunjang ketujuh - meningkatkan kecekapan dan penyampaian warga GLC dan penjawat awam mungkin Fadzi tak perlu ambil tahu sangat sebab yang ini fokus lebih kepada penjawat awam dan pekerja dalam sektor GLC. Disebabkan Zul pun kerja dalam syarikat swasta, tak perlu ambil tahu sangat kot.

Intipati Bajet 2018

Tunjang kelapan:
Dalam tunjang ini - mengimbangi par excellence duniawi dan par excellence ukhrawi, Fadzi cuma berharap dengan kelonggaran pekerja wanita mengandung 5 bulan dan suami dibenarkan balik awal sejam tu tak menggangu produksi pekerjaan mereka. Itu je yang Fadzi harapkan. Huhuhu.   

Intipati Bajet 2018

Korang dah baca intipati-intipati Bajet 2018 kali ini? Dekat atas ni antara perkara yang dihighlightkan dalam Bajet 2018.
  • Bantuan khas kewangan penjawat awam (RM1500)
  • Bantuan pesawah 3 bulan (RM600)
  • Amanah Dana Anak Malaysia ADAM50 - Dana tabungan permulaan (RM200)
  • Bantuan BRIM diteruskan
  • Skim Simpanan Pendidikan 1Malaysia (SSP1M) - Geran sepadan Rm500
  • Bantuan Khas - Tok Batin dan Ketua Kampung RM1500
  • Kenaikan Elaun Warga Emas (RM350)
  • Bantuan Khas - Guru KAFA, Takmir, Imam, Bilal, Siak (RM500)
  • Kenaikan Elaun OKU (RM50)
  • Bantuan Khas - Pesara (RM750)
  • Pengurangan Kadar Cukai Individu dan Meningkatkan Pendapatan Boleh Guna (Rm300-RM1000)

Kelebihan apa yang korang boleh dapat daripada Bajet 2018 kali ini? Boleh komen sikit dekat bawah.

Sumber grafik: Treasury.GOV.MY

More Than Gateway to Visit JB - Why You Should Consider Woodlands When Buying or Renting

$
0
0
More Than Gateway to Visit JB - Why You Should Consider Woodlands When Buying or Renting |  I used to have this idea of going to Singapore - to work and stay there. Just because the USD Singapore value is much higher than Ringgit Malaysia. I did some research and found out few areas that would really be great to buy or stay which is in the Woodlands.  

Woodlands Singapore

When Woodlands is mentioned, we will always associated Woodlands with Johor Bahru (JB) and shopping bargains to get our passport stamp. But, Woodlands is more than just a bridge away from Malaysia, it is one of the rare northern gem in Singapore.

A little history of Woodlands here, back in 1923, Woodlands Town witnessed the opening of the Johor-Singapore Causeway. Back then, Woodlands consisted of villages and squatters where the residents are mostly making their living as vegetable farmers in Marsiling area. The modern-day Admiralty is where the rubber plantations and poultry farms are situated, in Jalan Ulu Sembawang. In 1972, the very first HDB flats in Woodlands were built in the northern part of Marsiling. Moving on to 1980 is the Woodlands Bus Interchange was built.

Educational institutional is evenly distributed in Woodlands and there are several top educational institutions in the North. There’s a long history on expat community established in 1956 that schooled 3,800 students today, the most popular educational institution for expats American School. There are other options, including local schools, among them 12 primary as well as 5 secondary schools. Singapore’s very first Sports School, an independent boarding school with some of the finest sports facilities. Don’t forget the tertiary institutes, Republic Polytechnic is in north of Woodlands while Innova Junior College is situated at the south of Woodlands.

Health care in Woodlands Singapore is easily accessible as well. Clinics and surgeries are within easy walking distance in most of HDB in Woodlands. Not to forget the upcoming Woodlands General Hospital opening soon in 2022 that will provide more than 1,500 beds.
Woodlands Singapore
Photo credit: Land Transport Guru
Transportation in Woodlands is efficient and convenient. Currently there’s three MRT stations in Woodlands – Woodlands MRT Station, Marsiling MRT Station and Admiralty MRT Station. Here comes Thomson-East Coast Line in 2019, that will add two more stations in Woodlands, namely Woodlands North and Woodlands South. This made accessing to Woodlands faster and more convenient. There’s also Woodlands Bus Interchange, the third largest bus interchange in Singapore. Let’s be honest, we love to shop for bargains especially when we can shop for better deals for the same item. Woodlands just a bridge away to JB, we can cross the causeway easy breezy for getting delectable food and necessities at cheaper rates. In trust, we have for Causeway Link that ferry us across to JB.

Well, we don’t travel to JB every day for shopping because Woodlands have the largest mall in the north, Causeway Point, with over 250 shops ranging from groceries to fast food to clothing to gadgets. You name it, Causeway Point has it. There are other shopping malls too within the proximities of Woodland’s HDB flats. Heartland malls like Woodgrove shopping mall and Vista Point to get our daily necessities.

Besides shopping therapy, there are plenty of locations that Woodlanders hang out. Woodlands Waterfront is worth to visit to catch the stunning JB city view, especially during night time. There’s restaurants on the waterfront where you get ‘front row’ view and also jogging tracks for joggers. Avid readers may hang out at Woodlands Regional Library, the largest neighbourhood library with four storeys that caters to all audience. How about for nature lovers? Woodlands have Admiralty Park, a 27-hectare national park that’s covered in mangrove. There’s WiFi hotspots for visitors at locations around the park. Check out here for things to do in Woodlands.
Photo credit: Bites

Accommodation in Woodlands is well sought too especially for Malaysians who are working in Singapore. Those who are looking for public housing (HDB flats or Executive condominium) or private properties, Woodlands is a district to be spoilt for choice. Even rental is lower compared to district 16 or district 23 with many convenient amenities and accessibilities. Price per square feet (PSF) of HDB flats in Woodlands are among the lowest, not exceeding $400psf. Woodlands may offer the quickest and larger capital appreciation with major developments from Singapore government.


Singapore government definitely has plans to revitalise Woodlands and promote Woodlands to be Regional Centre. Singapore’s Northern Gateway, Woodlands Regional Centre will incorporate office, residential, retail and lifestyle elements into two districts – Woodlands Central and Woodlands North Coast. It is foresee to boost the economy and jobs. It is expected there will be 100,000 new jobs that’s closer to everyone’s home.

Don't you think Woodlands Singapore would be a great place to stay?

Lovera Magic Jelly - New Enhanced Formula Review

$
0
0
Lovera Magic Jelly - New Enhanced Formula Review | Lately Fadzi suka sangat mencuba produk-produk baru dekat pasaran dan bila sesuatu produk tu memang berkesan, Fadzi jadi excited nak share dengan korang semua. Baru-baru ni Fadzi ada cuba satu produk iaitu Lovera Magic Jelly dan Fadzi nak kongsi dengan korang baik buruk tentang produk ni.

Lovera Magic Jelly Review

Lovera Magic Jelly

Lovera Magic Jelly ini adalah satu produk multipurpose yang dikatakan boleh membantu melindungi, memperbaiki dan meningkatkan tekstur kulit serta rambut. Produk ni bebas paraben dan selamat digunakan untuk semua orang. Bila Fadzi cakap ianya selamat digunakan maksudnya Magic Jelly ini ada kelulusan KKM, sijil Halal daripada JAKIM dan dihasilkan daripada kilang yang mempunyai sijil GMP.   

Antara banyak-banyak produk keluaran Lovera, Magic Jelly ini adalah best selling product diaorang sampai dah terjual lebih daripada 70000 botol. Disebabkan banyak review yang best pasal Lovera Magic Jelly yang Fadzi baca dekat blog-blog di luar sana, Fadzi sendiri nak cuba Lovera Magic Jelly ni. 

Lovera Magic Jelly Review

Tekstur Lovera Magic Jelly

Lovera Magic Jelly ni datang dalam bentuk gel yang jernih. Bau gel ni memang sedap dan tak terlalu kuat. Kira kalau korang pakai gel ni sebelum tidur, memang lena lah tidur korang tu sebab bau dia menenangkan. 

Bila Fadzi sapu pada kulit, boleh rasa macam sejuk-sejuk pada kulit tu. Dan gel ni cepat je meresap dalam kulit. Tak ada rasa melekit. Dan bila dah meresap tu, tak ada rasa macam ada lapisan lain atas kulit macam bila korang pakai certain-certain losyen kat luar sana. 

Lovera Magic Jelly Review
Selepas sapu gel rata-rata pada kulit. Langsung tak nampak dan tak rasa berminyak.

Bahan-Bahan Lovera Magic Jelly

Fadzi suka sangat guna produk yang dihasilkan daripada bahan-bahan semula jadi macam Lovera Magic Jelly ni. Antara bahan-bahan aktif yang ada dalam Magic Jelly ni adalah:
- Aloe vera
- Timun
- Chamomile
- Jicama (Sengkuang)

Kalau korang biasa dengan petua-petua orang tua, korang mesti tau yang aloe vera dan timun tu memang salah satu bahan yang diaorang selalu guna untuk kecantikan dan kesihatan kulit zaman-zaman dulu. Fadzi pun masa kecil-kecil dulu selalu guna aloe vera untuk sapu pada luka dan lembapkan kulit. Timun pulak Fadzi selalu letak pada mata untuk cooling effect. Kadang-kadang Fadzi blend timun untuk buat mask. Sejuk je rasa. 

Kelebihan Lovera Magic Jelly

Macam yang Fadzi ada cakap dekat atas tadi, Lovera Magic Jelly ini ada macam-macam kegunaan. Lovera Magic Jelly dikatakan boleh membantu:
- Merawat jerawat dan memudarkan bintik hitam
- Menghilangkan kulit kusam dan parut (lama/baru)
- Merawat sunburn
- Mengecilkan liang roma
- Anti penuaan
- Melembapkan kulit dan menjadikan kulit lebih lembut 
- Melegakan meringankan ekszema, ruam, kulit alergi dan sensitif
- Mengurangkan kelemumur
- Mengurangkan rambut kusut
- Menggalakkan pertumbuhan rambut
- Membantu merawat luka dan kesan terbakar
- Merawat bibir pecah dan kering
- Digunakan sebagai pelembap kulit, pembersih make up, serum muka, serum rambut, serum bulu mata, pelembap bibir dan make up primer.

Lovera Magic Jelly Review

Kebanyakan masa Fadzi pakai Lovera Magic Jelly ni untuk sapu pada kulit Aneeq bila dia kena gigit nyamuk atau bila dia duk tergaru-garu kulit. Dan nampak gaya memang berkesan efek cooling tu sebab lepas sapu, Aneeq tak garu dah cuma dia mintak lagi gel ni sebab nak main sapu-sapu pada kulit dia. Haih, sabar je lah.

Kalau Fadzi pulak, Fadzi pakai untuk sapu pada muka, hujung rambut, siku dan tapak kaki. Pada muka, Fadzi biasa pakai waktu malam sebelum tidur. Rasa muka lebih sejuk dan selesa. 

Hujung rambut tu Fadzi pakai untuk elak rambut bercabang dan kering. Bila Fadzi sapu pada keseluruhan rambut, boleh rasa rambut jadi lebih lembut. Yang ni memang Fadzi tak sangka. 

Fadzi sapu juga di bahagian siku untuk kurangkan kulit kering. Fadzi punya tapak kaki memang teruk pecah sebab lantai rumah sejuk. Fadzi sapu untuk kurangkan pecah tapak kaki. Boleh rasa tumit pecah makin kurang dan siku makin lembut.

Fadzi ada jugak sapu pada parut dekat beberapa bahagian badan, tangan dan kaki tapi sebab Fadzi baru je pakai dalam seminggu so tak nampak pun efeknya lagi. Maybe untuk parut, mungkin ambil masa sikit. 

Korang tau tak, Mat Dan omputih cakap melayu tu pun pakai Lovera Jelly ni tau.




Packaging Lovera Magic Jelly

Lovera Magic Jelly ni datang dalam bentuk botol pump dengan saiz 60ml. Jujur Fadzi cakap Fadzi lebih suka botol jenis pump macam ni sebab senang nak pakai. Pakai satu tangan pun dah boleh bukak penutup botol dan pump gel keluar. Dan bila guna botol jenis pump ni, lagi senang nak bajet banyak mana nak keluar supaya tak membazir. Lagipun, bila dalam bentuk botol pump macam ni, rasa lebih bersih.

Saiz 60ml ni memang terbaik untuk korang bawak travel ke mana-mana. Letak je dalam handbag dan anytime korang perlukan just keluarkan dan sapu. Botol macam ni tak makan ruang yang banyak dan ringan je. 

Cuma Fadzi harap Lovera boleh keluarkan botol yang lebih besar sikit sebab well, Fadzi guna Magic Jelly ini dari hujung rambut ke hujung kaki kot. So, for sure akan cepat habis kalau pakai botol 60ml je. Kalau ada botol besar, tahan lama sikit, iye dak? Hahahahha.

Harga Lovera Magic Jelly

Harga untuk sebotol Lovera Magic Jelly ini adalah RM70. Nampak macam agak mahal tapi korang cuba fikir, Lovera Magic Jelly ini produk multi use kot. Korang boleh guna untuk rambut, kulit muka, badan, kaki dan tangan. Fadzi rasa memang berbaloi dengan harga itu untuk kegunaan satu badan. 


Lovera Magic Jelly

Pendapat Fadzi Tentang Lovera Magic Jelly

Overall Fadzi memang suka dengan Lovera Magic Jelly ni. Fadzi baru je pakai Magic Jelly ni seminggu dan setakat ni memang tak ada masalah alergik. Aneeq yang umur 2 tahun pun okay je pakai. Tak ada masalah juga. 

Fadzi suka tekstur gel tak berwarna dan bau lembut Magic Jelly ni. Fadzi suka fungsi multi purpose Magic Jelly yang boleh pakai dari hujung rambut ke hujung kaki ni. Dan Fadzi suka sebab so far Magic Jelly ni berkesan untuk kulit dan rambut kering serta gatal-gatal gigit nyamuk. Fadzi suka travel size botol Magic Jelly tapi kalau boleh buatlah botol yang lebih besar. Dan lastly, Fadzi definitely recommend Lovera Magic Jelly untuk korang cuba dan pakai.

Kalau korang nak maklumat lanjut atau nak dapatkan Lovera Magic Jelly ni, korang boleh tengok website, Facebook ataupun Instagram Lovera dekat bawah.

Website Lovera | Facebook Lovera | Instagram Lovera 


Kalau nak beli terus laju-laju tak nak PM PM tak nak whatsapp, korang klik je link dekat bawah ni.
Lovera Magic Jelly



Betadine® Feminine Wash Sokong Kempen Kesedaran Kanser

$
0
0
Betadine® Feminine Wash Sokong Kempen Kesedaran Kanser | Fadzi percaya, semua kita yang perempuan ni memang risau dan sangat-sangat menjaga bahagian intim kita kan? Bahagian intim wanita adalah sangat penting dan perlu dijaga dengan baik sekali. Antara cara untuk menjaga bahagian intim wanita adalah dengan menggunakan Betadine® Feminine Wash.


Betadine® Feminine Wash


Betadine® Feminine Wash

Betadine® Feminine Wash adalah sejenis buih pencuci bahagian intim wanita. Ia juga merupakan produk kosmetik yang direka khas untuk kebersihan intim secara semulajadi  dan tidak mengandungi Povidone-iodin. Memang sesuai sangat kalau kita gunakan Betadine ni untuk mencuci bahagian intim iaitu vagina.

Vagina (faraj) adalah tempat di mana bakteria baik hidup. Bakteria baik ini dikenali sebagai Lactobacillus. Lactobacillus ini mendatangkan banyak manfaat dan juga memainkan peranan yang penting melindungi persekitaran mikro kawasan intim kita. Bakteria baik di kawasan ini akan membantu untuk kekalkan keseimbangan pH yang optimum dan mengelakkan organisma yang tidak bermanfaat daripada membiak.


Betadine® Feminine Wash

Paras pH kawasan intim wanita adalah pada tahap pH 3.8 – 4.2. Kebanyakan sabun dan syampu badan di pasaran yang berada dalam tahap pH 9 – 10 akan mengganggu keseimbangan pH kawasan intim. Benda ni boleh menyebabkan jangkitan akibat pertumbuhan organisma tidak bermanfaat. Kalau cuci pakai air memang selamat untuk membersihkan kawasan intim, namun ia tidak selalunya mencukupi.

Tapi, dengan menggunakan Betadine yang dicipta secara eksklusif untuk keperluan kebersihan wanita, ianya dah cukup lengkap. Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam menggabungkan warisan Betadine® dengan manfaat prebiotik bagi memberikan perlindungan harian dan mengekalkan keseimbangan pH intim flora anda.

Rumusan Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam

Dirumuskan tanpa sebarang bahan kimia yang kuat, Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam mengandungi bahan semulajadi seperti: 

  • Immortelle - bahan antioksidan semulajadi yang membantu meningkatkan tahap kelembapan semula jadi kulit 
  • Prebiotik - peranan yang penting untuk memastikan mikroorganisma yang bermanfaat ini mencapai tahap populasi yang sihat.
  • Deoplex - ekstrak semulajadi yang berkesan untuk memberikan kesan peneutralan bau 
  • Syricalm - bahan aktif semulajadi yang melegakan kulit, mengurangkan kemerahan dan meringankan kerengsaan. 

Betadine® Feminine Wash

Packaging Dan Harga

Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam datang dalam format buih yang mudah dan memberi rasa yang mewah. Ianya adalah produk tanpa sabun, paraben dan pewarna, serta tidak menimbulkan alahan yang telah diuji secara dermatologi. Rumusan yang lembut ini sesuai untuk kegunaan setiap hari. Korang boleh dapatkan Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam dalam saiz 100ml dengan harga RM19.90 dan 200ml dengan harga RM27.90. 

Betadine® Feminine Wash Menyokong Majlis Kanser Nasional (MAKNA) 

Di Malaysia, kira-kira satu daripada lima wanita menghidapi kanser payudara, dan ia merupakan kanser yang paling tinggi dihidapi dari tahun 2007 – 20111. Namun begitu, di dalam kalangan masyarakat kini perubahan positif semakin meningkat.

Tahun ini, Betadine® Feminine Wash menyokong Majlis Kanser Nasional (MAKNA) untuk kempen #breakthesilence dan membantu lebih ramai wanita Malaysia meningkatkan kesedaran pencegahan kanser. Antara cara untuk mencegah adalah melalui penjagaan kesihatan anda kerana pencegahan awal akan menyelamatkan nyawa. Setiap usaha, tanpa kira besar atau kecil, akan membawa perubahan yang ketara.

Penjagaan kesihatan diri bukan sahaja melibatkan tabiat pemakanan dan cara hidup anda, namun juga kepentingan untuk memastikan kebersihan peribadi anda berada pada tahap yang sebaik mungkin. 

Sertai Betadine® untuk #breakthesilence Terhadap Kanser Payu Dara

Korang juga boleh menyertai Betadine® Feminine Care dalam usahanya untuk menyumbangkan dana bagi MAKNA, dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kanser payudara Oktober ini! Dari 1 Oktober hingga 22 November, setiap pembelian dua (2)  botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dari Watsons, RM1 akan disumbangkan kepada MAKNA.

Untuk kempen kali ini, setiap dua (2) botol Betadine® Tri-CareTM Daily Feminine Wash Foam 100ml dijual pada harga RM29.90. Eksklusif di Watsons. 

Untuk maklumat lanjut tentang Betadine® Feminine Care, korang boleh layari http://myfemcare.com.my/



'Scent-sasi' Enchanteur Paris Petite Parfum Review

$
0
0
'Scent-sasi' Enchanteur Paris Petite Parfum Review | Orang perempuan kalau tak dikaitkan dengan perfurm, Fadzi rasa tak sah. Betul tak? Kalau keluar, paling kurang pun mesti nak calit-calit sikit minyak wangi yang rasa macam sesuai dengan keadaan ataupun mood. 

Sekarang ni, dengan 4 bau haruman 'scent-sasi' Enchanteur Paris Petite Parfum, korang boleh pilih mana satu yang menjadi pilihan korang. Atau korang boleh campur semuanya sekali untuk menghasilkan bau yang lain dari yang lain.


Enchanteur Paris Petite Parfum


Enchanteur Paris Petite Parfum 

Yang bagusnya tentang rangkaian Enchanteur Paris Petite Parfum ini adalah saiznya yang kecil, padat dan parfum jenis roll on yang memudahkan pemakaian. Hanya calit-calit, dah wangi. Tak payah sembur-sembur. Orang yang berdekatan dengan kita pun tak terkena dengan semburan. Saiznya yang kecil pulak, senang nak selit mana-mana. Dalam wallet, dalam handbag, dalam pocket seluar pun boleh. 

Brand Enchanteur ni memang tak boleh lari daripada packaging yang cantik-cantik macam ni. Memang cantik kotak dia kan? Kali ni Enchanteur keluarkan rangkaian produk Enchanteur Paris Petite Parfum yang ada 4 jenis pilihan wangian iaitu Adore, Jolie, Cherie dan Belle Amour.  

Enchanteur Paris Petite Parfum

Enchanteur Paris Petite Parfum Jolie (Lovely)

Kombinasi keanggunan Rose, Honey dan Pear ini sesuai dengan personaliti santai bersahaja yang gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan, atau insan instimewa. Baunya yang lembut dengan bauan bunga amat sesuai digunakan untuk memberikan ‘mood’ tenang ketika bersama pasangan. Kemasan biru denim menjadikan si pemakai kekal anggun di pandangan dan tetap disukai. Fadzi suka bau Jolie ni sebab baunya sangat light, lembut dan tak menyengit sangat.


Enchanteur Paris Petite Parfum

Enchanteur Paris Petite Parfum Cheri (Daring)

Bauan yang enak dan manis dari Cheri ini mesti boleh buat korang tersenyum sepanjang hari. Bagi si gadis yang gemar menyebarkan kegembiraan kepada orang-orang sekelilingnya, aroma Apple, Cherry Blossom dan Vanilla yang manis ni bakal mencuri hati dan mendapat perhatian ramai. Pada Fadzi, bau Cheri ni betul-betul manis macam bau buah-buahan. Kalau yang suka parfum jenis manis-manis, korang boleh cuba yang ni.


Enchanteur Paris Petite Parfum

Enchanteur Paris Petite Parfum Belle Amour (Beautiful Love)

Bauan campuran Apple Melon, Blackcurrant dan Pink Rose Paris amat sesuai dengan korang yang berpersonaliti romantis dan menawan. Acah-acah nak mengorat lah mungkin. Kalau korang suka bau parfum yang kuat, korang boleh pilih yang ini sebab baunya memang menyerlah antara keempat-empat rangkaian Enchanteur Paris Petite Parfum ni. Fadzi jenis yang tak suka parfum bau kuat sangat, jadi Fadzi tak berapa berkenan bau Belle Amour ini.

Enchanteur Paris Petite Parfum

Enchanteur Paris Petite Parfum Adore (Adorable)

Bau Adore ini mengandungi aroma Wild Jasmine, Pink Mimosa dan Golden Pear sepadan dengan si gadis yang elegan, anggun dan manis pada malam temujanji romantisnya. Baunya sesuai untuk kalau korang nak mengorat suami korang hahahahaha. Serius. Fadzi suka bau Adore sebab bau dia macam bau musk sikit. Ada bau masam-masam sikit, tak terlalu manis dan tak terlalu kuat. 


Enchanteur Paris Petite Parfum

Packaging Dan Harga 

Dalam bentuk roll on dengan saiz 9ml. Harga RM9.90 untuk Semenanjung dan RM10.40 untuk Sabah dan Sarawak. Korang boleh beli set rangkaian Enchanteur Paris Petite Parfum ini di mana-mana Watson, Guardian, AEON Wellness, Mydin, The Store dan pasaraya serta pasar mini seluruh negara. 


Enchanteur Paris Petite Parfum

Kelebihan Wangian Enchanteur Paris Petite Parfum 


  • Tanpa alkoholTak tak perlu risau kalau nak pakai parfum ini semasa bersolat
  • Wangian bertahan lebih lamaDirumus berasaskan minyak
  • Lebih mudah dipakai - Lebih mudah disapu kerana menggunakan konsep bebuli (roll-on)
  • 4 pilihan wangianBoleh dipakai ikut kesesuaian, mood dan kegemaran korang
  • Kecil dan ringan - Mudah dibawa ke mana-mana


Enchanteur Paris Petite Parfum


Bau Wangian Enchanteur Paris Petite Parfum Pilihan Fadzi

Personally, Fadzi paling suka bau Jolie sebab antara banyak-banyak pilihan ini, Jolie yang paling lembut baunya. Fadzi memang kurang suka parfum yang bau kuat sangat. Fadzi pun suka dengan bau Adore sebab ada persamaan dengan bau musk. Cheri pula bau yang manis, sesuai kalau nak pakai kelaur dengan suami. Tapi, jujur Fadzi katakan, Belle Amour terlalu kuat baunya untuk Fadzi pakai. Dan kalau Fadzi pakai, kemungkinan besar untuk pening kepala mungkin ada. 

Tapi semua pilihan pada tangan korang nak pilih mana satu untuk dipakai. Kalau nak lebih rare dan lain daripada yang lain, korang boleh cuba gabungkan dua atau lebih parfum untuk dapatkan bau yang berbeza. Mungkin ada gabungan wangian yang lebih sesuai untuk korang, mana tau kan?

Kalau korang berminat untuk tahu lebih lanjut pasal Enchanteur Paris Petite Parfum ni, boleh tengok di link di bawah:





Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF

$
0
0
Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF | Tahun lepas Fadzi dah pernah pergi tengok sendiri Majlis Penyampaian Hadiah Mencipta Logo Sahabat Zakat. Tahun ini pula, Fadzi sekali lagi nak berkongsi dengan korang dengan aktiviti terbaru PPZ baru-baru ini iaitu Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF.

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF

Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF

Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF ini telah pun berlangsung selama sebulan lebih iaitu bermula pada 15 Ogos 2017 hingga 30 September 2017. Tajuk video yang dipertandingan adalah 'Mencari Rezeki Yang Berkat'. Durasi setiap video yang mengambil bahagian adalah selama 3 minit. Video tersebut hanya boleh diambil menggunakan telefon pintar tapi bab penyuntingan pula tak kisah pakai software apa pun. 

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF telah pun diadakan pada hari Jumaat 10 November 2017 yang bertempat di Pusat Pungutan Zakat yang terletak di Taman Shamelin Cheras. Antara individu yang datang untuk menyerikan majlis tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, pemilik Boutique Coudre KL, pegawai-pegawai pengurusan PPZ-MAIWP, pemenang-pemenang dan juga blogger.       

Pemenang Pertandingan Jom Kreatif 2017

Kalau korang nak tau, PPZ menerima sebanyak 50 penyertaan video untuk pertandingan kali ini. Dan hanyaa 12 orang yang terpilih sebagai pemenangdan diraikan pada hari tersebut. Dekat bawah ni Fadzi kongsikan pemenang-pemenang serta hadiah yang mereka terima.

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF
Tempat Pertama (RM2000)
Muhammad Hanif bin Ngarisan

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF
Tempat Kedua (RM1500)
Syahidah Binti Baharudin

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF
Tempat Ketiga (RM1000)
Nurhidayah binti Atmin

Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Mencipta Video JOM KREATIF

Saguhati (RM500)
Nurmanisya binti Shah rudin
Muhammad Adam bin Ibrahim
Muhammad Fairullah bin Hamran
Mohd Amirul Ashraf bin Abdul Aziz
Bik Puteri Nur Anis bt Noor Azmi
Nabeel Fakrur Razy Bin Jufri
Anis Asyikin binti Alias
Muhammad Zuhaili bin Razali
Muhammad Norazi Nazreel bin Mohd Yazid

Anugerah Pilihan Ramai (RM1000)
Muhammad Hanif bin Ngarisan

Tahniah kepada semua pemenang. Fadzi, well macam tahun lepas. Menyesal juga tak join. Fadzi dah tau dah PPZ ada anjurkan pertandingan buat video tapi tu lah, malas kan. Kalau Fadzi join, mana tau boleh menang. 

Disebabkan dah 2 tahun berturut-turut Fadzi tau PPZ buat pertandingan, tahun depan insyaAllah kalau diaorang buat pertandingna lagi, Fadzi nak join. Kalau tak cuba, tak tau kita boleh menang ke tak kan?

Memang meriah betul PPZ ni. Dari tahun lepas Fadzi follow je dieorang buiat macam-macam aktiviti. Kalau korang nak follow PPZ juga untuk sebarang maklumat dan pertanyaan pasal pertandingan ke pasal zakat je, korang tengok je dekat bawah: 


The Three Village Boys Daripada Dr Liza Mydin

$
0
0
The Three Village Boys Daripada Dr Liza Mydin | Dari Aneeq umur setahun lagi, memang dia suka sangat baca buku. Walaupun Aneeq tak pandai membaca lagi, asalkan dapat tengok gambar dan acah-acah keluarkan bunyi macam membaca pun, dah boleh buat dia puas hati.

Jadi, Fadzi rasa seronok nak bagi Aneeq banyak buku. Baru-baru ni Fadzi dapat tau ada pelancaran buku cerita baru iaitu The Three Village Boys by Liza Mydin. Fadzi pun apa lagi, semangat nak pergi tengok dan dapatkan sendiri buku tu untuk Aneeq.

The Three Village Boys

The Three Village Boys

Buku The Three Village Boys yang mengandungi 26 muka surat ini adalah buku cerita kanak-kanak yang bagi Fadzi membuka minda even kepada kita yang dah dewasa. Sebenarnya buku ini dah pun ada di pasaran pada tahun 2012 dan dijual di Amazon UK, US dan kedai Barnes & Noble untuk pasaran antarabangsa. 

Ceritanya bermula dengan 3 orang kanak-kanak yang bernama Youssef, Zayyed dan Omar yang nak meneroka kampung-kampung yang berdekatan dengan kampung mereka. 

The Three Village Boys

Setiap daripada mereka memilih untuk meneroka satu kampung. Semasa meneroka kampung tersebut, ketiga-tiga mereka dapat lihat pelbagai perspektif yang berbeza daripada kampung mereka. Setiap apa yang kanak-kanak ni tengok dekat kampung-kampung tu sedikit sebanyak menjentik perasaan Fadzi.

Kalau korang nak tau apa yang Youseff, Zayyed dan Omar nampak dekat setiap kampung tu, korang boleh beli buku ni. Mesti time baca tu, korang tersentap sikit. 

The Three Village Boys

Dr Liza Mydin

Buku The Three Village Boys ini ditulis oleh Dr Liza Mydin. Dr Liza Mydin adalah seorang ibu kepada 3 orang anak. Yang buat Fadzi kagum sangat dengan Dr Liza adalah pada usia 36 tahun, Dr Liza telah pun mendapat PhD dalam bidang Islamic Finance dan dalam masa yang sama beliau adalah Head of Research and Advisory di salah satu bank Islam di Malaysia.

The Three Village Boys adalah buku carita kanak-kanak pertama hasil tulisan Dr Liza. Tapi sebelum itu, Dr Liza dah menulis beberapa buku ilmiah yang lain termasuklah Reformation and Development in the Muslim World by Palgrave Macmillan.


The Three Village Boys

Pelancaran Buku The Three Village Boys

Majlis pelancaran buku The Three Village Boys telah pun diadakan di Pusat Kreatif Tuanku Bainun, Taman Tun Dr Ismail pada 12 November 2017. Majlis hari itu sangat meriah dengan aktiviti bercerita, seni pasir dan dekorasi tarbus.

The Three Village Boys

Majlis turut diserikan dengan ucapan Prof Abbas Mirakhor. Beliau merupakan mentor kepada Dr Liza Mydin dan dalam ucapan beliau memang boleh nampak kedua-dua individu ini sangat rapat antara satu sama lain. Boleh dikatakan Prof Abbas ni merupakan salah seorang tulang belakang kepada Dr Liza.

The Three Village Boys

Kemudian majlis diteruskan dengan ucapan Dr Liza sendiri. Dalam ucapan Dr Liza, beliau ada cakap yang buku ini dihasilkan untuk menerapkan nilai-nilai murni pada anak-anak kecil untuk melahirkan masyarakat yang lebih ampuh di masa akan datang.

Dr Liza juga ada cakap tujuan buku The Three Village Boys ini ditulis dengan dua tujuan iaitu:
  • Meningkatkan keupayaan imaginasi kanak-kanak bagi mengasah minda kritis semasa mereka mengembara bersama karekter Youssef, Zayyed dan Omar
  • Menyingkap persoalan perbezaan dalam masyarakat di mana terdapat jurang agihan pendapatan dan juga ketidakadilan yang berlaku


The Three Village Boys

Selepas habis ucapan dari Dr Liza, kiteorang semua dihiburkan dengan persembahan daripada Story Teller bernama Shena bersama kumpulan AWAN buskers. Persembahan ni sangat menarik bagi Fadzi sampai naik bulu roma tau. 

Dari malam hari kiteorang dapatkan buku The Three Village Boys tu sampailah ke malam semalam, Aneeq tak habis-habis mintak Fadzi atau Zul bacakan buku The Three Village Boys ni untuk dia. Tak kira waktu tau. Kadang-kadang sebelum tidur. Kadang-kadang siang-siang hari pun ada. Suka betul dia baca buku. Seronok Fadzi tengok.

The Three Village Boys

Kalau korang berminat untuk dapatkan buku The Three Village Boys ni jugak, korang boleh order dekat The TVB Store. Have fun reading guys!



Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology Review

$
0
0
Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology Review | Tahun depan Fadzi akan masuk umur 30 tahun. Tak sedar cepatnya masa berlalu. Dan tak sedar muka pun dah makin berusia. Waktu ni lah baru Fadzi terfikir nak jaga muka. Baru ni lah Fadzi cuba satu set rangkaian penjagaan wajah yang sesuai untuk wanita yang berumur 30 tahun keatas iaitu Set Rangkaian Safi Rania Gold dengan Beetox Technology.

Safi Rania Gold Beetox Technology

Jadi, dalam entri kali ini, Fadzi nak kongsikan dengan korang antara kelebihan Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology dan cara pemakaiannya. 


Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology

Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology ada banyak produk. Tapi Fadzi cuba 4 produk saja iaitu Safi Rania Gold Facial Cream Cleanser, Youthful Gold Essence, Youthful Elixir dan Moisturizing Day Cream SPF25PA++IR. Itu pun dah semput Fadzi nak follow rutin penjagaan wajah ni. Kesemua produk Safi Rania Gold Beetox Technology yang Fadzi pakai ni menggunakan teknologi Beetox dan Nano Gold 24k

Teknologi Beetox ini adalah gabungan antara: 

  • Maduuntuk menghalus dan melembutkan kulit
  • Royal Jelly - untuk merangsang pembaharuan kolagen
  • Propolis - sebagai anti-oksidan semulajadi
  • Bee Venom - untuk menegang dan menganjalkan kulit


Bio Nano Gold 24K yang ada dalam produk Safi Rania Gold ini dikatakan mampu meresap hingga lapisan dermis untuk merangsang penghasilan kolagen supaya tekstur kulit kita lebih halus dan tegang. Selain itu juga, ia dikatakan mampu mengurangkan kedalaman kedutan dengan lebih ketara. 


Cara Pemakaian Safi Rania Gold Beetox Technology

Dekat bawah ni pulak Fadzi kongsikan step by step cara pemakaian Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology. Tapi produk yang Fadzi gunakan dekat sini cuma ada 4 saja tau iaitu Safi Rania Gold Facial Cream Cleanser, Youthful Gold Essence, Youthful Elixir dan Moisturizing Day Cream SPF25PA++IR. 

Safi Rania Gold Beetox Technology

1. Safi Rania Gold Facial Cream Cleanser 

Okay, pertama kali sekali kita pakai Safi Rania Gold Facial Cream Cleanser. Warna facial cream ni kuning-kuning emas. Tekstur lembut dan licin. Ianya diformulasikan dengan Micro-Foam dan Anti-Oksidan. Katanya mampu membersih secara menyeluruh dan mampu membersihkan make up. Setakat yang Fadzi guna, Fadzi tak pernah lah make up tebal dan Fadzi tetap akan cuci muka guna pencuci make up. 

Bila pakai facial cream ni, Fadzi cadangkan korang letak sikit je. Jangan banyak-banyak sebab bila bercampur dengan air dan korang gosok, buih yang dihasilkan memang banyak. Buih dia lembut dan rasa macam creamy sikit. Bau dia sedap je, tak ada masalah.


Safi Rania Gold Beetox Technology

2. Safi Rania Gold Youthful Gold Essence

Lepas cuci muka guna Facial Cream Cleanser, korang lap muka bagi kering dan sapukan Youthful Gold Essence pula. Ada yang bagi cadangan untuk letak pada kapas muka lepas tu baru dab dab kan pada muka. Tapi Fadzi malas. Jadi, Fadzi cuma tuangkan beberapa titik Youthful Gold Essence ni pada tapak tangan dan guna dua jari untuk dab pada muka. 

Ianya diformulasikan dengan Bio Nano Gold 24K, Gold Flake 24K dan Protein Sutera. Katanya ada kuasa melembab sehingga 24 jam yang bagus dengan Hyaluronic Acid dan mampu menjadikan kulit lembab serta licin. Tekstur dia licin tapi tak terlalu cair. Bau dia mild tapi sedap.



Safi Rania Gold Beetox Technology

Kalau korang tengok dalam botol ni ada macam cebisan emas kan. Yang tu, bila korang sapu pada muka, terus boleh hilang. Jadi, jangan risau. Lembut je pun benda tu. Tak rasa apa-apa pun pada muka.

Untuk yang ni pulak, Fadzi cadangkan korang cuma tuang dalam 3 titik je sebab kalau banyak sangat, nanti rugi. Sebab bila Fadzi pakai, 3 titik pun dah cukup untuk cover muka, bawah dagu dan leher. Kalau korang sapu banyak-banyak pun nanti lambat kering dan rasa macam muka melekit. 


Safi Rania Gold Beetox Technology

3. Safi Rania Gold Youthful Elixir

Lepas pakai Youthful Gold Essence, tunggu sampai kering dan semua dah serap pada muka, lepas tu pakai Youthful Elixir ni pulak. Ianya diformualsi dengan Beetox, Nano Gold 24K dan Vitamin C. Katanya ia dapat membantu mengurangkan tanda penuaan, jeragat, pigmentasi, parut jerawat dan UV spot.

Tekstur Youthful Elixir ni sangat cair. Hati-hati bila letak dalam tapak tangan, takut nanti tumpah. Baunya pulak wangi. Cara pemakaiannya sama macam Essence, cuma perlu sapu atau dab kan pada muka. 

Safi Rania Gold Beetox Technology

Kalau korang perasan, cecair Youthful Elixir ni kalau dalam botol dia ada dua lapisan. Satu lapisan atas berwarna oren dan satu lagi lapisan bawah berwarna kuning. Tu sebenarnya tak ada masalah pun. Memang dibuat macam tu. Cuma masa korang nak pakai nanti, korang goncanglah dulu botol tu bagi kedua-dua cecair tu sebati. Lepas tu titik pada tapak tangan dan cepat-cepat dab pada muka. 


Safi Rania Gold Beetox Technology

4. Safi Rania Gold Moisturizing Day Cream SPF25PA++IR

Dan akhir sekali, pakai sekali Moisturizing Day Cream. Ianya diformulasi dengan Nano Gold 24K dan Propolis. Katanya ia dapat melembabkan kulit dan mengukuhkan struktur kulit agar tahan sinaran UVA, UVB dan InfraRed (IR). 

Tekstur dia lembut dan licin. Bau pun mild je. Tapi cream ni Fadzi paling jarang nak pakai sebab Fadzi tak suka sangat. Bila pakai, rasa macam muka ni melekit dan rasa tak selesa. Fadzi sepanjang masa ada dalam rumah buat kerja rumah semua. Sebelum pakai cream ni, bila buat kerja rumah, tak ada masalah sangat. Tapi bila Fadzi start pakai, buat kerja rumah, bahagian muka memang berpeluh teruk terutamanya bahagian atas bibir. 

Dia punya peluh tu siap boleh mengalir lagi. Fadzi cadangkan kalau korang nak pakai cream ni, korang sapu senipis mungkin. Bagi yang nak pakai make up lepas pakai cream ni, mungkin boleh cuba dulu pakai dekat dekat rumah satu hari dekat rumah sebelum pakai dekat luar. Takut nanti berpeluh banyak, make up jadi bercapuk pulak.  


Pendapat Fadzi Tentang Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology 

Setakat 2 minggu yang Fadzi pakai Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology ni, Fadzi rasa puas hati jugak lah. Sebab sebelum dekat tepi mata kiri Fadzi dulu macam ingrow hair tau. Siap naik bump macam ada jerawat pulak. Puas Fadzi cuba tarik keluar tapi tak nak jugak keluar bulu tu. Bila Fadzi pakai set ni, hari kedua ketiga macam tu, Fadzi dah nampak bump tu makin lama makin mengecut. 

Lepas tu, sebelum ni dekat area bawah mata, atas checkbone Fadzi macam ada biji-biji. Walaupun tak nampak tapi bila pegang boleh rasa. Bila Fadzi start pakai set ni, makin lama biji-biji tu makin kurang. Tapi dekat area tu bila lepas sapu Essence dengan Elixir, rasa macam geli-geli macam ada something bergerak bawah kulit muka dalam jangka masa yang singkat. Fadzi assume tu tindakbalas lah kot sebab memang tak ada masalah pun pada kulit. Tak pedih, tak sakit, cuma ada rasa 'sensation' dekat area tu. 

Safi Rania Gold Beetox Technology

So far Fadzi memang kagum dengan hasil set Safi Rania Gold Beetox Technology ni sebab sebelum ni Fadzi skeptikel sikit dengan produk-produk penjagaan muka local (jujur tak?). Bila pakai sendiri dan rasa perbezaan ni, Fadzi rasa kagum lah sikit. 

Cuma ada satu je yang Fadzi tak berapa berkenan pasal set ni. Bila Fadzi pakai dan lepas tu nak solat, bila Fadzi basuh muka, Fadzi rasa macam muka bersabun. Pernah tak korang rasa sabun tak habis cuci? Ha, lebih kurang macam tu lah. Jadi, setiap kali Fadzi nak solat ke, Fadzi kena cuci muka bersih-bersih guna pencuci muka untuk hilangkan rasa 'bersabun' tu. Setakat ni, tu je lah masalah Fadzi. Yang lain memang okay je.  

Jadi kalau korang berminat untuk cuba sendiri Set Rangkaian Safi Rania Gold Beetox Technology, go ahead. Fadzi rekemen sangat-sangat. Lagipun Safi Rania Gold ni pun dah disahkan HALAL, hasil buatan Malaysia, harga berpatutan dan senang nak didapati di mana-mana pasaraya, hypermarket dan farmasi seluruh negara. Untuk maklumat lanjut pasal ni, korang boleh tengok dekat bawah. 



Viewing all 488 articles
Browse latest View live