Quantcast
Channel: Fadzi Razak
Viewing all articles
Browse latest Browse all 488

Idea Hadiah Untuk Wanita - Set Hadiah Enchanteur

$
0
0
Idea Hadiah Untuk Wanita - Set Hadiah Enchanteur | Orang lelaki kalau tak ada idea nak beli hadiah apa untuk wanita masing-masing, korang boleh baca entry ini untuk dapatkan idea hadiah untuk wanita. 

Idea Hadiah Untuk Wanita


Idea Hadiah Untuk Wanita

Antara idea hadiah yang korang boleh beli untuk wanita adalah:
Bunga - Terlalu klise dan bila dah 2 3 hari, bunga pun mati tak tahan lama.
Coklat - Makan dalam 2 minggu dah boleh habis. Tak tahan lama.
Kereta - Unless korang kaya atau wanita itu mak atau bini korang, berbaloi jugak nak belikan.
Handbag - Pastikan korang tau design pilihan diaorang, kalau tak membazir je kalau korang beli tapi diaorang tak suka.
Perfurm - Beli perfurm yang mahal untuk pastikan bau wangi dan tahan lama. Kalau nak murah, beli jenama Enchanteur.

Enchanteur

Alang-alang cakap pasal perfrum murah tapi tahan lama, Fadzi nak ceritalah pasal satu jenama minyak wangi yang memang tahan lama walaupun harganya tak begitu mahal iaitu jenama Enchanteur. Rasanya dah ramai yang kenal brand ni kan, jadi tak perlulah Fadzi nak cerita panjang pasal pengenalan kepada Enchanteur ni. 

Tapi yang Fadzi nak ceritakan pada korang kali ini adalah Enchanteur sekarang ada keluarkan 3 jenis Set Hadiah Enchanteur iaitu: 

  • Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris
  • Set Hadiah Enchanteur Paris Mon Amie 
  • Set Hadiah Mini Enchanteur

Fadzi sendiri ada satu set daripada Enchanteur ni iaitu Set Hadiah Mini Enchanteur (Belle Amour & Romantic). Dalam set ini korang akan dapat sebotol perfurm Belle Amour dan sebotol perfurm Romantic. Kedua-dua botol ini datang dalam saiz 15ml setiap satu.

Diilhamkan dari personaliti romantis si gadis, kedua-dua wangian menyenangkan ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang untuk menjadikan setiap detik bersama berharga. Anda pasti terpesona dengan keanggunan dan kecantikannya yang memukau.

Enchanteur Belle Amour
Belle Amour
Bau Belle Amour ni tersangat manis macam bau buah-buahan pun ada.

Enchanteur Romantic
Romantic
Bau Romantic ni pulak wangi juga tapi tak terlalu manis macam Belle Amour.  

Set Hadiah Mini Enchanteur
Selain daripada set dekat atas ni, ada lagi 4 jenis Set Hadiah Mini Enchanteur yang korang boleh dapatkan iaitu:

  • Set Hadiah Mini Enchanteur (Mon Amie & Belle Amour)
  • Set Hadiah Mini Enchanteur (Belle Amour & Adore)
  • Set Hadiah Mini Enchanteur (Mon Amie)
  • Set Hadiah Mini Enchanteur (Mon Amie & Charming)

Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris

Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris (Belle Amour & Mon Amie)

Mon Amie jika diterjemahkan, bermaksud My Friend (Sahabatku), memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada di luar

Belle Amour yang membawa erti Beautiful Love (Keindahan Cinta), satu wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. 

Kedua-dua wangian floral ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar direka khas dengan bahan unik dapat menjamin mood keseronokan pada siang hari serta pengalaman suasana temu janji malam yang indah. 

Set ini sangat sesuai dijadikan hadiah sempena apa jua sambutan kerana wangian ini hadir dalam botol bersaiz comel dengan penutup berbentuk reben ENCHANTEUR Paris yang tersendiri - seolah-olah hadiah yang diikat dengan reben. Kedua-dua wangian ini telah digubah di dalam kotak yang sangat cantik bersama Menara Eiffel ENCHANTEUR Paris. 

Set Hadiah EDT Mini Enchanteur Paris (Mon Amie & Adore)

Mengandungi 2 wangian EDT Mon Amie dan Adore bersaiz 15ml, set hadiah ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. 

Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan, yang merangkumi persona terang, dan ceria si gadis. 

Wangian Adore pula menggambarkan haruman gadis idamanmu yang comel dan sentiasa meninggalkan kesan yang mendalam. 

Set hadiah yang sungguh menakjubkan ini meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan. Set eksklusif ini boleh didapati di kedai Watsons sahaja. 

Set Hadiah Enchanteur Paris Mon Amie

Set Hadiah Enchanteur Paris Mon Amie 

Dalam Set Hadiah Enchanteur Paris Mon Amie ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan Light & Fresh yang segar dan melembapkan kulit dalam pek size 100ml, kedua-duanya dalam variasi wangian Mon Amie. 

Haruman ini meremajakan, manakala losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan untuk melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan sentiasa dilindungi dari sinaran UV. 

Diformulasikan agar bertekstur ringan dan tidak berminyak, membolehkan korang melakukan aktiviti harian dengan mudah dan selesa. 

Nah, dah ada idea nak belikan Set Hadiah Enchanteur yang mana untuk wanita-wanita kesayangan korang?


ENCHANTEUR PARIS MINIATURE EDT GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). 

ENCHANTEUR PARIS MON AMIE GIFT SET berharga RM23.50 (Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak). 

Selain itu, the ENCHANTEUR MINIATURE GIFT SETS dijual pada harga RM34.90 di Semenanjung Malaysia & RM36.70 di Sabah dan Sarawak.

Question of the Day

Antara banyak-banyak bau Enchanteur (Belle Amour, Romantic, Charming, Mon Amie, Adore, Cheri dan Jolie), mana satu yang korang paling suka. Dan kenapa?



Viewing all articles
Browse latest Browse all 488

Trending Articles